Skip to main
Logo Malaysiakini

Khidmat Penghantaran Atas Talian IOI SHOPZ Oleh CLUB IOI

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Putrajaya – Ahli CLUB IOI kini dapat memenuhi keperluan membeli-belah mereka dengan IOI SHOPZ; sebuah platform e-dagang oleh IOI Malls untuk pengalaman membeli-belah yang lebih pantas dan selesa. Dengan IOI SHOPZ, ahli boleh memesan daripada maksimum TIGA (3) kedai sekaligus untuk penghantaran ke rumah atau memilih pandu lalu dan mengambil sendiri pesanan mereka dari kaunter IOI SHOPZ yang terletak berhampiran East Entrance (berdekatan premis K-Fry) IOI City Mall.

Perkhidmatan penghantaran ini tersedia dalam lingkungan jarak 15km radius dari IOI City Mall dan kini ahli dapat menikmati penghantaran percuma dengan pembelian minimum RM20 sehingga diberitahu kelak. Promosi ini akan diberi secara otomatik semasa ahli mengesahkan pesanan dan membuat pembayaran... Sungguh mudah!

Ahli juga akan mendapat mata ganjaran CLUB IOI untuk setiap pembelian yang dibuat dan menebus semula mata ganjaran sedia ada melalui IOI SHOPZ.

Buat masa ini IOI SHOPZ mempunyai lebih daripada 40 kedai makanan & minuman dan pada masa terdekat akan merangkumi kedai kategori lain termasuk kedai- kedai di IOI Mall Puchong dan IOI Mall Kulai… Untuk kemudahan & keperluan membeli-belah anda hanya di IOI Malls!

MENGENAI CLUB IOI

CLUB IOI adalah sebuah program loyalti percuma tanpa kad yang memberi ganjaran kepada ahli melalui pengumpulan mata ganjaran, promosi khas dan keistimewaan lain dari entiti-entiti IOI terpilih dan kedaikedai yang mengambil bahagian dalam IOI Malls.

Muat turun applikasi CLUB IOI dan daftar sekarang!

qrs.ly/a37ob2a

Laman Web: www.clubioi.com.my / Facebook: @clubioi / Instagram: clubioi

Saksikan video-video terkini di YouTube!

➢ Introducing CLUB IOI @ https://youtu.be/0xarx36cqZY

➢ IOI SHOPZ by CLUB IOI @ https://youtu.be/fkkZ8tD1Juw

➢ IOI SHOPZ - Bringing you convenience and peace of mind @ https://youtu.be/r8L_xewvyD0


MENGENAI IOI CITY MALL

IOI City Mall yang telah memenangi pelbagai anugerah terletak di IOI Resort City, adalah pusat membeli-belah terbesar di Lembah Klang Selatan. Ia mudah diakses melalui lebuh raya utama dan pengangkutan awam. Ruang sewaan seluas 1.5 juta kaki persegi ini dihuni oleh jenama fesyen, pasar raya, panggung wayang dan kedai makanan & minuman yang menawarkan juadah makanan tempatan dan antarabangsa yang menyelerakan.

Pusat membeli-belah ini mempunyai gelanggang luncur ais berukuran Olimpik - "Icescape" dan taman pengembaraan seluas 70,000 kaki persegi - "District 21". Ruangan tempat letak kenderaannya yang berjumlah 7,605 lot adalah yang pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan sistem carian kereta yang memberi pelanggan rasa selamat dan pengalaman tanpa gangguan dalam mencari kenderaan yang diparkir mereka. Sementara itu, di sepanjang The Symphony Walk, anda dapat menikmati pelbagai hidangan di tengah-tengah suasana ketenangan dan pemandangan yang indah.

Kunjungi kami untuk merasai keseronokan dalam pelbagai Rasa, Tren dan Pengembaraan.

Laman Web: www.ioicitymall.com.my / Facebook: IOICityMallPutrajaya / Instagram: ioicitymallmy


Kandungan ini disediakan oleh IOI City Mall.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.