Skip to main
Logo Malaysiakini

Memelihara budaya dan tradisi melalui teknologi dan inovasi

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Malaysia merupakan pusat pertembungan pelbagai bangsa dan agama yang terkenal dengan warisan budaya turun temurun dari generasi ke generasi. Kepelbagaian warisan ini terdiri dari keanggunan seni bina bangunan dan monumen ke seni dan kraf, seni persembahan dan acara perayaan, serta bahasa dan tradisi. Dengan keadaan ekonomi negara yang terjejas akibat pandemik, ekonomi kebudayaan Malaysia turut mengalami penurunan drastik. Industri budaya dan seni Malaysia menyaksikan kerugian ketara berjumlah sehingga RM85 juta sepanjang tahun lalu, menurut laporan baru-baru ini.

Apa yang pasti, krisis ini telah menunjukkan betapa pentingnya akses digital kepada institusi warisan kebudayaan dan peranan serta kekuatan warisan kebudayaan di kalangan masyarakat. Berdepan dengan impak langsung pandemik ini, kebanyakan institusi dan organisasi warisan di Malaysia, serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) sektor ini telah menyahut cabaran dengan mendigitalkan perkhidmatan fizikal mereka dan kekal berhubung dengan para pengguna melalui platform digital.

Tradisi bertemu Teknologi
Salah satu contoh PMKS tempatan yang telah memulakan perjalanan digitalnya melalui eCommerce ialah Batek-Lah Collection, jenama batik tradisional asli Malaysia di Lazada.

Batek-Lah Collection yang berpusat di Pulau Pinang ditubuhkan pada 2012 oleh James Lim, 36, yang memutuskan untuk memulakan perjalanan baru dan menceburi bidang keusahawanan dengan mengambil alih perniagaan keluarga, Lim Trading. Lim Trading pada mulanya merupakan sebuah pembekal borong batik pada 1980, sehingga James melancarkan jenama Batek-lah Collection yang menjual secara terus kepada pengguna. Sebagai seorang bekas jurutera mekanikal, James tidak mempunyai pengetahuan sebelum menceburi perniagaan barunya dan terpaksa mempelajari selok belok dengan sendiri ketika memulakannya pada usia 27 tahun.

Dengan meningkatnya minat terhadap seni batik, begitu juga perniagaannya, terutama di kalangan pelancong asing yang menghargai kraftangan tradisional.

“Sebelum datangnya pandemik ini, penjualan Batek-Lah Collection dipengaruhi oleh faktor Pulau Pinang sebagai salah satu tarikan pelancongan paling popular di Malaysia. Pelancong asing membuat ulasan dalam talian dan menyebut jenama Batek-Lah Collection di laman penarafan pelancong, sekaligus menarik ramai pengunjung ke kedai kami,” kata James Lim.

Namun, ketika pandemik melanda pada 2020 dan larangan perlancongan dikenakan, perniagaan dan mata pencarian James serta pasukannya terjejas teruk, mendorongnya untuk beralih ke digital.

“Saya telah menubuhkan kedai Lazada beberapa tahun lepas tetapi hanya mula aktif tahun lalu akibat pandemik. Batek-Lah Collection terpaksa melalui transformasi perniagaan digital secara menyeluruh untuk terus bertahan dan kekal relevan sepanjang tempoh ketidakpastian ini kerana kami tidak dapat membuka kedai secara fizikal,” ulasnya.

Menghidupkan Kembali Gaya Batik Di Kalangan Masyarakat Tempatan
Oleh kerana peratusan besar pelanggannya adalah pelancong asing, penjualan Batek-Lah Collection menurun sehingga hampir 0% ketika larangan pelancongan antarabangsa pertama kali dilaksanakan. Tidak melihat perkara ini sebagai suatu halangan, James kini dalam misi untuk menarik dan menggalakkan lebih ramai pengguna Malaysia menghargai keindahan yang terdapat dalam reka bentuk batik serta menjadikan batik bergaya kembali melalui inovasi dan teknologi.

“Dari apa yang saya lihat, budaya dan seni tradisional semakin lenyap perlahan-lahan apabila generasi muda menyesuaikan diri dengan dunia yang lebih global dan moden. Bahkan sebelum pandemik ini lagi, minat terhadap seni tradisional dan kebudayaan seperti batik semakin pudar di kalangan rakyat Malaysia. Mereka lebih berminat membeli dan memakai barangan berjenama. Hari ini, tidak ramai memiliki walau sehelai pakaian batik pun kerana ia dianggap ketinggalan zaman dan tidak mengikut tren. Namun, melalui pemasaran dalam talian, saya ingin mengubah persepsi ini dan menjadikan batik bergaya kembali, terutamanya di kalangan golongan muda.

