Skip to main
Logo Malaysiakini

Ribuan peniaga runcit lebih bersedia semasa PKP 2.0 dengan jualan harian melonjak lebih 170% di Lazada

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Ribuan peniaga runcit yang bergegas menyertai Lazada Malaysia tahun lalu, kini telah menjadi veteran perniagaan dalam talian yang terus sedia untuk membekalkan barangan keperluan kepada komuniti semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kedua ini, menerusi laman khusus ‘Keep Calm and Shop from Home’ di Lazada.

“Rakyat Malaysia boleh memilih daripada lebih 10,000 jenis barangan keperluan di laman tersebut, yang merangkumi sayur-sayuran, buah-buahan, daging, makanan laut dan bahan-bahan masakan lain yang segar dari ladang. Barangan keperluan harian seperti pelitup muka, produk kebersihan, makanan haiwan peliharaan dan banyak lagi juga sedia ada. Kami sentiasa berdiri teguh bersama rakan perniagaan kami untuk memenuhi keperluan harian para pelanggan yang semakin meningkat. Purata jualan harian kategori barangan runcit di Lazada telah mencatat peningkatan lebih 170% tahun ke tahun sepanjang 2020,” kata Sherry Tan, Ketua Pegawai Perniagaan, Lazada Malaysia.

Selain daripada baucar Penghantaran Percuma harian dan diskaun sehingga 50% yang ditawarkan di laman ‘Keep Calm and Shop from Home’ Lazada (http://lzd.co/ShopFromHome), penjual barangan segar dan makanan sejuk terpilih turut menyediakan penghantaran 24 jam dan 48 jam semasa PKP 2.0. Segala barangan keperluan rakyat boleh dihantar terus ke rumah mereka setiap hari secara pantas.

Shwe Ying, Pengurus Pemasaran, Cameron Farmers, berkata: “Sebagai veteran PKP dan peniaga pilihan masyarakat tempatan, kami bertanggungjawab untuk membantu rakyat Malaysia semasa PKP 2.0 ini dengan memberi akses barangan segar yang mudah di dalam talian. Kami juga telah memanfaatkan pangkalan pelanggan Lazada yang mantap untuk menjadikan perniagaan kami kekal mampan demi kelangsungan hidup para peladang kami. Sejak menyertai platform eDagang tahun lalu, kami kini telah mengembangkan lagi penawaran kami dengan memasukkan beberapa barangan lain seperti telur dan buah-buahan ke dalam senarai perkhidmatan kami, selain daripada sayur-sayuran segar kami yang terkenal.”

Pada awal PKP tahun lalu, Cameron Farmers terpaksa membuang bertan-tan sayur-sayuran akibat gangguan rantaian bekalan. Namun, sejak syarikat itu menyertai Lazada Malaysia dan menggunakan ekosistem logistiknya yang meluas, ia telah berjaya menjual lebih 10,000 kilogram barangan segar setiap bulan, sambil meraih hampir 30,000 pengikut kedai yang setia.

Lee Ka Seng, Pemilik, Fully Fishery, berkata, “Kami mula berniaga di Lazada sejak hujung tahun lalu kerana permintaan untuk barangan runcit di platform eDagang terkemuka ini semakin meningkat. Sebelum itu, kami menjual makanan laut melalui penstriman secara langsung di dalam media sosial, tetapi penularan pandemik telah menunjukkan bahawa perniagaan perlu sentiasa menyesuaikan diri dan menjadi kalis masa depan. Dengan menyertai Lazada, kami dapat memanfaatkan ciri penstriman secara langsung LazLive di dalam aplikasinya, sambil menawarkan penghantaran lancar dalam tempoh 24 dan 48 jam ke isi rumah rakyat Malaysia.”

Fully Fishery menawarkan pelbagai pilihan makanan laut segar di Lazada, termasuklah salmon, tilapia, kerang, udang kara, kod, ketam raja, dan sebagainya. Ia semakin berkembang menjadi pilihan pengguna kerana rakyat Malaysia membeli sehingga 3,000 kilogram makanan laut keluarannya setiap bulan.

Dylan Lee, Pengasas, D Mart, berkata: “Selepas menyertai Lazada Malaysia, saya berjaya menukar model perniagaan saya dan mula menjual barangan segar di dalam talian semasa PKP tahun lalu. Walaupun ia adalah sesuatu perkara yang baru bagi saya, saya telah mendapat bimbingan yang menyeluruh daripada Lazada University. Perisian eDagangnya yang intuitif juga membolehkan perniagaan saya untuk terus berkembang maju. Hari ini, walaupun PKP kembali lagi, saya lebih bersedia untuk memanfaatkan trend pertumbuhan eDagang.”

D Mart telah mencatat jualan lebih daripada 8,000 kilogram sayur-sayuran segar dalam tempoh sebulan dengan hampir 100% penarafan positif untuk kedainya dari kalangan pelanggan Lazada yang berpuas hati. Sejak itu, kedainya telah mengembangkan lagi penawarannya dengan memasukkan barangan lain seperti makanan laut beku, buah-buahan segar, daging ayam, dan itik yang dibungkus kedap udara.

Rakyat Malaysia yang sedang membuat persiapan untuk perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi juga boleh membeli-belah di Jualan Lazada CNY dari sekarang hingga 5 Februari 2021, bagi mendapatkan tawaran yang tiada tandingannya untuk yee sang, abalone, cheongsam, perhiasan rumah, dan banyak lagi barangan kegemaran tempatan.