Singgah tawar promosi penginapan mampu milik
Singgah, sebuah jenama perkhidmatan perhotelan tempatan milik anak syarikat Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad, iaitu KOPETRO Hotel & Resort Sdn Bhd melancarkan kempen “Book Now Stay Later” yang menawarkan pakej tempahan bilik hotel di kedua-dua buah hotel (Singgah Kertih & Singgah Pengerang) milik mereka bermula 1 Ogos 2021.
Kempen ini menawarkan pakej 3 hari 2 malam berserta sarapan dengan harga serendah RM300. Pakej ini juga menawarkan minuman alu-aluan (welcome drink) dan sepinggan buah-buahan sebagai tanda penghargaan hotel buat pelanggan-pelanggan yang membuat tempahan sempena kempen promosi “Book Now Stay Later”.
Selain menempah pakej asas yang ditawarkan, pelanggan-pelanggan juga boleh menaiktaraf bilik dari jenis standard ke superior dengan hanya menambah RM30 bagi satu bilik untuk satu malam. Bagi mereka yang memilih untuk menginap di Singgah Pengerang, pakej “Book Now Stay Later” akan disertakan dengan pilihan set makan tengah hari atau makan malam secara percuma.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, En. Ahmad Shakir Bin Ahmad Ubaidah, biarpun waktu ini bukanlah waktu yang paling sesuai untuk membuat tawaran bagi tempahan hotel namun beliau menganggap kempen ini diharap dapat memberikan sinar kepada masyarakat untuk tidak berhenti mengharap yang negara mampu menangani isu pandemik yang masih di tahap serius.
“Masyarakat sedang menghitung hari untuk keluar bercuti, dan apa yang kami tawarkan adalah pakej tempahan yang sememangnya berbaloi dan menepati kemampuan masyarakat masa kini,” ujar Ahmad Shakir.
Beliau turut menyeru masyarakat untuk merebut peluang memiliki pakej percutian yang ditawarkan ini sebagai tanda sokongan terhadap industri perlancongan tempatan. Sejak pandemik Covid-19 melanda dunia, industri perhotelan dan perlancongan merupakan antara industri yang paling teruk terkesan. Perintah Kawalan Pergerakan yang berlanjutan hampir dua tahun ini menyebabkan banyak pengusaha pusat perlancongan dan perhotelan terpaksa menutup perniagaan mereka. Biarpun KOPETRO Hotel & Resorts Sdn Bhd turut dihimpit masalah demi mengekalkan kelangsungan perniagaan, namun langkah berani telah diambil untuk melancarkan kempen “Book Now Stay Later” bukan sahaja untuk menjana pendapatan syarikat namun juga demi menggalakkan pertumbuhan ekonomi khususnya bagi industri perhotelan dan perlancongan.
Untuk membuat tempahan segera bagi pakej penginapan dari Singgah, anda boleh layari laman web www.singgah.com.my. Dapatkan butiran lanjut mengenai kempen “Book Now Stay Later” dan pelbagai promosi hebat dari Singgah di laman media sosial berikut:
Singgah Kertih
Facebook: https://www.facebook.com/singgahkertih
Instagram: https://www.instagram.com/singgahkertih
Singgah Pengerang
Facebook: https://www.facebook.com/singgahpengerang
Instagram: https://www.instagram.com/singgahpengerang
Kandungan ini disediakan oleh Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai