UEM Sunrise melancarkan “National Smiles Campaign” bagi memberikan kegembiraan dan senyuman kepada masyarakat dan para pelanggannya
UEM Sunrise Berhad (“UEM Sunrise” atau “Syarikat”), salah satu pemaju hartanah terkemuka di Malaysia telah melancarkan “National Smiles Campaign – Smiling Proud, Smiling Strong and Smiling Together”, sebuah kempen digital yang menyeluruh untuk memupuk semangat perpaduan dan kegembiraan bersempena dengan Hari Kebangsaan, Hari Malaysia dan Hari Senyum Sedunia yang di raikan di seluruh negara.
“National Smiles Campaign” bertujuan untuk menyebarkan keceriaan dan membawakan senyuman ketika penularan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang berlarutan. Selaras dengan nilai-nilai C.H.I.E.F. Syarikat serta inspirasi daripada semangat perpaduan dan penyayang, para pelanggan dan masyarakat adalah dialu-alukan untuk menyertai beberapa siri inisiatif digital yang dilaksanakan. Pada masa yang sama, ‘Senyuman’ yang dipaparkan ini adalah berdasarkan simbol ‘Senyuman’ UEM Sunrise secara menyeluruh. Direka sebagai ekspresi jenama, simbol ‘Senyuman’ itu mewakili wajah, perasaan, nada dan tingkah laku yang merangkumi intipati kegembiraan dan kebahagiaan.
Kempen tersebut telah bermula dari 25 Ogos sehingga 1 Oktober 2021. Antara inisiatif kempen termasuklah pertandingan pengisian di media sosial, pertandingan mencipta video, perlumbaan secara maya dan bengkel penanaman pokok untuk para pelanggan UEM Sunrise yang terlibat di dalam program ‘Trésor’.
Kempen yang berobjektifkan keperihatinan terhadap masyarakat iaitu, “Smiling Strong” ini menjemput orang awam untuk berkongsi video atau kompilasi video berkenaan perkara-perkara yang memberi inspirasi kepada mereka atau orang lain. Untuk setiap penyertaan yang dimuat naik ke Instagram, UEM Sunrise akan mendermakan sebanyak 400 bungkus bekalan keperluan harian seperti makanan dan produk penjagaan diri kepada golongan yang memerlukan melalui bank makanan yang dikenal pasti, rumah kebajikan dan keluarga yang memerlukan.
Penyertaan yang paling kreatif dan mempunyai paling banyak likes akan berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM1,500.
Sementara itu, UEM Sunrise meneruskan kerjasamanya dengan kumpulan pelukis tempatan Artortoise dalam Pertandingan “Smiling Proud: Find the Smiley” di Facebook dan Instagram di mana para pengguna perlu mencari dan mengira bilangan ‘Senyuman’ dalam ilustrasi yang dilukis. Seorang daripada 30 pengguna bertuah akan berpeluang untuk memenangi baucar Grab bernilai RM100. Sebelum ini, Artortoise pernah mereka ilustrasi bertemakan Hari Kebangsaan yang dipaparkan secara meluas semasa kempen “UEM Sunrise Cares” pada tahun lalu. Bagi mengulangi tradisi ini, Artortoise akan mereka ilustrasi bertemakan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi pek pelekat UEM Sunrise untuk WhatsApp Messenger dan GIPHY Hari Kebangsaan.
Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise Sufian Abdullah berkata: “Inisiatif-inisiatif kami bukan sahaja membawa kegembiraan dan senyuman kepada pelanggan kami dan orang awam, tetapi juga kepada golongan yang memerlukan. Didorong oleh nilai-nilai C.H.I.E.F. (Caring, Honest, Involved, Enthusiastic, Fun-loving), kami menjaga komuniti di sekeliling kami, jujur dengan mereka, terlibat dengan mereka, bersemangat dalam apa jua kami lakukan dan paling penting, berseronok dengan orang-orang di sekeliling. Bersempena dengan Hari Senyum Sedunia pada 1 Oktober, kami akan meraikan hari tersebut dengan menyumbangkan barang-barang keperluan kepada golongan yang memerlukan dan ini secara tidak langsung akan mengukir senyuman di wajah mereka. Kami berharap usaha kami dapat meringankan beban mereka semasa tempoh yang mencabar ini.”
