Skip to main
Logo Malaysiakini

Apakah LazMall? Panduan menghindari barangan palsu dalam talian

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Satu tinjauan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 2018 mendapati bahawa 60% pembeli bimbang akan peruncit palsu dalam talian. Kebimbangan ini menunjukkan ketulenan produk adalah antara kemahuan utama majoriti pembeli tempatan dalam talian.

Lantaran permintaan daripada segenap segmen pelanggan yang inginkan pengalaman membeli-belah yang selamat, daripada ibu bapa yang ingin membeli susu anak hinggalah remaja yang mencari fesyen terkini, platform eDagang Lazada melancarkan destinasi jenama tulen LazMall pada 2018.

Sejak itu, LazMall berkembang pesat menjadi hab beli-belah dalam talian dengan lebih 10,000 jenama rasmi. Tidak lama lagi ia akan meraikan ulang tahunnya yang ketiga, dengan jualan 9.9 Biggest Brands Sale.

Apakah itu LazMall?

LazMall berfungsi sebagai pusat beli-belah maya untuk rakan jenama rasmi di Lazada seperti Nike, Nestlé, Philips, Estée Lauder, La Mer dan banyak lagi. Tekan sahaja lambang LazMall di laman utama Lazada untuk meneroka direktori jenama dalam saluran LazMall, yang menawarkan Brand Mega Offers sepanjang 24 jam setiap hari.

Pelanggan juga boleh mengenal pasti jenama-jenama rasmi di LazMall menerusi tanda digital yang dipamerkan pada nama produk dan laman kedai maya. Setiap produk dengan tanda LazMall dan ditawarkan menerusi saluran LazMall dijamin 100% tulen oleh Lazada, dengan jaminan wang dikembalikan sehingga 5 kali ganda sekiranya produk berkenaan disahkan barangan palsu.

Lazada turut menyediakan satu lagi lapisan perlindungan untuk pelanggan, iaitu semua produk di LazMall boleh dikembalikan secara percuma dalam tempoh 15 hari selepas menerima pesanan, sekiranya barang yang dibeli rosak, luput, atau disahkan palsu oleh kedai jenama berkenaan*.

Bagaimana ketulenan dijamin?

Ramai peruncit dan pembeli dalam talian inginkan tanda dan saluran LazMall yang bertrafik tinggi. Oleh itu, Lazada mewujudkan kawalan kualiti yang ketat bagi menjaga integriti LazMall. Hanya pemilik rasmi jenama dan pengedar sah layak menyertai LazMall.

Pemohon perlu melepasi proses penentusahan untuk menentusahkan (1) hubungan dengan jenama, (2) bukti ketulenan, dan (3) matriks operasi. Setiap permohonan untuk membuka kedai di LazMall perlu melampirkan dokumen sokongan seperti sijil tanda dagangan jenama bagi LazMall Flagship Stores, surat kebenaran oleh jenama bagi LazMall Authorised Stores, dan invois pembelian bagi LazMall Verified Stores. Semua kedai di Lazada adalah perniagaan yang berdaftar dengan SSM.

"Lazada mengambil serius ketulenan barangan dan pengembalian percuma 15 hari di LazMall. Kami komited untuk mencipta pengalaman beli-belah dalam talian terbaik di LazMall serta memastikan kepuasan hati pengguna. Pasukan LazMall menyediakan khidmat sokongan dan menjalankan penilaian setiap bulan bagi memastikan standard pengalaman pelanggan yang tinggi, termasuk masa tunggu penghantaran produk, kadar pembatalan, kualiti produk, kadar respons perbualan, dan banyak lagi," kata Ketua LazMall, Lazada Malaysia, Chenxi Zhou.

Mengapa ia penting?

Proses kawalan kualiti yang komprehensif melindungi pelanggan dan jenama dengan pemeliharaan tahap kredibiliti dan kebolehpercayaan terhadap semua produk LazMall. Pembeli dalam talian boleh membeli-belah dengan yakin kerana mengetahui semua barang berjenama yang dibeli di LazMall dijamin tulen dan dikendalikan dengan ketelitian yang mencerminkan nilai, kualiti, ketekalan, dan reputasi jenama dalam setiap kategori, daripada barangan runcit hingga alatan elektronik.

Pengarah Eksekutif Jualan Nestlé Malaysia, Chew Soi Ping, berkata: "Dengan pengalaman lebih seabad dalam bidang nutrisi, Nestlé komited dalam membolehkan kehidupan lebih sihat dan bahagia dengan lebih 2,000 jenama kami serata dunia, termasuk jenama yang begitu digemari rakyat Malaysia seperti Milo, Maggi, Nestum, Nescafé, Koko Krunch, dan banyak lagi. Nestlé hari ini merupakan jenama terkemuka yang mewakili integriti syarikat kami bagi rakyat Malaysia. Apabila kami berada di LazMall, pelanggan kami boleh yakin akan ketulenan jenama kami di ruang digital, yang begitu penting sekarang ini kerana rakyat semakin kerap membeli belah secara dalam talian. Apabila pelanggan membeli jenama-jenama Nestlé menerusi kedai-kedai LazMall kami di Lazada, mereka tak perlu rasa was-was kerana mengetahui bahawa produk kami mematuhi kawalan kualiti yang ketat dan dijamin halal."

Ketua Daerah bagi Singapura, Malaysia dan Pasaran Baru Muncul, Philips Domestic Appliances Malaysia, Ipek Akinci pula berkata: "Di Philips Domestic Appliances, kami sentiasa berusaha menambah baik kehidupan orang ramai menerusi inovasi yang bermakna dan menjadikan rumah mereka kediaman yang selesa. Produk Philips hari ini seperti seterika, alatan dapur, pembersih hampagas, pembersih udara, mesin kopi, dan banyak lagi sudah menjadi sebahagian kehidupan rakyat. LazMall adalah komponen penting dalam pengalaman pelanggan kami dalam talian. Saluran dan tanda LazMall membolehkan pembeli di Lazada mengenal pasti dan membeli produk Philips yang tulen berserta komitmen jenama kami, termasuklah waranti dan kelulusan SIRIM."

Apakah seterusnya untuk LazMall?

Dengan lebih 80% daripada Forbes’ Most Valuable Consumer Brands berada di LazMall dan pertumbuhan jenama-jenama yang menyertai LazMall Malaysia, pembeli mempunyai begitu banyak jenama untuk dipilih.

Portal LazMall Prestige juga akan merintis era baru beli-belah barangan mewah untuk rakyat Malaysia. Pelantikan bintang Korea Selatan, Hyun Bin, sebagai duta LazMall menguja begitu banyak minat terhadap jenama-jenama yang bakal ditawarkan di LazMall pada Jualan 9.9.

Jenama tempatan dan antarabangsa dari pelbagai industri menyedari potensi memanfaatkan perkakas pemasaran LazMall, teknologi data, dan rangkaian logistik Lazada bagi menyampaikan pengalaman yang diperibadikan kepada pelanggan di serata negara. Trend dan momentum ini dijangka akan berterusan kerana tempahan dan pelanggan LazMall Malaysia telah berkembang lebih dua kali ganda secara tahunan pada bulan terkini.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk maklumat lanjut mengenai LazMall, klik sini: https://lzd.co/LazMallMalaysia

Untuk maklumat lanjut mengenai 9.9 Biggest Brands Sale Lazada, kilk sini: https://lzd.co/MegaSale


Kandungan ini disediakan oleh Lazada Malaysia.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.