Skip to main
Logo Malaysiakini

Allianz General sertai NEXEA Corporate Accelerator Programme 2021

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) akan menyertai NEXEA Corporate Accelerator Programme 2021 untuk tahun kedua berturut-turut, meneruskan minatnya dalam mencari potensi kerjasama.

Program tersebut, dengan kerjasama dari Pusat Inovasi dan Kreativiti Malaysia (MaGIC), Malaysian Business Angel Network (MBAN), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Cyberview Sdn Bhd dan AWS Activate, dan disokong oleh Cradle, akan menampilkan rakan kerjasama korporat Allianz General dan Spritzer dan banyak lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General Sean Wang berkata Syarikat sangat berminat untuk kembali bekerjasama dengan NEXEA kerana Corporate Accelerator Programme 2021 menawarkan akses kepada syarikat awalan baharu yang terbaik di pasaran.

Susulan program tahun lepas, Allianz General mempunyai akses kepada 20 syarikat permulaan yang terbaik, dan telah mendapatkan tiga syarikat dengan dua buah kerjasama dari program tersebut.

Penglibatan Allianz General dengan syarikat permulaan telah menghasilkan kerjasama dengan pelbagai organisasi sejak tahun 2017. Beberapa kerjasama komited termasuk Pand.ai, yang telah membantu mencipta Aida, chatbot insurans AI yang berinteraksi dengan pelanggan yang pertama di Malaysia, serta rakan pengedaran seperti SPEEDHOME (platform sewa rumah), SOCAR (rangkaian perkongsian-kereta), PolicyStreet (syarikat permulaan insurtech), dan RinggitPlus (laman perbandingan atas talian).

“Kini Allianz General mempunyai lebih 50 kerjasama digital yang aktif di pelbagai sektor tetapi kami sentiasa mencari rakan niaga yang boleh menawarkan idea yang baru dan berani yang boleh merubah atau meningkatkan cara kami menjalankan perniagaan kami dan mengubah bagaimana pelanggan kami boleh menerima manfaat dari produk dan perkhidmatan,” kata Sean.

“Pengalaman kami dengan NEXEA sangat bagus dan memilih untuk menyertai program tahun ini adalah keputusan yang mudah. Matlamat kami tahun ini ialah untuk mengenalpasti kerjasama yang berpotensi menawarkan peluang pengedaran yang boleh dimanfaatkan bersama dan syarikat permulaan yang mempunyai model perniagaan yang lestari dan kemampuan untuk memasuki pasaran yang lebih baharu,” tambah Sean.

Dibuka untuk semua syarikat permulaan teknologi di Malaysia, Corporate Accelerator Programme 2021 selama lima bulan direka untuk membenarkan peserta syarikat permulaan untuk mendapatkan daya tarikan perniagaan, memperbaiki strategi dan asas perniagaan lain dengan bimbingan dari mentor-mentor dan pakar-pakar.

Selain itu, syarikat permulaan yang mengambil bahagian juga akan mendapat manfaat dari Program Usahawan bagi syarikat permulaan selama enam bulan untuk mempelajari dan berkembang dengan rakan-rakan dan mentor-mentor mereka.

Penyertaan untuk NEXEA Corporate Accelerator Programme 2021 dibuka sehingga 31 Julai 2021. Untuk memohon atau maklumat lanjut mengenai program tersebut, layari corporateaccelerator.org/.


Kandungan ini disediakan oleh Allianz Malaysia Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.