Skip to main
Logo Malaysiakini

Probiotik Bantu Lancar Sistem Penghadaman Pada Bulan Ramadan!

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Masyarakat Malaysia pastinya akan mengalami gangguan pencernaan pada bulan Ramadan kerana ada kalanya mereka terlepas untuk bersahur dan juga makan secara berlebihan ketika berbuka puasa. Sistem penghadaman kita akan terganggu dek tabiat permakanan yang tidak teratur dan juga jika terlalu gelojoh apabila berbuka puasa. Pastinya ia akan membuatkan perut rasa tidak selesa.

Malah, semakin meningkat usia, semakin kurang probiotik dalam badan dan ramai yang tidak tahu bahawa badan kita sememangnya memerlukan probiotik agar dapat meningkatkan kecergasan harian. Probiotik digelar bakteria ‘baik’ kerana ia memberi faedah kesihatan yang positif apabila diambil dalam jumlah yang mencukupi. Probiotik memainkan pelbagai peranan dalam tubuh badan kita seperti membantu menghadam makanan yang tidak dapat diurai secara cekap, meningkatkan metabolisme badan dengan mengekstrak lebih banyak tenaga daripada nutrien makanan, menghasilkan vitamin B, menyingkirkan toksin, dan membantu mengekalkan kesihatan usus kita.

Sistem pencernaan memainkan peranan penting dalam menghadapi suasana berpuasa di bulan Ramadan. Oleh itu penjagaan usus amat penting bagi mereka yang menjalani ibadah berpuasa. Dengan bantuan probiotik yang baik ini pastinya akan meningkatkan daya ketahanan sistem imunisasi usus anda. Mengambil probiotik membantu kesihatan usus anda. Amnya, probiotik akan membantu menghantar makanan melalui usus anda. Ia membolehkan usus anda untuk mencerna makanan lebih mudah dengan membantu otot dalam kontrak pencernaan dengan cara yang sepatutnya sepanjang masa.

Kerana probiotik akan dapat membantu kesihatan usus anda, ini bermakna ia akan membantu kesihatan anda dengan cara yang tidak dapat dibayangkan. Sebagai contoh, kesihatan usus yang lemah akan menyebabkan masalah usus. Mengambil probiotik yang sihat ini akan membolehkan anda peluang untuk usus anda kembali sihat.

BAIK UNTUK SISTEM PENGHADAMAN

Pengambilan probiotik yang kerap memastikan kesihatan penghadaman yang baik. Untuk yang tidak mengetahui, minuman yogurt BeFine, adalah sebuah jenama minuman yogurt dan probiotik berasal dari Jepun yang akan dapat membantu anda sepanjang bulan Ramadan. Produk BeFine keluaran DyDo ini dibuat di bawah garis panduan ketat pengiktirafan antarabangsa mengenai amalan pembuatan yang baik.

Minuman yogurt BeFine adalah satu-satunya yogurt di Malaysia yang menggunakan Bifidobacterium yang terkemuka di Jepun dan terbukti secara klinikal, khususnya Bifidobacterium Longum BB536. Minuman yogurt BeFine sentiasa mengekalkan kualiti, rasa dan nilai yang baik, malahan produk ini diperbuat dengan menggunakan R&D dari Jepun. Sifar lemak dan kolestrol serta ianya sarat dengan banyak manfaat maksimum untuk anda, terutamanya kepada usus dan kesihatan anda.

Minuman yogurt BeFine ini dikilangkan mengikut piawaian Jepun yang ketat, produk BeFine juga mengandungi kombinasi strain bakteria yang terpilih, sesuai dengan gaya hidup anda. Produk BeFine adalah sifar lemak, tidak mengandungi pewarna tiruan.

Bagi mereka yang tidak pernah mencuba produk minuman yogurt BeFine ini, ianya dihasilkan dalam botol yang sesuai untuk seisi keluarga, anak-anak yang ‘picky eaters’ juga pasti akan memilih minuman yogurt probiotik BeFine atau daripada lima perisa minuman yogurt BeFine (original, buah markisa, mulberi atau strawberi) dan yang terbaharu, KiwiAvocado. Seleksi pilihan minuman yogurt BeFine pastinya akan menjadikan selera berbuka dan bersahur anda lancar sepanjang Ramadan tahun ini!

MENGEKALKAN KESIHATAN PENGHADAMAN

Kesihatan badan anda bergantung kepada gaya pemakanan anda. Pilih sumber pemakanan dan nutrisi dengan bijak, serta ambillah secara sederhana. Dapatkan BeFine, minuman probiotik terbaik untuk meningkatkan kesihatan anda seisi keluarga. Tambahan pula, BeFine yang mengandungi Bifidobacterium (sejenis strain probiotik yang terbukti secara klinikal di Jepun) mampu meningkatkan kecergasan sistem penghadaman anda dengan lebih baik lagi.

Sempena Ramadan kali ini, apa kata anda cuba minuman yogurt BeFine untuk membantu anda dalam penyesuaian perut dikala berbuka dan bersahur. Minuman yogurt BeFine ini juga didatangkan dalam dua saiz iaitu 200 gram serta 600 gram dan anda juga boleh mendapatkan produk BeFine di pasaraya atau kedai runcit berdekatan seperti Giant, AEON, MyDin, Aeon Big, The Store, MyNews, Econsave, TF Value, Billion, Tunas Manja, Nirwana, Jaya Grocer dan lain-lain.

Laman sesawang DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd: http://www.dydo.com.my

Laman sesawang DyDo Jepun: https://www.dydo-ghd.co.jp

Laman Facebook rasmi BeFine: https://www.facebook.com/befinemalaysia/

Laman Instagram rasmi BeFine: @befinemalaysia