Skip to main
Logo Malaysiakini

Hampir sedekad ‘Impak Lazada’ memacu transformasi ekonomi digital Malaysia dan memodenkan peruncitan

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Sejak hampir sedekad Lazada Malaysia ditubuhkan pada 2012, pasaran eDagang tempatan telah mengalami pertumbuhan yang memberangsangkan, dari peringkat awalnya hinggalah menjadi sebuah industri yang berkembang pesat di seluruh negara. Dalam tempoh sembilan tahun ini, ekosistem eDagang Lazada telah menjadi satu fenomena budaya yang menggalakkan pendigitalan beratus ribu perniagaan tempatan, menanamkan keyakinan dalam kalangan masyarakat untuk membeli-belah dalam talian, dan mewujudkan ribuan peluang pekerjaan logistik untuk rakyat Malaysia. Semua ini dikenali sebagai ‘Impak Lazada’.

“Semasa penubuhan Lazada, pembelian dalam talian adalah konsep baru bagi kalangan rakyat Malaysia. Pada masi itu, kami tidak begitu dikenali dan barisan kepimpinan kami juga seringkali menghabiskan hujung minggu di gudang untuk membungkus pesanan. Sekarang, dalam kita menyambut Hari Jadi Ke-9 Lazada pada 27 Mac ini, eDagang telah menjadi sebahagian daripada rutin harian rakyat Malaysia, dengan lebih daripada satu pertiga penduduk tempatan membeli-belah di dalam aplikasi Lazada setiap bulan. Kami akan memastikan semangat perintisan kami akan terus menyemarakkan lagi masa depan eDagang di negara ini dengan membuka seluas-luasnya akses ekonomi digital kepada pelanggan, jenama, dan peniaga tempatan, bagi memastikan Malaysia terus mendapat manfaat daripada ‘Impak Lazada’,” kata Magnus Ekbom, Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Malaysia, Pengasas dan Ketua Pegawai Strategi, Kumpulan Lazada.

Magnus Ekbom, Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Malaysia, Pengasas dan Ketua Pegawai Strategi, Kumpulan Lazada

Membentuk Era Baru Usahawan dan Perniagaan Runcit Digital
Sebagai salah satu platform eDagang terbesar pertama di Malaysia yang membentuk ekonomi digital negara, Lazada adalah pemacu transformasi digital bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat-syarikat besar. Menerusi ekosistem logistik yang meluas, alat perniagaan yang inovatif, dan latihan Lazada University yang menyeluruh, ‘Impak Lazada’ telah berjaya meningkatkan kemahiran dan melandaikan halangan pendigitalan usahawan tempatan di peringkat akar umbi – memperkasakan PKS tempatan dengan akses kepada ekonomi digital negara.

Satish Raguchandran, Pengasas, Russell Taylors, berkata, “Saya sebenarnya mempunyai latar belakang dalam bidang kejuruteraan kimia. Oleh itu, semasa saya memulakan perniagaan dalam talian menjual kelengkapan rumah pada 2014, saya tidak mempunyai apa-apa ilmu mengenai eDagang. Malah, ramai orang tidak tahu bagaimana untuk mengendalikan perniagaan di dalam talian ketika itu. Walaubagaimanapun, saya berupaya mengembangkan perniagaan saya di Lazada Malaysia apabila dibimbing oleh Lazada University, daripada perkara asas seperti menyediakan senarai produk hinggalah kepada analisis perniagaan yang kompleks. Pada masa itu, Russell Taylors hanyalah sebuah perniagaan yang kecil dan tidak mempunyai banyak sumber atau tenaga kerja, maka saya telah menggunakan perkhidmatan logistik ‘Fulfilled By Lazada’ (FBL) untuk penyumberluaran pergudangan, pembungkusan, dan penghantaran. Setelah 7 tahun di Lazada, perniagaan saya telah berkembang lebih 100 kali ganda dan menjana jualan sehingga RM2 juta sehari semasa tempoh kempen. Saya kini boleh memberi tumpuan untuk menguruskan perniagaan dalam talian saya sepenuh masa dan mempunyai kebebasan kewangan untuk memberikan pendapatan yang stabil kepada kakitangan saya.”

