Skip to main
Logo Malaysiakini

UEM Sunrise bekerjasama dengan Maybank Islamic melalui program HouzKEY untuk lebih penjimatan kepada pembeli rumah

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Melalui kerjasama Maybank Islamic dalam program HouzKEY, UEM Sunrise Berhad (“UEM Sunrise” atau “Syarikat”), salah satu pemaju hartanah terkemuka di Malaysia kini menawarkan skim tanpa wang pendahuluan, tanpa pembayaran bagi projek yang dalam tempoh pembinaan serta pembiayaan perumahan sebanyak 100% untuk sepuluh buah projek perumahan Syarikat kepada pembeli rumah kali pertama dan kedua.

Di bawah inisiatif ini, pembeli tidak perlu membuat pembayaran semasa tempoh pembinaan untuk projek-projek yang masih belum selesai pembinaannya sehingga mereka memperolehi kunci kediaman mereka. Selain menerima ganjaran tambahan daripada UEM Sunrise, para pemilik rumah juga akan dapat menikmati skim pembiayaan 100% pada kadar terendah selama lima tahun pertama dengan hanya perlu membayar deposit selama tiga bulan yang akan dikembalikan dan bukannya membayar wang pendahuluan yang tinggi.

Selain itu, pemilik rumah akan menikmati pengecualian duti setem dan memorandum pindah milik (MOT) di bawah Kempen Pemilikan Rumah (HOC) oleh kerajaan yang telah dilanjutkan sehingga akhir tahun ini.

“Kami amat memahami bahawa kos pendahuluan untuk memiliki kediaman merupakan satu bebanan kepada para pembeli rumah kali pertama. Oleh yang demikian, dengan kerjasama pihak Maybank Islamic, ianya akan memberikan kemudahan kepada para pelanggan kami untuk menguruskan proses tersebut. Kami yakin bahawa inisiatif HouzKEY ini akan membantu lebih ramai pelanggan kami termasuk pemilik rumah kali pertama untuk mencapai impian memiliki rumah yang dibina oleh UEM Sunrise. Kerjasama ini selaras dengan slogan kami, ‘Menuju Bahagia’ di mana matlamat kami adalah untuk membantu pelanggan kami mencapai kebahagiaan dalam memiliki rumah baru serta pengalaman pembelian rumah yang menggembirakan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise Sufian Abdullah.

Di Johor, antara projek Syarikat yang terlibat adalah merangkumi pembangunan yang dilengkapi dengan ciri-ciri kelestarian seperti Aspira Gardens, kawasan perumahan eksklusif yang berpagar dan berpengawal di Gerbang Nusajaya dengan rekaan kediaman yang mempesonakan memenuhi keperluan pelbagai generasi; Aspira ParkHomes (Fasa 1, 2, 3A, 3B), kawasan perumahan berstatus pegangan kekal yang berpagar dan berpengawal. Projek perumahan seterusnya ialah, Senadi Hills (Fasa 1A, 1B), sebuah projek pembangunan berstatus pegangan kekal untuk pelbagai generasi keluarga dengan taman-taman landskap yang indah di halaman rumah dan kemudahan akses ke lebuhraya yang berhampiran dengan pusat membeli-belah, institusi pendidikan, kemudahan kesihatan dan rekreasi; Akhir sekali, The Maris, sebuah kediaman berilhamkan kawasan peranginan, terletak di Desaru Coast yang menawarkan kehidupan tenang di kelilingi persekitaran hijau dan pantai berpasir Desaru yang indah.

Manakala di Lembah Klang pula, program ini melibatkan projek pembangunan di KAIA Heights, projek terbaru UEM Sunrise yang merupakan sebuah kediaman bertingkat di puncak bukit Equine Park, Seri Kembangan yang mempunyai pemandangan di sekitar Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Bukit Jalil atau Hutan Simpan Ayer Hitam yang sungguh menakjubkan dan Residensi AVA, pembangunan induk UEM Sunrise di Kiara Bay, Kepong. Kediaman bertingkat ini juga berdekatan dengan Taman Metropolitan Kepong serta The Beat -hab peruncitan persisir tasik yang meriah bakal dibuka terdiri daripada peruncit seperti Starbucks pandu lalu, pasaraya dan 21 buah kedai pelbagai jenis makanan dan minuman.

“Dengan tawaran yang menarik untuk pelbagai jenis projek kami di bawah inisiatif HouzKEY ini, kami berharap bahawa impian untuk memiliki rumah mampu dicapai oleh semua orang,” tambah Sufian.

Pengarah Urusan Maybank Real Estate Ventures Sally Lye berkata: “Selaras dengan misi kami untuk memberikan kemudahan perkhidmatan kewangan, HouzKEY merupakan bukti komitmen kami dalam membantu para pelanggan untuk memiliki rumah impian mereka. Justeru itu, kami berbesar hati untuk menyatakan sokongan kami kepada UEM Sunrise dalam mengatasi masalah utama kepada bakal pemilik rumah. Kami yakin bahawa kerjasama ini akan memberikan manfaat kepada lebih ramai pembeli rumah kali pertama dan kedua untuk memiliki rumah impian mereka.”

Selain inisiatif HouzKEY Maybank Islamic ini, UEM Sunrise juga terlibat dengan kempen Hari Raya Aidilfitri ‘Riang Ria Raya Ceria’ yang masih berterusan sehingga 30 Jun 2021, di mana pelbagai ganjaran menanti bakal pemilik rumah antaranya mereka berpeluang untuk memenangi duit raya tambahan, baucar pembelian, dan pelbagai hadiah cabutan bertuah yang bernilai sehingga RM10,000. Kempen ‘Riang Ria Raya Ceria’ ini merangkumi 13 buah pembangunan menarik di sekitar Lembah Klang dan Iskandar Puteri, Johor.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen HouzKEY dengan kerjasama Maybank Islamic dan UEM Sunrise ini, para pelanggan boleh layari www.uemsunrise.com/houzkey.


Kandungan ini disediakan oleh UEM Sunrise.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.