Skip to main

Mengenai Malaysiakini

Bangunan @Kini
Bangunan @Kini
Kemaskini

Apabila yang lain mendiamkan diri, kami bersuara.

Malaysiakini telah diasaskan pada 1999 oleh Steven Gan dan Premesh Chandran untuk memberikan suara bebas kepada negara dalam landskap media yang menindas dan didominasi oleh kepentingan korporat serta politik, selain tapisan kerajaan.

Melalui kaedah dalam talian, Malaysiakini memintas kawalan kerajaan ke atas media, justeru ia memiliki kebebasan untuk membuat laporan tanpa rasa takut atau pilih kasih ketika sesuatu penerbitan boleh diharamkan hanya dengan arahan seorang menteri.

Pada mulanya, Malaysiakini membeli sebuah kafe siber untuk berfungsi sebagai pusat operasi bagi laman web baru itu tetapi ia terbukti merugikan malah mengganggu operasi pelaporan berita. Maka ia dijual selepas hanya lima bulan.

Satu nafas baru datang dalam bentuk geran bernilai AS$100,000 daripada Perikatan Akhbar Asia Tenggara (Seapa) yang berpangkalan di Bangkok. Ia membolehkan Malaysiakini melancarkan operasi berita tepat pada masanya untuk Pilihan Raya Umum 1999.

Selama lebih dua dekad, Malaysiakini - walaupun berdepan ancaman - serbuan polis, cyberattacks , saman, vandalisme dan juga "sihir hitam", tidak goyah. Ia memberikan rakyat Malaysia kebenaran yang tidak tercemar tentang perkembangan politik yang signifikan, rasuah dan salah guna kuasa.

Banyak yang berubah dalam landskap media sejak itu. Ia menjadi lebih rancak dengan kemunculan saluran berita dan media sosial baru, tetapi ia juga dicemari dengan penyebaran maklumat salah dan palsu dalam talian.

Dengan sokongan pelanggannya, Malaysiakini terus berdiri teguh sebagai satu-satunya saluran media bebas di Malaysia. Dasar dan keputusan editorialnya kekal dalam kawalan penuh pengarang dan wartawannya yang komited memastikan pemegang kuasa sentiasa bertanggungjawab sambil ia terus menyampaikan setiap berita serta pandangan yang penting.

Sebagai sebahagian daripada rancangan penggantian, pengasasnya melepaskan sebahagian besar saham mereka kepada yayasan baharu yang diwujudkan untuk memastikan kebebasan berterusan Malaysiakini.

Visi kami

Untuk terus menetapkan piawaian baru dalam kewartawanan serta menyokong pengembangan kebebasan bersuara, keadilan sosial dan demokrasi di Malaysia.

Misi kami

Untuk memaklumkan kepada masyarakat Malaysia tentang berita terkini dan isu kritikal secara bebas dan adil, dan untuk memudahkan perbincangan mengenai kebimbangan semasa, dengan itu mencabar pandangan yang dihasilkan oleh media arus perdana yang dikuasai kerajaan.

Matlamat kami

Menjadi organisasi berita terkemuka dan paling dipercayai di negara ini.

The Mkini Group

Laman berita bebas terkemuka Malaysia
Agensi pemasaran digital eksklusif
Projek bermaklumat langsung yang menarik
Kisah-kirah rakyat di TV internet
Kolektif berita, perniagaan, projek maklumat
Youtube Silver Creator Award

Anugerah & Pengiktirafan

Malaysiakini telah memenangi banyak anugerah sejak bertahun-tahun lalu. Tetapi pengiktirafan yang paling penting datang daripada pembaca dan pelanggan yang telah bersama kami selama ini.

Explore More
Malaysiakini team

Pasukan kami

Malaysiakini tidak akan wujud tanpa mereka. Pasukan ini menulis berita, mengambil gambar, menyemak fakta, menyelenggara tapak sesawang, menyokong pelanggan, membawa masuk pengiklan, dan memastikan kakitangan gembira dan dibayar gaji masing-masing pada setiap bulan.

Explore More