Skip to main
Logo Malaysiakini

Parlimen Wanita Muda Sebuah Agenda Mengarusperdanakan Pewakilan Wanita di Parlimen

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

KUALA LUMPUR, 3 Ogos 2021- Parlimen Wanita Muda akan menghimpunkan seramai 222 orang belia selama 2 hari (14-15 Ogos 2021) bagi mendebatkan, membincangkan dan meluluskan usul berkaitan wanita. Yang lebih membanggakan adalah, Program Ini juga turut mendapat sambutan yang luar biasa daripada Pemimpin Wanita Muda OKU dan Orang Asli. Buat pertama kalinya Negara akan disaksikan dengan perbahasan parlimen menggunakan bahasa isyarat oleh pembahas OKU Pendengaran melalui program ini.

Menariknya insiatif ini kerana majoriti jawatankuasa pelaksana terdiri daripada lelaki yang datangnya dari pelbagai latar belakang dan juga diketuai seorang pemimpin belia Dr Shatesh Kumar. Shatesh berkata, golongan wanita harus diberikan peluang untuk menjadi wakil rakyat serta ruang menerajui kepimpinan Negara. Kini tiba masa untuk melipatgandakan usaha bagi merapatkan jurang antara pemimpin lelaki dan wanita dalam bidang politik. Pasca pandemik ini bukan sahaja perlu menekankan pemulihan ekonomi dan pelaburan Negara tetapi kesaksamaan gender harus dititikberatkan seiring pembinaan Malaysia sebuah Negara ideal dengan realiti dan norma baharu yang meraikan gender inklusiviti. 

“Tujuan saya menyertai Parlimen Wanita Muda ini adalah untuk mewakili masyarakat orang asli, bukan sahaja kaum Semelai atau Jakun, bahkan kesemua 18 suku kaum orang asli di Malaysia. Wanita Orang asli perlu diberi peluang untuk terlibat dalam pembangunan Negara. Saya percaya platform Parlimen Wanita Muda ini adalah satu permulaan baik bagi melibatkan komuniti kami dalam arena pembuatan dasar. Saya ingin memperjuangkan taraf kehidupan masyarakat Orang Asli dari aspek Ekonomi, Pendidikan, Sukan, Sosial Budaya” Kata Chai Mey Ling Perwakilan P090 Bera yang membawa suara orang Asli. 

Reena Awliyatul Imani yang mewakili P041 Kepala Batas pula berkata “Pada pendapat peribadi saya, Parlimen Wanita ini adalah platform yang kita perlukan sejak bertahun yang lalu. Ini bukanlah medium yang diniatkan untuk berat sebelah ke suatu jantina yang spesifik, tetapi untuk memperkasakan suara wanita di arena politik. Untuk wanita yang terpaksa bekerja dua kali lebih keras hanya untuk dianggap paling-paling setara dengan lelaki” 

Sementara itu wakil Oku saudari Shoba a/p Sathiaseela P100 Pandan pula berkata Parlimen Wanita Muda ini merupakan satu platform yang bagus untuk kaum wanita muda mempelajari bagaimana sistem parlimen berfungsi di negara ini selain dari kemahiran berkomunikasi serta sebahagian usaha mengarusperdanakan perwakilan wanita di parlimen. Saya yakin usaha seperti ini akan membuka mata semua berkenaan keupayaan OKU serta diharapkan agar tidak lagi mendiskriminasi OKU. Beliau juga menyatakan bahawa akan menggunakan medium ini untuk menyuarakan isu wanita oku yang ramai tidak peka dan ambil peduli di nagara ini. 

Tambahnya, program itu juga telah mendapat sokongan daripada beberapa pertubuhan seperti UNFPA, Pertubuhan Generasi Aspirasi Pemimpin Wanita Malaysia (GAP MALAYSIA), Yayasan Wanita, Parlimen Belia Malaysia, Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia OKU, Girls 4 Girls Malaysia, Yayasan Myprodigy, Sociolytics, Dewan Muda Johor dan lain-lain.


Kandungan ini disediakan oleh Parlimen Wanita Muda.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.