Skip to main
Logo Malaysiakini

Lazada pertingkatkan sokongan kepada petugas barisan hadapan dan rakyat Malaysia yang memerlukan

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Selepas lebih setahun setengah berjuang melawan pandemik, ramai rakyat Malaysia sudah kehabisan sumber untuk mengharungi sekatan ekonomi dan kemerosotan pendapatan, malah ada yang kehilangan punca rezeki dan keupayaan menyara hidup diri sendiri dan keluarga mereka. Mengambil iktibar daripada rakyat Malaysia yang bersatu hati dalam tempoh beberapa minggu lepas untuk membantu mereka yang memerlukan, Lazada Malaysia juga menggiatkan usaha untuk menyokong mereka yang memerlukan menerusi kempen Stronger Together (Bersatu Kita Teguh) di platform sumbangan digital LazadaForGood, Lazada.

Inisiatif tersebut, yang diadakan dari 1 hingga 31 Julai menyediakan pelbagai bentuk bantuan termasuk barangan runcit dan keperluan, makanan untuk golongan memerlukan, sokongan untuk kanak-kanak dan petugas barisan hadapan kita, dan juga bekalan makanan dan barangan keperluan bagi rumah perlindungan haiwan dengan kerjasama jenama-jenama utama di platform Lazada dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang disokong mereka.

“Kami bersatu teguh dengan masyarakat dalam perjuangan yang semakin getir untuk membantu dan menyokong mereka yang memerlukan dalam suasana yang mencabar ini. Kami komited untuk melakukan apa yang terdaya demi membawa manfaat, dan menyediakan platform kami kepada NGO, penjual dan rakyat Malaysia untuk saling membantu antara satu sama lain bagi menempuh kesusahan bersama-sama sebagai sebuah masyarakat,” kata Magnus Ekbom, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia.

Jika anda sedang mempertimbangkan cara untuk membantu rakyat Malaysia dan menyumbang kepada masyarakat, anda boleh berbuat demikian dengan:

  1. Mengunjungi laman LazadaForGood: https://s.lazada.com.my/s.2DdkG

  2. Memasukkan barangan atau jumlah sumbangan ke troli anda.

  3. Daftar keluar dan bayar untuk barangan yang telah anda pilih. (Perhatian: Sumbangan hendaklah dibuat tanpa kombinasi dengan barangan fizikal kerana pembelian ini merupakan item digital semasa membayar.)

  4. Setelah sumbangan anda diterima, jenama yang turut serta akan mengagihkan produk dan dana yang disumbangkan kepada NGO yang berkenaan.

Sumbang Barangan Runcit dan Keperluan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terdedah
Beberapa peniaga runcit yang bermurah hati telah menyusun pek makanan dan kotak bekalan hayat khas yang boleh anda beli dan hantar terus ke NGO yang terpilih seperti The Lost Food Project, MyFundAction, MRCS dan MERCY Malaysia yang akan membuat agihan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bagi pihak anda. Barangan keperluan dan runcit yang terdapat dalam bungkusan ini termasuk beras putih, minyak masak, bahan makanan kering, makanan dalam tin, susu formula dan lampin bayi. 

[Sumbangan] UNIMART.MY dan [Sumbangan] KK e-Mart

[Sumbangan] Signature Market, [SUMBANGAN] Redtick dan [SUMBANGAN] Gedung Rasmi TSM

Bekalkan Makanan Kepada Seluruh Komuniti dan Keluarga
Beberapa NGO di Malaysia telah memainkan peranan aktif membekalkan sajian makanan dan bakul makanan kepada golongan yang paling memerlukan. Mereka telah menyediakan bakul makanan khas yang membolehkan anda membekalkan makanan kepada 500 orang dengan sumbangan hanya RM100 atau dua keluarga selama sebulan dengan sumbangan RM500. Sumbangan anda pasti mengukir senyuman yang penuh bermakna!

Bulan Sabit Malaysia Bekal Makanan Kepada 2 Keluarga selama sebulan dengan RM500 dan Mercy Malaysia Sumbangan RM300 – 1 Set Kit Kebersihan & Pek Makanan untuk Keluarga

The Lost Food Project Bekalkan Makanan Kepada 500 Orang dengan RM100 dan MyFundAction: Projek Rezeki Umat RM30

Berikan Sokongan Tambahan Kepada NGO
Selain daripada bantuan dalam bentuk makanan dan barang keperluan penting bagi golongan yang kurang mendapat perhatian, NGO di Malaysia juga mengumpulkan derma yang akan digunakan untuk perkhidmatan ambulans, pakaian PPE untuk petugas barisan hadapan, bekalan perubatan dan keperluan lain. 

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan MERCY Malaysia

Hospis Malaysia – Sumbangan RM50 untuk 1 set PPE Kakitangan Barisan Hadapan dan Unicef – Sumbang 5 Pakaian Luar untuk Kakitangan Barisan Hadapan RM300

Beri Sokongan dan Penghargaan kepada Petugas Barisan Hadapan yang Penuh Berdedikasi dengan sumbangan di bawah RM5
Petugas barisan hadapan dan sukarelawan kita yang berdedikasi telah bertungkus lumus dalam perjuangan menentang pandemik untuk memastikan kita kekal selamat. Walaupun letih dalam kegigihan menjalankan tugas, mereka terus berjuang demi rakyat Malaysia. Ambil kesempatan ini untuk menyebarkan keceriaan dan menyuntik semangat dalam kalangan mereka yang berusaha sedaya upaya untuk mengawal penularan virus. Inisiatif Lazada Menghargai Petugas Barisan Hadapan telah dilanjutkan sehingga akhir bulan Julai. Pembelian anda akan disalurkan kepada NGO-NGO yang bekerjasama dengan LazadaForGood.

Sumbangan di bawah RM5 – Sajian Makanan Untuk Petugas Barisan Hadapan

Berikan Kasih Sayang Kepada Sahabat Haiwan Kita
Rumah-rumah perlindungan haiwan tempatan terus menanggung beban untuk meneruskan operasi ekoran kekurangan dana sumbangan. Di samping itu, sejak pandemik tahun lepas, terdapat peningkatan kes haiwan yang dibuang kerana banyak keluarga yang tidak mampu lagi memberi makanan dan jagaan seperti dahulu.

Bagi para pencinta haiwan yang tidak dapat memelihara haiwan tersebut tetapi tetap mahu melindungi kesejahteraan mereka, Lazada menyediakan saluran untuk anda. Menerusi rakan-rakan kerjasama dalam kalangan pembekal barangan haiwan peliharaan di Lazada, anda kini boleh membeli baucar digital bagi makanan haiwan, yang dihantar ke rumah-rumah perlindungan seperti My Forever Doggo, Malaysia Independent Animal Rescue dan Second Chance Animal Shelter. 

[Sumbangan] Chek King Pets Shop dan [Sumbangan] ONE STOP PETZ Centre

[Sumbangan] ProDiet and [Sumbangan] ProBalance

Sejak dilancarkan pada bulan Mac tahun lepas, LazadaForGood telah membantu menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan dan pekerja barisan hadapan dengan sumbangan lebih RM 700,000 di samping memberi sokongan kepada pelbagai tujuan yang berkaitan dengan COVID-19.

Jika anda mampu memberi sumbangan, kunjungi laman LazadaForGood sekarang di https://s.lazada.com.my/s.2DdkG untuk membuat sumbangan anda. Setiap sumbangan akan meringankan beban mereka yang terjejas akibat pandemik!


Kandungan ini disediakan oleh Lazada Malaysia.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.