"Saya tidak begitu mahir dengan teknologi tetapi selain menyertai Sellers Campaign, saya telah bereksperimen dengan alat digital yang disediakan Lazada di platformnya seperti Seller Picks, Flexi Combo, Free Shipping dan Sponsored Discovery untuk meningkatkan keterlihatan kedai Batek-Lah Collection di kalangan pembeli dalam talian dan menarik lebih ramai pelanggan. Sejak menggunakan alat-alat ini, saya telah mencapai pertumbuhan sehingga 30% dalam menjangkau pelanggan baru, ”tambah James.

James juga berharap agar rakyat Malaysia suatu hari nanti dapat menghargai kerja keras dan semangat di sebalik pembuatan setiap helai pakaian batik kerana prosesnya yang halus dan memakan masa yag lama bagi memastikan hasil yang berkualiti.

Mengikuti perkembangan tren semasa dan mensasarkan pasaran Malaysia, Batek-Lah Collection baru-baru ini melancarkan koleksi batik unik termasuk pelitup muka, kemeja lelaki lengan pendek, top wanita bertali dan dress berzip.

Batek-Lah Collection 3-Lapisan Pelitup Muka Batik Boleh Dibasuh Dewasa & Batek-Lah Collection Kemeja Lelaki Lengan Pendek

Batek-Lah Collection Top Wanita Bertali & Batek-Lah Collection Dress Berzip

Menyokong komuniti PMKS tempatan dalam perjalanan digitalisasi mereka
Bagi membantu meningkatkan pemulihan dan kemampanan mereka, Lazada menggalakkan semua jenis perniagaan seperti penjual batik, wau, pakaian dan permainan tradisional untuk mendigitalkan perniagaan mereka supaya dapat memanfaatkan pertumbuhan pesat pengguna dalam talian, selari dengan budaya digital baru hari ini.

"Pandemik dan perintah kawalan yang berpanjangan semestinya telah memberi kesan kepada punca pendapatan mereka yang berada di dalam industri budaya dan seni termasuk pemilik perniagaan dan tukang kraf. Kami berharap dapat menyediakan lebih banyak perniagaan terutamanya kepada PMKS dalam sektor ini, sebuah platform untuk mereka mempamerkan hasil seni, meningkatkan kehadiran dalam talian, menjangkau pasaran baru, membina rangkaian dan menerima lebih pendedahan," kata Darren Rajaratnam, Ketua Pegawai Operasi, Lazada Malaysia.

Dalam usaha berterusan untuk memajukan ekonomi digital dan memacu pemulihan ekonomi Malaysia, Lazada bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bagi menyokong perniagaan tempatan dan perusahaan kecil dan sederhana melalui inisiatif 'Go-eCommerce' yang akan berlangsung dari sekarang hingga 31 Disember di Lazada.

Inisiatif ‘Go-eCommerce’ yang dibiayai bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bertujuan untuk membantu hampir 40,000 PMKS tempatan memulakan perjalanan digital mereka dan meningkatkan pendedahan serta jualan melalui insentif yang direka khas dalam program ini. Penjual baru di Lazada layak mendapat pakej rangsangan Pintar Niaga dengan manfaat bernilai sehingga RM2,000, bersama komisen dan yuran penyenaraian 0%, RM300 baucar tajaan Free Shipping dan Sponsored Discovery percuma selama 30 hari.

Sejak tahun lalu, Lazada telah melihat peningkatan lebih daripada 300% PMKS baru di platform eCommerce, sementara keseluruhan purata urus niaga harian mereka telah meningkat lebih dari 250%.

Untuk menyokong perniagaan tempatan dan menghargai asal-usul negara kita, kunjungi Batek-Lah Collection di Lazada di https://www.lazada.com.my/shop/batek-lah-collection/ atau jika anda merupakan seorang penjual, ketahui lebih lanjut mengenai Kempen 'Go-eCommerce' Lazada di https://lzd.co/LazadaGoEcommerce


Kandungan ini disediakan oleh Lazada Malaysia.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.