Skip to main
Logo Malaysiakini

Lazada dan Berkat Madinah berganding bahu untuk menyokong Islamic Relief Malaysia membantu lebih 60,000 keluarga kurang mampu

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Lazada Malaysia telah mengumumkan kerjasama dengan Berkat Madinah untuk menyokong program anjuran Islamic Relief Malaysia. Kempen ini bertujuan membantu lebih 60,000 penerima yang memerlukan dalam kalangan masyarakat yang terpinggir di Malaysia dan di seluruh dunia. Sempena bulan yang mulia ini, seramai 1,000 pelanggan pertama yang menyumbang sekurang-kurangnya RM100 kepada Islamic Relief Malaysia dalam satu transaksi menerusi platform LazadaForGood, akan menerima 1 kotak kurma Berkat Madinah, manakala sumbangan RM300 dan RM500 akan melayakkan penderma masing-masing menerima 5 dan 10 kotak kurma.

Inisiatif LazadaForGood akan membawa manfaat kepada dua program Islamic Relief Malaysia pada tahun ini, termasuk kempen Rezeki Ramadan, yang menetapkan sasaran untuk mengumpulkan sumbangan RM2.4 juta menerusi kerjasama ini dan mengagihkan 12,000 bungkusan makanan kepada masyarakat yang memerlukan. Sementara itu, pertubuhan bukan keuntungan tersebut juga berhasrat mengumpulkan RM3 juta bagi kempen mySedekah mereka, yang menghulurkan bantuan dalam bentuk makanan, air, khidmat kecemasan, sara hidup, kesihatan, pendidikan dan banyak lagi. Kerjasama LazadaForGood dengan Berkat Madinah berharap dapat mendorong warganet untuk membantu Islamic Relief Malaysia mencapai sasaran dana yang ingin mereka kumpulkan.

“Program Rezeki Ramadan kami adalah salah satu program yang paling dinantikan oleh penerimanya setiap tahun. Pada tahun lepas, Islamic Relief mengagihkan bungkusan makanan kepada 989,912 penerima di seluruh dunia. Daripada angka itu, Islamic Relief Malaysia telah berjaya membantu 79,543 individu di 37 negara dengan memberikan 17,029 bungkusan makanan menerusi sumbangan daripada rakyat Malaysia,” menurut Islamic Relief Malaysia. “Memandangkan pandemik memberikan kesan yang sangat besar ke atas ekonomi, golongan kurang berkemampuan amat memerlukan bantuan pada tahun ini,” menurut mereka. Malah mereka menambah, “Keupayaan menggunakan platform sebesar Lazada untuk menggiatkan usaha mengutip derma pada hakikatnya banyak membantu kami, dan bersama-sama kita dapat melakukan sesuatu yang bermakna untuk menambah baik kehidupan lebih ramai insan yang memerlukan.”

“Pada bulan Ramadan ini, lebih-lebih lagi dalam keadaan semasa yang sukar, kami ingin membantu keluarga-keluarga yang memerlukan untuk 'berbuka puasa' dan terus menyokong masyarakat negara ini. Kami menghargai usaha sama seperti ini kerana secara bersama, kita dapat menambah kesan positif yang dibawa kepada masyarakat yang kita santuni,” kata Darren Rajaratnam, Ketua Pegawai Operasi, Lazada Malaysia. “Kami di Lazada Malaysia sukacita untuk bekerjasama dengan Berkat Madinah dan kami tidak sabar-sabar untuk menyokong tujuan murni Islamic Relief Malaysia, dengan sokongan orang ramai,” tambahnya.

“Kami mengalu-alukan kesudian Lazada Malaysia menghubungi kami untuk membincangkan idea menjalin kerjasama ini. Masyarakat Islam merupakan sebahagian besar daripada pelanggan setia kami, terutamanya pada bulan Ramadan. Mereka mengunjungi kedai-kedai kami untuk membeli kurma tradisional untuk rakan-rakan dan keluarga berbuka puasa," kata Berkat Madinah.

MENYANTUNI 'WIRA-WIRA PENGHANTARAN KITA’
Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghargai jasa wira-wira penghantaran kita yang tidak mengenal penat membantu masyarakat dengan menghantar semua bungkusan walaupun dalam bulan puasa, Lazada dengan kerjasama Berkat Madinah juga akan membekalkan kurma kepada semua penghantar barangannya sepanjang bulan Ramadan.

"Wira-wira penghantaran kita bertungkus-lumus setiap hari untuk memastikan rakyat Malaysia menerima barangan keperluan mereka dengan selamat dan tepat pada masanya, tidak kira hujan atau panas. Sepanjang Ramadan, para penghantar barangan kami yang beragama Islam terus bertugas untuk menyempurnakan tanggungjawab mereka – kita kagum dengan kesungguhan wira-wira barisan hadapan kita,” kata Olivier Petra, Ketua Pegawai Logistik, Lazada Malaysia. “Kami berbangga dengan perkhidmatan yang diberikan oleh mereka kepada pelanggan kami, dan oleh itu kami berbesar hati untuk berkongsi berkat ini daripada Lazada dan Berkat Madinah sebagai tanda penghargaan kami kepada mereka semua.”

"Pekerja barisan hadapan memang layak diberi pujian, khususnya mereka yang telah membantu kita menerima barangan keperluan harian kita sepanjang pandemik, memastikan kita kekal selamat di rumah. Pada bulan Ramadan ini, walaupun berpuasa sepanjang hari, mereka terus berkhidmat kepada masyarakat. Kami sudah tentu tidak keberatan untuk memainkan peranan kami untuk memberikan sumbangan kecil ini kepada penghantar barangan Lazada beragama Islam yang gigih bekerja," kata Berkat Madinah.

LazadaForGood ialah usaha berterusan Lazada untuk membawakan kesan sosial jangka panjang yang memenuhi misi teras kami untuk menggiatkan pembangunan di Asia Tenggara menerusi teknologi dan perdagangan.

Mereka yang berminat untuk menyokong misi Islamic Relief Malaysia di platform LazadaForGood boleh melayari laman sumbangan Islamic Relief Malaysia di laman web dan aplikasi Lazada, atau kunjungi laman LazadaForGood untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tujuan murni lain yang disokong oleh platform ini.


Kandungan ini disediakan oleh Lazada Malaysia.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.