Skip to main
Logo Malaysiakini

Lazada jenamakan semula bahagian logistik untuk paparkan perkhidmatan sehenti yang ditawarkan kepada jenama dan penjual Asia Tenggara

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Lazada, platform eDagang terkemuka Asia Tenggara, hari ini mengumumkan penjenamaan semula bahagian logistiknya sebagai Lazada Logistics, yang dulu dikenali secara berasingan sebagai Lazada eLogistics (LEL) dan Lazada Express (LEX). LEL menguruskan perkhidmatan penunaian pesanan dan logistik dengan penyedia logistik pihak ketiga (3PL), manakala LEX mengendalikan khidmat penghantaran bungkusan kepada pelanggan. Warna biru baharu Lazada Logistics mencerminkan kecekapan dan kebolehpercayaan Lazada dalam usahanya menawarkan penyelesaian logistik sehenti yang dipercayai kepada jenama dan penjual di Malaysia dan di rantau ini, bagi memenuhi semua keperluan perniagaan.

Chun Li, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lazada berkata: “Sepanjang sedekad lepas, rangkaian logistik hak milik Lazada telah mencorakkan semula persekitaran eDagang di rantau paling ramai penduduk dan terpelbagai dari segi geografi. Keupayaan logistik ini telah membolehkan kami menyediakan perkhidmatan penghantaran terbaik dalam kelasnya kepada pengguna di seluruh rantau di samping perkhidmatan dari mula hingga akhir tanpa kerenah kepada penjual dan rakan niaga. Penjenamaan semula ini mencerminkan kemajuan penting yang kami capai selama ini diterajui oleh insan dan teknologi.”

Sejajar dengan penjenamaan semula ini, Lazada Logistics juga memperkenalkan perkhidmatan logistik berbilang saluran (MCL), yang menyediakan penyelesaian penunaian stok tunggal untuk membolehkan para pengendali eDagang dan jenama-jenama menunaikan pesanan meliputi semua saluran eDagang dengan lancar. Sama ada pengguna membuat pesanan di Lazada atau saluran edagang lain, Lazada Logistics akan menunaikan semua pesanan tersebut.

Di bawah perjanjian ini, Lazada menyimpan produk peniaga dan rakan-rakan eDagang, membolehkan pesanan dikendalikan dan dikirim dengan pantas menerusi angkatan penghantaran Lazada sendiri, rakan-rakan 3PL atau khidmat penghantaran yang ditentukan saluran.

Andy Huang, Ketua Pegawai Logistik, Kumpulan Lazada berkata: “Dalam suasana semasa, pengguna sudah pun membiasakan diri dengan kemudahan beli belah dalam norma baharu, dan penghantaran barangan terus ke depan pintu – dengan selamat dan tepat pada masanya. Pada hakikatnya, kita perlu terus mempelopori inovasi dan memperkenalkan penyelesaian baharu yang akan membantu peniaga dan rakan eDagang kami memenuhi permintaan dan jangkaan pelanggan mereka yang semakin meningkat. MCL memastikan pengalaman jenama yang konsisten, dan menyelesaikan pelbagai masalah logistik bagi jenama dan penjual, membolehkan mereka memberi tumpuan terhadap jualan dan pemasaran sambil meluaskan perniagaan masing-masing.” 

Petugas logistik barisan hadapan dengan seragam biru serba baru

MCL membolehkan jenama dan penjual untuk meningkatkan kelancaran dan fleksibiliti kawalan inventori, dan menyelesaikan masalah logistik mereka termasuk perbelanjaan modal dan operasi yang tinggi yang dikaitkan dengan penunaian pesanan (iaitu keperluan menyenggarakan infrastruktur gudang dan kenderaan penghantaran). Mereka juga terlepas daripada kerumitan membina rangkaian operasi yang besar tanpa ekonomi skala.

MCL membuktikan keupayaan logistik dan infrastruktur rantaian bekalan canggih Lazada, yang menawarkan kemudahan inventori pintar dan penyelesaian penghalaan dipacu data dan teknologi. Semua jenama dan penjual boleh memanfaatkan rangkaian Lazada Logistics meliputi lebih 400 kemudahan gudang, pusat penyisihan dan hab. Mereka juga boleh memanfaatkan angkatan kenderaan serantau terbesar yang dimiliki oleh pasaran eDagang, dan kelebihan kompetitif Lazada yang mempunyai kawalan terhadap operasi logistik yang serba lengkap. Lebih 85% daripada bungkusan di peringkat awal penghantaran dikendalikan oleh kemudahan Lazada. Caininao, cabang logistik Alibaba membantu menangani perkhidmatan logistik dan pengedaran rentas sempadan bagi Lazada di China. Di Malaysia, Lazada adalah satu-satunya peserta eDagang dengan rangkaian gudang bersepadu serba lengkap milik penuh, tiga pusat penyisihan di Subang, Puchong dan Pulau Pinang, dan lebih 40 hab penghantaran di seluruh negara.

“Langkah menyepadukan MCL ke dalam rangkaian logistik bersepadu serba lengkap kami yang sedia ada akan membolehkan kami berkhidmat kepada pelanggan dengan lebih baik dan pantas, lebih-lebih lagi sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan lanjutan di mana rakyat Malaysia kini semakin bergantung kepada platform eDagang untuk membeli barangan keperluan harian masing-masing. Kami bercadang untuk melancarkan lebih banyak ciri baharu, termasuk insentif untuk penjual menunaikan pesanan lebih pantas dan menambah baik perkhidmatan kutipan pesanan pada hari sama daripada penjual, demi meningkatkan lagi pengalaman pelanggan dan penjual,” kata P Sunil Singh, Ketua Pegawai Logistik, Lazada Malaysia.

“Penjenamaan semula dan pelancaran tawaran terbaharu ini membuktikan kekuatan yang kami bina dan juga komitmen untuk menyediakan pengalaman pelanggan yang lebih baik,” kata Huang. “Usaha ini juga menekankan lagi hasrat kami untuk memperkasakan ekosistem eDagang yang sihat dan mampan dalam jangka panjang dengan menggandingkan kecemerlangan logistik dengan teknologi terkini untuk mencapai penghematan kos.”


Kandungan ini disediakan oleh Lazada Malaysia.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.