Skip to main
Logo Malaysiakini

Raikan Ramadan bersama Mushroom

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Memasak sepanjang Ramadan tentunya memerlukan bahan-bahan yang mudah dan ringkas bagi menjimatkan masa penyediaan hidangan untuk seisi keluarga.

Menyedari keperluan itu, syarikat pemprosesan hasil laut QL Foods Sdn Bhd komited menawarkan produk yang mampu menepati cita rasa masyarakat sekaligus membantu memudahkan kerja-kerja di dapur.

Terbaharu, produk sejuk beku Filamen Berperisa Ketam ‘Crab Stick’ jenama Mushroom kini tampil dengan wajah baru dengan menawarkan lima jenis bungkusan.

Setiap jenis mempunyai cara masakan yang berbeza antaranya adalah goreng, stimbot, oden, sushi dan lain-lain lagi.

Bagi pelanggan yang menggemari kudapan yang rangup boleh mencuba Mushroom Filamen Berperisa Ketam ‘Crab Stick’ bersira pedas.

Manakala untuk pelanggan yang menggemari cara masakan tumis pula, boleh mencuba resipi ketam berlada dengan menggantikan ketam kepada Mushroom Filamen Berperisa Ketam ‘Crab Stick’.

Dijamin halal, kualiti terbaik

Paling utama, para pelanggan khususnya muslim tidak perlu was-was untuk menggunakan produk ini kerana Mushroom mendapat pengiktirafan pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), selain turut mendapat pensijilan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP), dan pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP) .

QL Foods Sdn Bhd juga mempunyai Sistem Pengurusan Halal Dalaman yang diselia oleh Eksekutif Halal yang khusus dan komited untuk memastikan semua produk keluaran daripada syarikat ini mematuhi prosedur Halal seperti yang ditetapkan oleh JAKIM.

Pihak syarikat turut sentiasa menjalankan program penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memastikan kualiti produk terjamin dalam memenuhi cita rasa serta permintaan pelanggan.

Peluang menang duit raya RM12,500

Istimewa bersempena dengan bulan Ramadan ini, QL Foods Sdn Bhd mengambil kesempatan menganjurkan peraduan dan kempen ‘Kongsikan Resipi Ramadan Anda Bersama Produk Mushroom’ sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan pelanggan.

Hadiah ditawarkan berupa duit raya berjumlah RM12,500 dalam bentuk pin tambah nilai Touch n’Go di mana pemenang akan dipilih berdasarkan hidangan kreatif dan menarik.

Peserta berminat boleh mendapatkan Produk Mushroom di Pasaraya berhampiran.

Peraduan ini akan berlangsung daripada 11 April hingga 16 Mei 2021.

Keterangan lanjut berhubung peraduan ini boleh didapati di Facebook QL Mushroom