Skip to main
Logo Malaysiakini

Kempen Bantuan Pelitup Muka "Satu untuk Satu" Durio untuk menyumbang pelitup muka bagi MERCY Malaysia

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Untuk menggalak seluruh negara untuk memerangi wabak COVID-19, Durio menganjurkan Kempen Membeli Satu Kotak dan Menyumbang Satu Kotak Pelitup Muka untuk menyediakan lebih pelitup muka untuk NGO MERCY Malaysia dari kini hingga 31 Disember 2020.

Gelombang ketiga COVID-19 di Malaysia semakin berbahaya. Peralatan perlindungan untuk kakitangan perubatan barisan hadapan sangat memerlukan dana dari semua lapisan masyarakat. Sehubungan dengan itu, Durio PPE Sdn Bhd telah memulakan kempen ini untuk menggalak seluruh negara untuk turut serta dalam Kempen Bantuan Pelitup Muka "Satu untuk Satu" untuk menyediakan pelitup muka untuk NGO MERCY Malaysia. Ini akan dihantar ke pelbagai zon merah dan membantu masyarakat yang kurang kemampuan di semua wilayah.

Kempen Bantuan Pelitup Muka "Satu untuk Satu” ini akan dilancarkan di E-kedai dalam talian Shopee dan Lazada. Untuk setiap kotak pelitup muka patriotik Durio Prihatin 532A & 532K dan I Love My 531A yang dijual di kedai dalam talian rasmi Durio di Shopee dan Lazada, Durio akan menyumbangkan satu Kotak Pelitup Muka Patriotik Prihatin kepada MERCY Malaysia, dan kempen kini bermula sehingga 31 Disember 2020.

Sila klik pautan berikut untuk memasuki kedai dalam talian Durio:
Shopee - Durio PPE
Lazada - Durio PPE

Mengenai Dana Pandemik COVID-19 MERCY Malaysia
MERCY Malaysia adalah sebuah organisasi bukan untung antarabangsa yang memberi tumpuan pada penyediaan bantuan perubatan, pembangunan lestari berkaitan kesihatan dan aktiviti pengurangan risiko untuk masyarakat kurang kemampuan dalam situasi krisis dan tanpa krisis.

Pandemik COVID-19 telah secara ketara mencabar sistem pengurusan kesihatan, ekonomi, kehidupan masyarakat, keselamatan, dan kesihatan mental di Malaysia. Untuk mengurangkan beban negara dan masyarakat, MERCY Malaysia secara aktif bekerjasama dengan ramai rakan kongsi, agensi, penderma dan pihak berkepentingan untuk menyediakan tindak balas berpatutan terhadap wabak gelombang ketiga ini, dan pandemik lain pada masa depan melalui Dana Pandemik COVID-19.

Dana ini khususnya adalah untuk melaksanakan Pelan Respons dan Kesediaan Strategik Gelombang Ketiga COVID-19, dengan objektif operasinya untuk menyumbang dalam mengurangkan morbiditi, mortaliti dan impak sosial gelombang ketiga wabak, dengan mencegah atau memperlambat penularan dan membantu memastikan masyarakat yang terjejas oleh wabak ini menerima akses kepada perkhidmatan sosial asas serta dapat menjaga maruah diri sepanjang wabak tersebut. Semua bantuan dan penyampaian bantuan diselaraskan dengan Kementerian Kesihatan (KKM), Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Laman web MERCY Malaysia: www.mercy.org.my

Mengenai usaha Durio sehingga kini
Durio menyokong semangat dan visi kemanusiaan MERCY Malaysia dengan tindakan responsif. Melalui Kempen Bantuan Pelitup Muka "Satu untuk Satu”, rakyat Malaysia dapat turut serta dalam membantu barisan depan dan orang yang memerlukan pelitup muka.

Selain itu, Durio PPE Sdn Bhd juga telah menyumbangkan 150 kotak pelitup muka patriotik Prihatin kepada MERCY Malaysia untuk aktiviti penyelamatan kecemasan sebelum acara ini. Setelah kempen dimulakan, Durio akan terus memberikan pelitup muka yang disediakan ke ibu pejabat MERCY Malaysia di Kuala Lumpur untuk diedarkan. Durio dengan bangga memberi pelitup muka berkualiti tinggi dan berpatutan kepada rakyat dan mengutamakan tanggungjawab sosial, dengan terus menyumbangkan pelitup muka kepada mereka yang memerlukan, termasuk Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, SK Gas Sandakan, Sekolah Rendah dan Menengah Negeri Johor, Pusat Penjagaan Kiwanis, Kiwanis Club of Kuala Lumpur, Care United Johor Bahru dan badan amal lain.

Durio berharap Kempen Bantuan Pelitup Muka "Satu untuk Satu” ini menggalak seluruh negara untuk mengangkat tangan dan meningkat sumbangan pelitup muka bersama. Kami menyokong kakitangan perubatan barisan depan dan orang-orang dalam bidang wabak utama dengan memastikan mereka mempunyai pelitup muka berkualiti tinggi yang mencukupi untuk mencegah penyebaran virus dan memutuskan rantai penularan virus secara efektif. Beli pelitup muka, anda boleh memainkan peranan penting untuk MERCY Malaysia!

Durio komited terhadap kualiti produknya dengan kecekapan penapisan tinggi dan keselesaan aliran udara pelitup muka. Ianya disahkan dengan kadar penapisan bakteria BFE 99% dan kadar penapisan zarah PFE 95% dengan ketahanan aliran udara rendah, selesa dipakai, dan 100% buatan Malaysia. Setiap produk dihasilkan dalam persekitaran terkawal yang memenuhi standard pensijilan ISO-13485. Kain kalis air luar, kain lebur elektrostatik tengah dan lapisan dalaman kain penyerap adalah berkualiti tinggi.

Selain itu, Durio ada pelbagai pilihan pelitup muka, terdapat pelitup muka 3 lapisan biru yang tinggi pelindungan, pelitup muka lima warna yang bergaya, pelitup muka bertemakan patriotik, pelitup muka kanak-kanak, dan pelitup muka bercetak batik 4 lapis dan pelitup muka kelabu karbon aktif yang baru dilancarkan, harganya bermula dari RM24.90 hingga RM29.90; terdapat juga pelitup muka penapisan bertaraf N95 tiga dimensi dan pelitup muka reka bentuk khas.

Untuk maklumat mengenai Kempen Bantuan Pelitup Muka "Satu untuk Satu”sila hubungi: +607-3311385,+6012-6498758

Durio PPE Sdn Bhd
16, Jalan Temenggong, 81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia.
+607-3311385, +607-3311389,+607-3311815
[email protected]
www.durioppe.com
https://www.facebook.com/durioofficial
https://www.instagram.com/durioofficial/