UEM Sunrise juga akan menganjurkan “Go The Distance – Hope & Unity Virtual Race” iaitu seramai 800 orang peserta boleh menyertai acara berjalan, berlari atau berbasikal sekurang-kurangnya sejauh 5km di mana-mana lokasi dan pada bila-bila masa antara 16 September 2021 dan 22 Oktober 2021. Inisiatif tersebut bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat yang seimbang dan menjadi platform positif bagi mendorong masyarakat untuk terus aktif dan bersatu padu. Para peserta yang aktif juga boleh memenangi hadiah cabutan bertuah yang menarik. Pendaftaran akan dibuka pada 15 September 2021.
Publika Shopping Gallery, pusat membeli-belah UEM Sunrise yang bercirikan kreatif pula akan menganjurkan “National Day Giveaway”, satu pertandingan menggunakan platform media sosial di mana semua ahli aplikasi hUb Mall boleh memenangi pelbagai hadiah menarik.
Sementara itu, “Planting Seeds of Happiness” adalah sebuah bengkel penanaman pokok secara maya yang dianjurkan untuk para pelanggan dan komuniti UEM Sunrise yang setia dikenali sebagai Trésorians. Bengkel tersebut bertujuan untuk mempromosikan Program Penghijauan Malaysia, salah satu agenda nasional untuk menangani perubahan iklim dan menerapkan masa depan yang lebih hijau.
Selain daripada mengeratkan hubungan silaturahim bersama-sama komuniti, bengkel ini juga akan menjadi program pendidikan yang seronok untuk seisi keluarga.
UEM Sunrise juga akan menganjurkan “Happy Chase 2021 Virtual Live Show” di Facebook bermula pada 4 September 2021 di mana Syarikat akan memberikan rebat khas dan hadiah-hadiah cabutan bertuah yang menarik untuk dimenangi kepada para pembeli projek-projek perumahan tertentu di Johor dan Lembah Klang. Pembeli rumah akan dapat menikmati pengecualian duti setem dan memorandum pindah milik (MOT) di bawah Kempen Pemilikan Rumah (HOC) oleh kerajaan yang dilanjutkan sehingga akhir tahun ini dan inisiatif HouzKEY Maybank Islamic di mana pembeli rumah kali pertama dan kedua dapat membeli rumah impian mereka dengan skim tanpa pembayaran bagi projek yang dalam tempoh pembinaan, pembiayaan perumahan sebanyak 100% dan pembiayaan 100% pada kadar terendah selama lima tahun pertama.
“Kadar vaksinasi yang cepat telah membolehkan pembukaan sektor ekonomi secara beransur-ansur – inilah yang dinanti-nantikan oleh kita semua terutama sekali penyewa kemudahan runcit kami. Walau bagaimanapun, kita perlu sentiasa mematuhi SOP untuk mencegah penularan wabak Covid-19. Namun, kami berharap semua orang dapat meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia serta Hari Senyum Sedunia mengikut kemampuan masing-masing. Kita dapat melihat ketabahan, semangat dan inovasi yang luar biasa dalam menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Kami berbangga sifat-sifat penyayang, belas kasihan dan kerjasama ini dapat mengeluarkan ciri-ciri yang terbaik dalam diri kita semua,” kata Sufian.
“Saya yakin bahawa kita akan menjadi negara yang lebih kuat selepas kita bersatu-padu dalam membanteras wabak Covid-19,” tambah beliau.
Sila layari www.uemsunrise.com/highlights/happenings serta Facebook dan Instagram UEM Sunrise untuk makluman lanjut berkenaan “National Smiles Campaign” dan inisiatif-inisiatifnya.
Kandungan ini disediakan oleh UEM Sunrise.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai