Taiwan Expo Dalam Talian - Peluang Keemasan Perniagaan Malaysia-Taiwan
Taiwan Expo 2020 kembali ke Malaysia dan tahun ini acara dihoskan secara dalam talian kerana pandemik yang berterusan. Ia dijadualkan berlangsung dari 25 hingga 27 November and ekspo perdagangan popular ini akan menggunakan realiti maya 3D 360 darjah untuk mencipta dewan pameran dan pengalaman dalam talian yang benar-benar mengasyikkan. Pengunjung akan dapat mengalami pameran yang futuristik dan mengambil bahagian dalam hubungan ekonomi dan perdagangan Taiwan-Malaysia yang semakin berkembang.
Encik James C.F.Huang, Pengerusi Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) mempengerusikan majlis perasmian bersama VIP lain termasuk Cik Sharon Ho Swee Peng, Presiden Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia, Taipei; Cik Anne Hung, Wakil Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia; Encik Khairul Annuar Abdul Halim, Pengarah Seksyen China & Asia Timur MATRADE dan Datuk Michael Kang Hua Keong, Presiden Kebangsaan Persatuan PKS Malaysia.
Semasa mesyuarat yang distrimkan secara langsung, pelbagai rakyat Malaysia menyambut rakan sejawat mereka dari Taiwan dengan bahasa berbeza termasuk Bahasa Melayu, Inggeris, Cina untuk meraikan kedatangan mereka. Tetamu-tetamu terhormat dari Taiwan dan Malaysia kemudiannya membuat isyarat tangan rama-rama untuk melambangkan negara Taiwan. Selepas itu, VIPs berjabat tangan secara maya sebagai tanda hubungan dan kerjasama yang kukuh, dan seterusnya membuka tirai ke Taiwan Expo 2020 di Malaysia.
Menurut Encik James Huang, Taiwan dan Malaysia sentiasa mempunyai hubungan yang rapat. Walaupun pandemik global telah menyukarkan pertukaran secara fizikal, dengan bantuan teknologi dan pendigitalan, persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua negara terus berkembang maju . Tiada contoh yang lebih baik daripada Taiwan Expo 2.0 di Malaysia.
Cik Anne Huang menekankan bahawa hubungan ekonomi dan perdagangan antara Taiwan dan Malaysia saling melengkapi kedua-dua negara. Taiwan adalah rakan dagang ke-6 terbesar di Malaysia, sementara Malaysia adalah rakan dagang ke-7 terbesar Taiwan dan mencapai perdagangan dua hala bernilai hampir US$20 bilion pada tahun 2019. Beliau juga percaya bahawa Taiwan Expo boleh mencetuskan manfaat yang lebih besar untuk ekonomi dan perdagangan Taiwan-Malaysia.
Encik Khairul Annuar juga menyatakan bahawa MATRADE dan TAITRA baru-baru ini telah melanjutkan Memorandum Persefahaman (MOU) sebanyak 2 tahun untuk meningkatkan lagi kerjasama perdagangan dua hala dan promosi perdagangan dalam bidang Barangan Halal, F&B, ICT dan e-dagang. Beliau percaya bahawa selain bidang-bidang tersebut, Taiwan dan Malaysia juga boleh bekerjasama dalam pelbagai bidang lain termasuk Industri 4.0, jentera pintar dan penjagaan kesihatan digital.
Kawalan Anti-Pandemik Yang Diiktiraf Dunia
Penganjur acara TAITRA menyatakan bahawa Taiwan Expo 2020 di Malaysia akan mempamerkan produk daripada 200 peserta di 13 pavilion bertema merentasi tujuh kategori utama termasuk Taiwan Bagus, Gaya Hidup Taiwan, Kesihatan dan Kecantikan, Gajet dan Teknologi Hijau, Industri 4.0, Pelancongan Taiwan dan Halal Taiwan. Dengan pandemik global yang berterusan, Biro Perdagangan Asing telah mengumpulkan lebih daripada 2,000 pengeluar Taiwan dari industri peralatan perlindungan peribadi dan 20 institusi perubatan untuk mewujudkan Pavilion Anti-Covid-19 Global Taiwan, sebuah platform sehenti perubatan dalam talian yang akan mempamerkan pengesanan patogen, ujian dan pusat kawalan sistem perubatan pintar yang terkini.
Wabak pandemik yang merebak secara tiba-tiba merumitkan rundingan perniagaan bersemuka, tetapi keunggulan Taiwan dalam teknologi maklumat dan komunikasi telah membuka laluan baharu di sfera dalam talian. Taiwan telah menunjukkan keupayaan dan kesediaannya untuk membantu rakan-rakan global dalam memerangi pandemik melalui inisiatif Taiwan Can Help. Ini membolehkan Taiwan Expo mencapai keputusan cemerlang di Vietnam, Indonesia dan Thailand. Setiap sesi padanan perniagaan menarik minat lebih daripada pembeli 200 dan setiap stesen mengendalikan lebih daripada 400 perbincangan perniagaan satu-sama-satu.
TAITRA menjangkakan jumlah pengunjung ke Taiwan Expo Malaysia dalam lingkungan puluhan ribu semasa acara tiga hari ini.
Satu-Klik untuk Membuka Peluang Perniagaan
Pengunjung dari Malaysia hanya perlu melayari laman web rasmi (https://taiwanexpo.online/en/) untuk memasuki lobi maya dan terus ke kawasan produk yang diminati. Terdapat lebih daripada 100 gerai dan produk dalam talian dipaparkan secara realiti maya 3D. Pengunjung boleh bergerak bebas di merata kawasan pameran, ianya seperti berjalan di dalam dewan pameran yang dibina khas. Panning kamera 360 darjah yang lancar meningkatkan lagi pengalaman dan terdapat pelbagai pautan ke video produk di laman web untuk maklumat tambahan. Sama ada produk, budaya, makanan, pakaian, perumahan dan penyelesaian pengangkutan, atau teknologi untuk memerangi pandemik ini, pasti ada sesuatu yang akan menawan hati anda. Pelbagai produk cemerlang yang menakjubkan membuktikan bahawa Taiwan amat diperlukan dalam rantaian perindustrian global.
Pembeli profesional yang ingin berunding dengan pengeluar hanya perlu klik “Chat Now” untuk bersembang melalui video dengan wakil syarikat tersebut.
Pelbagai aktiviti dalam talian dirancang termasuk persembahan teknologi dan produk perubatan, produk halal, tenaga boleh diperbaharui dan produk perlindungan alam sekitar. Pembeli dari Malaysia dijemput untuk menyertai “videocast” Majlis Anugerah Taiwan Excellence yang bakal ditayang pada pagi hari kedua acara (26 November).
Pasaran Luas untuk Produk Halal dan Teh Buih
Acara tahun ini akan mempamerkan 19 produk halal termasuk pelbagai snek, bahan mentah dan perasa/perencah yang disahkan halal, termasuk dakwat sotong dari Ress Group yang boleh meningkatkan imuniti dan bebas dari pigmen dan pengawet buatan. Minyak bijan tulen oleh Flavor Full Foods mendapat sambutan hangat kerana aroma kacang yang kuat untuk melazatkan lagi sebarang hidangan. Ramuan kesihatan dan makanan tambahan oleh Hi-Q Marine Biotech International berkesan memerangi obesiti sambil menyokong kesihatan hati dan kardiovaskular. Perkhidmatan perkilangan bahan mentah teh susu tapioka oleh Hi Duo Bio-Tech menyediakan pelbagai bahan yang komprehensif untuk sesiapa yang ingin membina kilang rantaian bekalan. Pengilang dari Taiwan sentiasa mencari rakan kongsi yang sesuai di Malaysia untuk menjana peluang perniagaan.
Menyahut seruan kerajaan Malaysia untuk melangkah lebih pantas ke arah industri hijau, Taiwan Expo mempamerkan teknologi hijau seperti sistem solar terapung oleh Sun Rise E&T Corporation, pemacu LED yang boleh dimalapkan oleh Eulife Technology dan banyak lagi. Pavilion Taiwan Excellence juga akan mempamerkan teknologi rawatan perubatan bersepadu berkualiti tinggi seperti kerusi roda dengan pelbagai fungsi pemulihan oleh MERITS Health Products dan tekstil E-urut yang boleh dipakai oleh Asiatic Fiber.
Pavilion Penjagaan Kesihatan akan menghimpunkan banyak hospital terkemuka Hospital Memorial Chang Gung yang terkenal di dunia, Linkou, Hospital Universiti Kebangsaan Cheng Kung, Universiti Perubatan Taipei, Hospital Tzu Chi dan banyak lagi untuk berkongsi peralatan dan perkhidmatan perubatan mereka yang terkini. Maklumat terperinci dan pautan video boleh didapati di laman web rasmi ekspo.
Dapur & Perkakasan Mandi Yang Canggih.
Pandemik global Covid-19 telah mengubah gaya hidup masyarakat secara mendalam. Kita menuju ke arah kehidupan “sentuhan sifar" melalui integrasi ICT dan pelbagai produk dapur pintar dan perkakasan mandi dari Taiwan. Beberapa produk yang diketengahkan termasuk kepala paip sensor automatik 2+1 dengan dispenser sabun, rangkaian produk pemaipan pintar IoT dan produk perkakasan sanitasi dari pelbagai syarikat Taiwan terkemuka termasuk HGG, ALEX, Kaiser, Caesar, Globe Union, St-Group dan lain-lain. Pembeli yang mencari perkakasan air dengan sentuhan reka bentuk menarik boleh melihat rangkaian produk JUSTIME oleh Sheng Tai Brassware Co Ltd yang memenangi pelbagai anugerah antarabangsa termasuk Red Dot, IF dan IDEA. Ekosistem perkakasan air dan dapur estetik Taiwan-Malaysia yang berkembang sejak beberapa tahun lalu mengukuhkan lagi industri ini di Malaysia.
Taiwan Expo 2020 Dalam Talian di Malaysia dijadualkan berlangsung selama 3 hari bermula 25 hingga 27 November. Laman web rasmi https://taiwanexpo.online/en/ kini dalam talian. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Dagangan Taiwan, Kuala Lumpur di talian 60 (3) 2031-2388 atau e-mel [email protected]
7 Tonggak Utama | 13 Pavilion Bertema | Aktiviti Dalam Talian |
1. Makanan Taiwan 2.Gaya Hidup Taiwan 3. Kesihatan dan Kecantikan 4.Gajet dan Industri Hijau 5.Industri 4.0 6. Pelancongan 7. Halal Taiwan | 1.Pavilion Taiwan Excellence 2.Pusat Halal Taiwan 3. Pavilion Kesihatan Taiwan 4. Pavilion Reka Bentuk Dalaman Taiwan 5. Jumpa Taiwan 6. Pusat Produk Taiwan 7. Pavilion Taiwan Global Anti-COVID-19 8.Pavilion Zon Pemprosesan Eksport Taiwan 9. Pavilion Chiayi City 10. Pavilion Kaohsiung City 11.Persatuan Penanam Orkid Taiwan 12. Pavilion Chang Hua Hardware 13. Pavilion Taman Sains Taiwan Selatan |
【Nov 25】 10:30-11:30 / Majlis Perasmian 13:00-14:00 / Pelancaran Produk Halal Taiwan 15:00-16:00 / Pelancaran Produk Hijau Taiwan Pelancaran Tenaga Boleh Baharu & Produk Mesra Alam 【Nov 26】 10:00-12:00 / Majlis Anugerah Taiwan Excellence ke-29 14:00-15:00 / Taiwan dan Malaysia Berganding Bahu Meningkatkan Kesihatan dan Kehidupan 【Nov 27】 10:00-11:00 / Perubatan Pintar Ekspres Taiwan Excellence - Mengubah Kehidupan Melalui Amalan Terbaik 14:00-15:00 / Perubatan Pintar Ekspres Taiwan Excellence - Penuaan Bijaksana Dengan Rawatan Dipercayai |
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai