Skip to main
Logo Malaysiakini

Lazada lancar pembayaran semasa penghantaran tanpa tunai melalui DuitNow QR semasa PKPD

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Memandangkan rakyat Malaysia lebih kerap membeli barangan keperluan harian dalam talian, Lazada kini menyediakan kemudahan tambahan kepada pembeli menerusi pilihan pembayaran semasa penghantaran tanpa tunai di seluruh negara. Pengguna hanya perlu klik ‘DuitNow’ di halaman pembayaran ‘cash on delivery’ (tunai semasa terima) di Lazada, kemudian mengimbas kod QR pembelian mereka untuk membayar secara digital apabila pesanan diterima.

Pilihan pembayaran baharu ini bukan sahaja memberikan tahap keselamatan lebih tinggi kepada pengguna untuk mengamalkan penjarakan fizikal, tetapi turut memberikan ketenangan bagi pelanggan yang ingin membayar apabila produk telah diterima.

“Ketika negara sedang terus berusaha untuk menyekat penyebaran COVID-19, terutamanya dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan Kuala Lumpur dan Selangor, kebanyakan rakyat Malaysia hari ini sudah biasa menggunakan kemudahan eDagang untuk mendapatkan barangan runcit dan keperluan harian. Namun, bagi mereka yang masih baharu atau tidak pasti tentang pembelian dalam talian, pilihan untuk membayar apabila pesanan tiba akan membolehkan pengguna rasa lebih yakin dan terlindung,” kata Rick Ting, Ketua Pertumbuhan Pengguna, Lazada Malaysia.

Rick menambah bahawa: “Membolehkan pembayaran semasa penghantaran menerusi DuitNow QR akan memperkuatkan kepercayaan pengguna terhadap transaksi digital, mengukuhkan tahap keselamatan pengguna, dan memudahkan pembeli untuk menyertai perdagangan digital. Alternatif pembayaran baharu ini dipacu oleh ekosistem rakan bank dan eDompet di Lazada yang menawarkan kemudahan DuitNow QR. Mulai hari ini, semua kakitangan penghantaran Lazada Express (LEX) kami di seluruh negara akan dilengkapi dengan kod DuitNow QR yang boleh diimbas dengan mudah oleh pelanggan apabila pesanan sampai di halaman rumah.”

Pembayaran DuitNow QR semasa penghantaran di platform Lazada buat masa ini hanya disediakan bagi produk yang dihantar oleh LEX. Pelanggan boleh memilih daripada mana-mana penyedia pembayaran digital yang menawarkan DuitNow QR, seperti aplikasi MAE oleh Maybank, untuk membayar dengan mengimbas kod QR apabila menerima penghantaran. Selepas pembayaran disempurnakan, aplikasi Lazada akan secara automatik dikemas kini untuk menyediakan pengalaman transaksi yang lancar.

Sempena pelancaran kemudahan ini, pengguna Lazada boleh menikmati diskaun* RM5 dengan perbelanjaan minimum RM30 (kod promo:LAZCOD5) apabila mereka membuat pembayaran pertama melalui DuitNow QR dengan menggunakan ciri ‘Scan & Pay’ (Imbas dan Bayar) dalam aplikasi MAE oleh Maybank.

Semua rakyat Malaysia digalakkan untuk membeli-belah dengan selamat dari rumah di Lazada untuk barangan keperluan harian dan barangan runcit pada saat-saat penting ini, sambil menikmati khidmat penghantaran pantas, diskaun hebat, dan baucar Penghantaran Percuma yang ditawarkan di laman ‘Shop From Home’ di sini (https://lzd.co/MalaysiaShopFromHome).

Untuk panduan langkah demi langkah bagi pembayaran semasa penghantaran, sila kunjungi: https://lzd.co/PaymentOnDelivery

*Tertakluk kepada Terma & Syarat


Kandungan ini disediakan oleh Lazada Malaysia.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.