Skip to main
Logo Malaysiakini

Durio menyumbangkan 32,500 keping pelitup muka kepada MERCY Malaysia dan melancarkan promosi pelitup muka bertemakan patriotik

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Durio telah menyumbangkan 32,500 keping iaitu berjumlah 13 karton pelitup muka bertemakan Patriotik kepada MERCY Malaysia dalam menyokong kakitangan perubatan barisan hadapan dan golongan yang lemah. Pelitup muka diserahkan kepada Encik Radzi selaku wakil MERCY Malaysia pada 14 Jan 2021.

Durio memulakan "Kempen Bantuan Pelitup Muka Satu untuk Satu" pada November 2020 untuk menyokong MERCY Malaysia. Bagi setiap kotak pelitup muka patriotik Durio Prihatin dan I Love My yang dijual di kedai dalam talian rasmi Durio di Shopee dan Lazada, Durio telah menyumbangkan satu Kotak Pelitup Muka Patriotik Prihatin kepada MERCY Malaysia dan kempen berakhir pada 31 Disember 2020.

Tindakan amal ini bertujuan untuk mendorong orang ramai turut serta dalam menyokong kakitangan perubatan barisan hadapan dan memberi galakan kepada mereka semasa wabak ini berlaku. Kini, wabak COVID-19 semakin parah dan Malaysia telah memasuki status MCO, CMCO dan RMCO. Peralatan perlindungan untuk kakitangan perubatan barisan hadapan juga sangat diperlukan kerana sistem perubatan kini semakin lemah. Kami dengan tegas meminta orang ramai untuk mematuhi SOP dan semua orang bertanggungjawab dalam pencegahan wabak ini.

Disebabkan wabak ini semakin teruk, Durio mengambil bahagian dalam memberi sumbangan kepada masyarakat serta melancarkan kempen patriotik bagi membolehkan orang-orang mendapat perlindungan yang terbaik dan pelitup muka perubatan yang selesa dengan harga yang berpatutan. Promosi pelitup muka patriotik Durio Prihatin dilancarkan pada 18 Januari, dan hanya dijual dengan harga RM15 sekotak dari harga asal iaitu RM29.90. Pelitup muka Prihatin boleh didapati di kedai dalam talian rasmi Durio. Di samping itu, Durio juga menggalakkan syarikat dan pihak lain untuk turut serta dalam aktiviti sokongan dan menyumbangkan pelitup muka kepada badan amal.

Mengenai usaha Durio sehingga kini
Durio menyokong semangat kemanusiaan dan visi MERCY Malaysia dengan tindakan responsif. Durio dengan bangga memberi pelitup muka berkualiti tinggi dan berpatutan kepada rakyat serta mengutamakan tanggungjawab sosial dengan terus menyumbangkan pelitup muka kepada mereka yang memerlukan termasuklah Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, SK Gas Sandakan, Sekolah Rendah dan Menengah Johor, Pusat Penjagaan Kiwanis , Kiwanis Down Syndrome Foundation National Centre, Care United Johor Bahru, Perkhidmatan Bilik Darjah Kazee, HOL 448 Food Bank (Johor), Food Bank Ji Shan, Program Post Bencana Banjir KPDNHEP, Persatuan Seni Rhapsodi JB, Persatuan Kebajikan Yu Shan JB dan badan amal yang lain.

Durio komited terhadap kualiti produknya dengan kecekapan penapisan tinggi dan keselesaan aliran udara pelitup muka. Ianya disahkan dengan kadar penapisan bakteria BFE 99% dan kadar penapisan zarah PFE 98% dengan ketahanan aliran udara rendah, selesa dipakai, dan 100% buatan Malaysia. Durio PPE Sdn Bhd diperakui dengan Sistem Pengurusan Kualiti Peranti Perubatan ISO 13485: 2016 dan dengan Lesen Penubuhan MDA dan Sijil Pendartaran Peranti Perubatan, produk pelitup muka perubatan juga mencapai tahap perlindungan Jenis IIR EN 14683: 2019.

Kain kalis air diluar, kain lebur elektrostatik di tengah dan lapisan dalaman kain penyerap adalah berkualiti tinggi. Selain itu, terdapat pelbagai pilihan pelitup muka Durio iaitu pelitup muka 3 lapisan berwarna biru, pelitup muka lima warna yang bergaya, pelitup muka bertemakan patriotik, pelitup muka kanak-kanak, pelitup muka bercorak batik 4 lapisan dan pelitup muka kelabu karbon aktif. Harganya bermula dari RM24.90 sehingga RM29.90 dan lebih banyak produk baru yang akan dilancarkan. Seterusnya, terdapat juga pelitup muka penapisan bertaraf N95 tiga dimensi dan pelitup muka reka bentuk khas.

Untuk maklumat sila hubungi: +607-3311385,+6012-6498758
Sila klik pautan berikut untuk memasuki kedai dalam talian Durio:
https://shopee.com.my/durioppe
https://www.lazada.com.my/shop/durio-ppe/

Durio PPE Sdn Bhd
16, Jalan Temenggong, 81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia.
+607-3311385, +607-3311389,+607-3311815
[email protected]
www.durioppe.com
https://www.facebook.com/durioofficial
https://www.instagram.com/durioofficial/