Skip to main
Logo Malaysiakini

Lazada melancarkan ciri 'Lazada Bonus' baharu dengan pelbagai kejutan istimewa sempena ulang tahun ke-9

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Setelah berkhidmat kepada masyarakat Malaysia sejak 2012, Lazada meraikan hari jadinya tahun ini dengan ciri ‘Lazada Bonus’ baharu yang menawarkan penjimatan tambahan kepada pelanggan tempatan pada Jualan Ulang Tahun Ke-9 Lazada di sepanjang Mac.

“Kami amat berbesar hati kerana telah berkhidmat kepada rakyat Malaysia selama hampir sedekad. Sebagai perintis yang memperkenalkan eDagang kepada masyarakat tempatan, kami sentiasa berkembang seiring dengan cita rasa membeli-belah dalam kalangan rakyat. Hari ini, pembelian dalam talian telah menjadi fenomena budaya yang mencorakkan kehidupan seharian masyarakat di negara ini, yang dibuktikan oleh lebih satu per tiga populasi tempatan yang melawati aplikasi kami setiap bulan. Kami amat menghargai sokongan daripada para pengguna, penjual, dan rakan jenama kami. Semasa Jualan Ulang Tahun Ke-9 Lazada ini, kami komited untuk menggembirakan rakyat Malaysia dengan pelbagai ganjaran dan pengalaman istimewa,” kata Sherry Tan, Ketua Pegawai Perniagaan, Lazada Malaysia.

Ciri ‘Lazada Bonus’ baharu ini memberikan baucar harian mengikuti kesesuaian setiap individu. Pelanggan berpeluang untuk menikmati penjimatan tambahan menerusi diskaun sehingga RM40 dalam satu transaksi*. Keunikan baucar ‘Lazada Bonus’ ini adalah di dalam fungsinya yang boleh digunakan secara serentak dengan baucar-baucar lain, sebagai tambahan kepada beraneka tawaran yang tiada tandingannya oleh rakan jenama dan para penjual Lazada yang mengambil bahagian.

Para pembeli bijak boleh mengumpul baucar ‘Lazada Bonus’ dengan mudah apabila mereka mengunjungi laman Jualan Ulang Tahun di dalam aplikasi Lazada. Baucar tersebut boleh dikumpul setiap hari mulai 1 hingga 2 Mac untuk penebusan pada 3 Mac, serta dari 20 hingga 26 Mac untuk penebusan pada 27 Mac semasa kemuncak sambutan di hari mega.

Setiap pelanggan boleh mengumpul satu baucar ‘Lazada Bonus’ setiap hari yang akan disesuaikan secara automatik mengikuti gaya membeli-belah masing-masing. Nilai diskaun akan bertambah mengikut jumlah baucar yang dikumpulkan dan boleh digabungkan semasa membuat pembayaran pada 3 dan 27 Mac, bersama dengan diskaun-diskaun atau baucar-baucar yang lain. Rakan jenama dan penjual yang mengambil bahagian dalam ‘Lazada Bonus’ boleh dikenal pasti melalui lencana ‘Lazada Bonus’ yang terdapat pada produk yang dipaparkan semasa melayari aplikasi Lazada.

Sambutan Hari Lahir pada Bulan Mac
Selain daripada ciri ‘Lazada Bonus’, pembeli dalam talian juga boleh menantikan pelbagai kejutan istimewa semasa sambutan sepanjang bulan Mac yang akan memuncak pada hari mega 27 Mac. Rakyat Malaysia akan dapat menikmati tawaran baucar Penghantaran Percuma RM9, tawaran Jaminan Harga Terendah dengan janjian pulangan wang 9 kali ganda, diskaun sehingga 90%, Flash Sale RM9, Chup Dulu, ganjaran Lazada Wallet, diskaun LazCoins, dan banyak lagi*.

Pastikan anda telah menandakan tarikh penting berikut ke dalam kalendar Mac anda:

  • Big Baby Boss mulai 1 hingga 3 Mac: Untuk para ibu bapa yang sedang mencari tawaran istimewa untuk barangan keperluan bayi, alat permainan, dan susu formula daripada Pediasure, Enfagrow, Drypers, Huggies, LEGO, Fisher-Price, Hasbro dan banyak lagi.

  • 3.3 pada 3 Mac: Untuk diskaun hebat daripada Innisfree, LANEIGE, Apple, Nike, dan lain-lain.

  • ‘LazMall Brands Festival’ mulai 4 hingga 19 Mac: Untuk para peminat jenama Samsung, Xiaomi, ASUS, Philips, Vans, Converse, L'Oréal Paris, Shiseido, Tesco Groceries, dan banyak lagi untuk mendapatkan tawaran eksklusif dan keluaran terkini daripada jenama-jenama asli di LazMall.

  • Kempen Hari Wanita Antarabangsa mulai 6 hingga 10 Mac: Istimewa untuk para fesyenista untuk menikmati produk penjagaan diri, penjagaan kulit, kosmetik, dan aksesori daripada L'Occitane, Aesop, Calvin Klein, Onitsuka Tiger, Watsons, dan banyak lagi.

  • Pra-Jualan Chup Dulu Ulang Tahun Ke-9 Lazada mulai 14 hingga 26 Mac: Untuk para pembeli awal yang ingin mengurangkan lagi harga dengan menempah barang terlebih dahulu menerusi deposit. Chup Dulu memastikan proses pembayaran yang serba lancar pada hari mega.

  • ‘Countdown’ Jualan Ulang Tahun Ke-9 Lazada mulai 20 hingga 26 Mac: Isimewa untuk para pembeli bijak mendapatkan penjimatan tambahan dengan mengumpul baucar Penghantaran Percuma RM9 untuk ditebus pada hari mega. Pada tempoh ini, pelanggan yang awal menambah nilai Lazada Wallet akan mendapatkan ganjaran rebat segera dan berpeluang untuk memenangi Hadiah Heartbeat bernilai lebih RM200,000.

  • Hari Mega Jualan Ulang Tahun Ke-9 Lazada pada 27 Mac: Untuk tawaran dalam talian terhebat di seluruh negara dengan diskaun sehingga 90%, Flash Sale RM9, baucar Lazada Bonus, dan Crazy Brand Mega Offers yang disokong oleh Jaminan Harga Terendah dengan janjian pulangan wang 9 kali ganda*.

Lazada juga telah mengukuhkan lagi komitmennya bagi membantu komuniti eDagang Malaysia dengan melancarkan ikon ‘Everyday Low Price’ atau ‘Jimat Hari-Hari’ di laman utamanya, bermula dari sambutan ulang tahun ini. Laman ‘Everyday Low Price’ ini akan mengetengahkan pelbagai pilihan barangan berkualiti dengan harga kompetitif dan berpatutan sepanjang tahun, serta baucar Penghantaran Percuma harian. Hanya penjual dan jenama yang dipercayai yang dapat mengekalkan tahap komitmen dan prestasi tertentu sahaja akan ditampilkan di dalam laman tersebut bagi memastikan ketekalan dari segi harga berpatutan, kepelbagaian pilihan, dan pengalaman pelanggan.

Rakyat Malaysia boleh membeli belah dengan yakin dan mudah di dalam laman ‘Everyday Low Price’ Lazada, yakin kerana mempunyai Lazada sebagai panduan membeli-belah peribadi yang telah membuat kajian bagi memberi pengalaman terbaik kepada para pelanggannya.

*Tertakluk kepada Terma & Syarat 


Kandungan ini disediakan oleh Lazada Malaysia.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.