Skip to main
Logo Malaysiakini

Allianz General menawarkan bantuan tepi jalan percuma untuk motosikal 250cc ke bawah

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) menawarkan bantuan tepi jalan percuma untuk pemegang polisi bantuan motosikal komprehensif (di bawah 250cc).

Perkhidmatan bantuan tepi jalan, yang disediakan oleh Allianz Road Rangers, termasuk bantuan kecemasan untuk penundaan (percuma hingga 50km, perjalanan pergi balik), penghantaran bahan bakar, bateri, dan perkhidmatan tayar pancit.

Oleh itu, mana-mana pelanggan Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif) atau Allianz Motorcycle (Komprehensif) (di bawah 250cc) boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Allianz Road Rangers di 1800-22-5542, untuk meminta juruteknik atau trak tunda dihantar ke lokasi mereka untuk bagi mendapatkan bantuan, kerja pembaikan, atau untuk memberikan perkhidmatan penunda.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General), Sean Wang, mendedahkan bahawa motosikal merupakan pasaran yang serba kekurangan di Malaysia. Penunggang motosikal telah lama menunggu perkhidmatan yang lebih baik ketika berada di atas jalan raya, sesuatu yang syarikat insurans berhasrat untuk ambil peduli.

"Allianz General selalu berusaha dan memberikan perkhidmatan yang penting bagi pelanggan kami. Kami memulakan perkhidmatan Allianz Road Rangers untuk pelanggan kami (kereta persendirian) yang komprehensif pada tahun 2017, dan kami mampu memberikan manfaat yang sama untuk pemegang polisi komprehensif motosikal di bawah 250cc kami," kata Sean.

“Penunggang motosikal sangat kurang mendapat perhatian di Malaysia dengan perkhidmatan selepas jualan yang terhad, seperti kemalangan atau bantuan di tepi jalan. Oleh itu, jika anda penunggang motosikal di Malaysia, harapan terbaik anda adalah sewaktu mengalami tayar pancit atau kerosakan,seorang rakan, penunggang motosikal yang lain atau seseorang yang baik akan muncul untuk membantu anda,” tambah Sean.

“Sebilangan syarikat pengendali mengelakkan dari memilih jenis perkhidmatan ini kerana ia tidak menguntungkan berbanding dengan penundaan kereta, tetapi Allianz General memilih untuk melaksanakannya. Matlamat kami adalah mengubah keadaan dengan menawarkan bantuan dan janji kepada penunggang motosikal bahawa, dengan Allianz Road Rangers, bantuan akan sentiasa ada apabila anda memerlukannya.”

Selain itu, Allianz Motorcycle Plus kini menawarkan perlindungan yang lebih baik dengan Perlindungan Kemalangan sebanyak RM10,000 (untuk kematian atau hilang upaya kekal) dan Pendapatan Hospital hingga RM6,000 (RM100, hingga 60 Hari) untuk polisi Komprehensif dan polisi Pihak Ketiga tanpa caj tambahan.

Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif) juga merangkumi perlindungan untuk kerugian atau kerosakan pada motosikal anda akibat kemalangan, kebakaran, dan kecurian serta kematian pihak ketiga dan kecederaan badan; dan kerugian atau kerosakan harta benda pihak ketiga, serta Perlindungan Keselamatan Keseluruhan Peril (yang meliputi banjir, tanah runtuh atau bencana alam). Manakala, Allianz Motorcycle Plus (Pihak Ketiga Sahaja) menawarkan kematian pihak ketiga dan kecederaan badan; dan kerugian atau kerosakan harta benda pihak ketiga.

“Sekiranya anda memiliki motosikal dan anda mencari perlindungan tanpa apa-apa kerisauan, maka Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif) adalah yang tepat– dengan perlindungan khas, Perlindungan Kemalangan yang ditambah baik dan Pendapatan Hospital, serta penambahan perkhidmatan kemalangan di tepi jalan Road Ranger. Ia menawarkan penunggang motosikal di Malaysia pelan motosikal yang paling lengkap dari segi perlindungan dan perkhidmatan nilai tambah di pasaran,” kata Sean.

Allianz Motorcycle Plus boleh dibeli melalui perantara Allianz General, di kaunter POS Malaysia di seluruh negara, atau kunjungi www.allianz.com.my/motorcycle-plus.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan Allianz Road Rangers yang baru, lawati www.allianz.com.my/road-rangers.

*Tertakluk pada terma dan syarat


Kandungan ini disediakan oleh Allianz Malaysia Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.