Satish Raguchandran, Pengasas, Russell Taylors

Surina Shukri, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), menambah bahawa: “Gangguan yang disebabkan oleh COVID-19 baru-baru ini telah menunjukkan kepentingan untuk mendigitalisasikan perniagaan bagi kekal mapan dalam era digital sekarang. Dalam usaha kita untuk memacu 'digital economy' negara, MDEC akan terus berkerjasama dengan rakan industri utama, seperti Lazada, bagi memberi akses kepada latihan dan perkakasan yang diperlukan oleh para usahawan serta bakat tempatan untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem eDagang. Tumpuan kami pada tahun ini ialah untuk meningkatkan lagi momentum eDagang ini bagi membolehkan ‘trickle-down-effect’ yang lebih besar daripada pertumbuhan ekonomi digital negara dan membantu merealisasikan Malaysia 5.0.”

Surina Shukri, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)

Dengan peningkatan permintaan beli-belah di dalam talian, keupayaan logistik turut sama meningkat. Keadaan ini telah membantu mewujudkan ribuan peluang pekerjaan logistik untuk golongan B40, yang boleh menjana pendapatan bulanan sehingga lima digit untuk kakitangan penghantaran.

“Perkembangan infrastruktur logistik kami amat penting bagi memenuhi peningkatan permintaan daripada rakyat Malaysia, yang bukan sahaja lebih kerap membeli-belah di dalam talian, tetapi turut mengharapkan penghantaran pantas. Disokong oleh rangkaian gudang kami dan lebih 40 pusat penghantaran di seluruh Malaysia, Lazada telah giat mengembangkan keupayaan logistik kami bagi mengendalikan jumlah pesanan yang besar untuk para peniaga kami, dan pada masa sama memberi penghantaran yang pantas untuk para pelanggan. Pada 2020, kami berjaya menyempurnakan pesanan seorang pelanggan di Subang Jaya dalam masa 21 minit,” kata Olivier Petra, Ketua Pegawai Logistik, Lazada Malaysia.

Olivier Petra, Ketua Pegawai Logistik, Lazada Malaysia

Ho Choy Yok, Pemandu Penghantaran, Lazada Ekspress (LEX), berkata, “Saya pernah bekerja sebagai eksekutif akaun selama lebih 13 tahun. Tahun lepas, saya terdesak mencari sumber pendapatan alternatif kerana kehidupan kami sekeluarga terjejas akibat pandemik. Ketika itulah saya cuba bekerja sebagai kontraktor bebas menghantar bungkusan untuk Lazada. Selepas setahun lebih, saya berupaya meraih pendapatan sehingga lebih RM9,000 sebulan, jauh lebih banyak berbanding pendapatan saya sebelum saya memulakan kerjaya dalam bidang logistik ini. Ia juga memberikan satu pengalaman yang bermanfaat kepada saya kerana dapat membantu orang ramai apabila berkhidmat kepada komuniti tempatan semasa pandemik ini.”

Selain daripada rantai bekalan eDagang, ‘Impak Lazada’ turut mencipta peluang pendapatan alternatif dengan membawakan konsep Shoppertainment ke negara ini. Ciri-ciri dalam aplikasi seperti fungsi strim secara langsung, LazLive, serta ciri-ciri permainan LazGames dan LazCoins telah mengubah cara rakyat Malaysia berbelanja. Tabiat pengguna dalam talian tempatan telah berubah daripada menjalankan transaksi semata-mata, kepada pengalaman yang lebih sosial yang menggabungkan aktiviti membeli-belah dengan hiburan. Tahun lalu, LazLive telah menyiarkan lebih 1.1 juta minit kandungan dan rakyat Malaysia telah meluangkan 3.4 juta jam untuk bermain LazGames. Memandangkan semakin ramai rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup membeli-belah sambil berhibur, penstriman secara langsung telah menjadi kaedah kreatif untuk menjana pendapatan dari rumah.

Shaun Stephen, salah seorang strimer LazTalent dalam LazLive berkata, “Saya telah menjadi pengacara selama lebih 12 tahun, terutamanya untuk majlis-majlis dan acara hiburan. Apabila pandemik melanda, saya berdepan dengan masalah kewangan kerana tiada sebarang majlis atau acara diadakan. Ini bermakna saya langsung tiada sumber pendapatan selama 6 bulan. Ia menjadi satu pengalaman yang ngeri bagi saya dan isteri saya kerana kami bakal menimang cahaya mata ketika itu. Sejak saya menjadi strimer LazTalent dalam LazLive, saya sering bekerjasama dengan jenama terkenal bagi menarik perhatian pelanggan-pelanggan mereka dan turut berpeluang muncul di dalam TV semasa jualan 9.9, 11.11 dan 12.11, yang telah melonjakkan lagi kerjaya saya. Saya bersyukur kerana berpeluang mengalami sendiri ‘Impak Lazada’.”

Pelanggan Generasi Baru Memacu Perkembangan Ekonomi Digital
Lazada secara berterusan telah membina kepercayaan para pelanggan dengan meningkatkan pengalaman pelanggan digital. Saluran LazMall yang menjamin ketulenan jenama dan penghantaran pantas, serta penyelesaian pembayaran Lazada Wallet yang memastikan transaksi selamat dan lancar, adalah sebahagian daripada inovasi utama yang mencerminkan usaha ini. Selepas hampir sedekad ‘Impak Lazada’ di Malaysia, selera membeli-belah dalam talian rakyat Malaysia semakin berkembang di mana pada awalnya lebih tertumpu kepada peranti elektronik sahaja, hinggalah kini kepada barangan gaya hidup dan keperluan harian. Selain daripada peranti elektronik, yang kekal laris hari ini, barangan keperluan rumah, kosmetik kecantikan, fesyen, keperluan bayi, dan barangan runcit kini menjadi antara sepuluh kategori teratas di dalam Lazada. Ia menjadi pemangkin bagi perniagaan, termasuk jenama serta syarikat dari segala industri untuk memaksimumkan potensi digital mereka dengan memanfaatkan komuniti pelanggan tempatan Lazada yang amat luas.

“Menerusi platform Lazada, Senheng telah berjaya mengukuhkan jangkauan digital di seluruh negara bagi memenuhi peningkatan permintaan rakyat Malaysia yang celik digital. Memandangkan semakin ramai peniaga tempatan mula mencari penyelesaian dalam talian untuk keperluan gaya hidup harian mereka, terutamanya kelengkapan rumah, kami akan terus mempesonakan pelanggan kami dengan pengalaman digital baru. Sebagai contoh, keahlian Senheng PlusOne Lazada menawarkan jaminan tambahan satu tahun bagi meyakinkan pelanggan tentang kualiti produk kami, dan juga memberikan mata ganjaran untuk pelanggan yang setia. Hari ini, LazMall Flagship Store Senheng menjana jualan lebih RM30 juta setahun dan mempunyai jumlah pengikut setia lebih 150,000 rakyat Malaysia, yang kerap membeli produk yang bermula pada harga RM50, hinggalah RM8,000,” kata Lim Kim Heng, Pengarah Urusan, Senheng Malaysia.

Datuk Seri Meer Sadik Habib, Pengarah Eksekutif, HABIB Jewels, menjelaskan bahawa, “Rakyat Malaysia kini semakin biasa membeli-belah di dalam talian hinggakan ia menjadi sebahagian daripada gaya hidup harian kita. Ia tidak terhad kepada hanya barangan murah kerana para pelanggan kini juga semakin yakin untuk membeli barangan berharga di dalam talian. Kami pernah menjual barang bernilai lebih RM40,000 menerusi LazMall. HABIB telah menjalinkan kerjasama erat dengan Lazada sejak 2017 dan kami berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada pelbagai usaha pemasaran oleh Lazada, seperti Crazy Brand Mega Offer, Brand Mega Offer, Chief Discount Officer, dan Laz100. Kami amat menghargai sokongan padu daripada pasukan Lazada selama ini untuk pelbagai kempen seperti Raya 2020, 11.11 dan 12.12. Kami telah berjaya memecah banyak rekod dan menyaksikan pertumbuhan besar di dalam talian. Terutama sekali semasa PKP pertama tahun lalu, apabila kedai tidak boleh dibuka dan kami mengalihkan tumpuan kepada perniagaan dalam talian kami. Kami sangat berbesar hati kerana dapat membawakan kegembiraan kepada pelanggan-pelanggan kami menerusi barangan kemas kami. Oleh itulah kami telah menghasilkan reka bentuk eksklusif untuk para pelanggan Lazada di samping memperluaskan pasukan eDagang – semuanya untuk menyemarakkan dan mengekalkan kepuasan hati serta keyakinan pelanggan kami. Memandangkan HABIB dan Lazada berpegang kepada prinsip menghargai pelanggan, kami sedia untuk meningkatkan lagi kerjasama dan berkembang positif pada tahun-tahun yang seterusnya.”

Pada 27 Mac ini, ‘Impak Lazada’ akan berusia sembilan tahun dalam sejarah Malaysia. Lazada sentiasa komited untuk mengukuhkan lagi ekosistem eDagangnya dan akan terus menjadi pemangkin yang memacu pertumbuhan ekonomi digital negara ke tahap baru.


Kandungan ini disediakan oleh Lazada Malaysia.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.