Skip to main
Logo Malaysiakini

Yeo’s & Yayasan Amal Ng Teng Fong sediakan RM1Juta bantuan makanan bagi isi rumah B40 menerusi projek ‘Yeo’s Helping Hands’

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Syarikat Makanan & Minuman terkemuka, Yeo Hiap Seng (Malaysia) Bhd (Yeo’s) hari ini melancarkan Yeo’s Helping Hands, satu program tanggungjawab sosial korporat syarikat untuk membantu komuniti yang memerlukan.

Inisiatif sulung di bawah program Yeo’s Helping Hands melibatkan pembahagian bantuan bakul makanan kepada 28,000 isi rumah B40 yang terjejas hidup dan pekerjaan akibat COVID-19.

Bekerjasama dengan Yayasan Amal Ng Teng Fong, sebanyak RM1 juta telah diperuntukkan bagi projek untuk membantu 28,000 isi rumah B40. Setiap isi rumah akan menerima bantuan bakul makanan yang mengandungi makanan asas termasuklah makanan dalam tin serta air kotak Yeo’s dan Mee Segera Cintan.

Heidy Quah,Pengasas dan Pengarah, Refuge for the Refugees (kiri) bersama Renda Low, Pengarah Pemasaran Yeo’s dengan makanan bagi keluarga B40

Yeo's bekerjasama rapat dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Refuge for the Refugees, St. John Ambulance Malaysia, Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia dan badan amal lain untuk memastikan bantuan bakul makanan ini dapat diedarkan dengan pantas melalui rangkaian yang ada dan sampai ke tangan keluarga, di seluruh pelusuk negara di kala mereka memerlukan.

Mengulas mengenai inisiatif ini, Encik Samuel Koh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yeo's, berkata, "Sebagai sebuah syarikat yang dilahirkan di Malaysia, kami ingin memberikan bantuan dan sokongan kepada keluarga dengan cara praktikal di saat kritikal ini. Kami akan terus mencari kaedah untuk menjaga komuniti di Malaysia."

Ambulan St John’s digunakan untuk mengagihkan Bantuan Makanan Yeo’s kepada komuniti

"Kami bersimpati dengan mereka yang terjejas dengan cabaran luar jangkaan ini, dan penting bagi kami untuk menyokong dengan cara yang kami mampu. Ianya penting bagi kita untuk berganding bahu sebagai satu komuniti dan saling peduli untuk menghadapi cabaran bersama,” tambah Encik Daryl Ng, Pengarah Yayasan Amal Ng Teng Fong.


Kandungan ini disediakan oleh Yeo Hiap Seng (Malaysia) Bhd.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.