Skip to main
Logo Malaysiakini

Rumah teres dua tingkat di Senadi Hills UEM Sunrise hampir terjual sepenuhnya

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

UEM Sunrise Berhad (“UEM Sunrise” atau “Syarikat”), telah menyaksikan permintaan yang tinggi bagi pembangunan rumah teres dua tingkat berpengawal fasa pertama di Senadi Hills, Iskandar Puteri dengan hampir semua unit terjual dalam tempoh setahun selepas pelancarannya.

Sejak pelancarannya pada Julai tahun lepas, Fasa 1A Senadi Hills telah mencatatkan lebih daripada 85% jualan akhir, manakala Fasa 1B juga mempunyai kadar penjualan yang memberangsangkan dengan 75% hanya selepas beberapa bulan pelancarannya ini membuktikan keyakinan pelanggan terhadap kualiti dan nilai produk UEM Sunrise di wilayah selatan.

Senadi Hills yang mempunyai keluasan seluas 62 ekar merupakan komitmen UEM Sunrise terhadap permintaan untuk rumah peribadi dan berpengawal untuk pelbagai generasi keluarga dengan taman-taman landskap yang indah di halaman rumah. Sebuah pembangunan kediaman berpegangan kekal dengan akses ke lebuh raya dan lokasi yang berhampiran dengan pusat membeli-belah, kemudahan kesihatan, institusi pendidikan dan kemudahan rekreasi. Senadi Hills juga menawarkan Keselesaan, Kemudahan dan Kehidupan saling berhubung antara penghuninya.

Kedua-dua Fasa 1A dan Fasa 1B yang masing-masing merangkumi 112-unit dan 120-unit daripada keseluruhan 398-unit kediaman yang ditawarkan di perumahan komuniti berpengawal eksklusif ini. Keluasan unitnya bermula dari 2,088 kaki persegi. Terdapat juga pilihan unit empat bilik tidur seluas 20’ x 70’ dan 22’ x 70’, Senadi Hills menawarkan rekaan kediaman yang mempesonakan bersesuaian dengan keperluan pelbagai generasi. Harganya bermula dari RM623,900, dan termasuk diskaun 15% untuk pembeli Bumiputera.

Dataran Senadi pula adalah unit komersial yang melengkapkan pembangunan tersebut, dengan 20-unit pejabat kedai dua tingkat bakal memudahkan pembeli rumah untuk memenuhi keperluan harian mereka. Hampir separuh unit-unit di Dataran Senadi kini telah terjual kepada pembeli untuk keselesaan penghuni Senadi Hills.

Ketua Pegawai Operasi UEM Sunrise (Wilayah Selatan) Zamri Yusof berkata: “Permintaan terhadap Senadi Hills adalah amat menggalakkan. Walaupun dalam ketidaktentuan ekonomi dan penutupan sempadan, ini menunjukkan bahawa pelanggan mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap kami dalam menghasilkan produk yang berkualiti dengan nilai berpatutan dalam tempoh masa yang ditetapkan.”

“Kami bertekad untuk terus memenuhi permintaan dan harapan pelanggan kami dengan tepat melalui falsafah E.V.E [Menarik (Exciting), Membawa Nilai (bringing Value) dan Mudah Dimiliki (Easy to Own)]. Kami juga yakin dengan daya tarikan serta keunikan lokasi produk kami kepada pembeli warganegara asing apabila sempadan antarabangsa dijangka dibuka semula. Semua pembangunan UEM Sunrise berada di dalam Bandaraya Iskandar Puteri yang kian berkembang pesat dimana ianya terletak berhampiran dengan kemudahan awam dan hab rekreasi Puteri Harbour yang meriah,” katanya.

Penghuni Senadi Hills yang terdiri daripada pelbagai umur akan menikmati kemudahan mesra kerusi roda dan kereta sorong bayi di kawasan kediaman yang menyamankan. Laluan joging sepanjang 2.5km, taman permainan kanak-kanak, gymnasium terbuka, kawasan tai chi mini dan plaza akan memberi keselesaan kepada seluruh keluarga untuk berehat dan mengeratkan kembali sesama mereka setelah penat bekerja seharian.

Terletak di bandaraya antarabangsa Iskandar Puteri dan tidak jauh dari bandaraya Singapura, Senadi Hills mudah diakses dari Lebuh Kota Iskandar dan Jalan Ismail Sultan (Lebuhraya Pesisir Pantai Iskandar). Pembangunan ini juga terletak berhampiran dengan pembangunan matang termasuk Bukit Indah, Horizon Hills dan Nusa Bestari.

Senadi Hills yang mempunyai Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM411 juta, terletak berhampiran dengan kemudahan dan tempat-tempat menarik seperti Legoland Malaysia, Mall of Medini, Gleneagles Medini, Aeon Bukit Indah dan Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour, serta pelbagai laluan utama yang menghubungkan bandaraya-bandaraya sekitarnya.

Kepada mereka yang berhasrat untuk membeli rumah boleh memanfaatkan Kempen Pemilikan Rumah 2.0 yang telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 dengan menikmati potongan segera sekurang-kurangnya 10% daripada harga pembelian hartanah, pengecualian duti setem 100% untuk Perjanjian Penukaran Hakmilik bagi hartanah bernilai RM1 juta ke atas dan pengecualian duti setem untuk Perjanjian Pinjaman Bank.

Pada masa yang sama, Senadi Hills juga merupakan salah satu projek di bawah program HouzKEY dibawakan oleh Maybank Islamic, dimana pembeli rumah pertama dan kedua warganegara Malaysia berpeluang untuk memiliki rumah impian mereka dalam skim pembiayaan perumahan sebanyak 100% tanpa wang pendahuluan serta tanpa pembayaran bagi projek yang dalam tempoh pembinaan.

Lawati bilik pameran hartanah UEM Sunrise di Imperia, Puteri Harbour atau layari www.uemsunrise.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Senadi Hills dan lawati unit pameran maya 360°. Para pelanggan juga boleh menghantar mesej melalui aplikasi Whatsapp kepada perunding hartanah kami yang mesra di talian +6019 758 3700 untuk maklumat lanjut. 


Kandungan ini disediakan oleh UEM Sunrise.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.