Skip to main
Logo Malaysiakini

Allianz General menjaga penunggang motosikal dengan memberikan bantuan tepi jalan secara percuma

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Penunggang motosikal mungkin kadang-kala terasa dipinggirkan. Lebih-lebih lagi dengan semua kemudahan infrastruktur laluan motosikal yang tidak diselenggara dengan baik dan kekurangan bantuan tepi jalan lebih mendorong kepada pemikiran sedemikian.

Kini, tidak lagi. Pada bulan lalu, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) telah memperkenalkan bantuan tepi jalan percuma untuk pemegang polisi motosikal komprehensif (bawah 250cc) melalui Allianz Road Rangers, bantuan kemalangan secara percuma.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General Sean Wang mengumumkan pengenalan perkhidmatan bantuan tepi jalan untuk motosikal yang memberikan manfaat kepada penunggang motosikal dengan perkhidmatan tambah nilai yang lebih baik.

Perkhidmatan yang ditawarkan kepada pemegang polisi Allianz Motorcyce Plus (Komprehensif) dan Allianz Motorcycle (Komprehensif)(bawah 250cc) di seluruh negara termasuk bantuan trak tunda kecemasan (percuma hingga 50km, dua hala), penghantaran minyak, bateri, dan perkhidmatan tayar pancit.

“Kita semua sering melihat penunggang motosikal tersadai atau lebih teruk lagi, terlibat dalam kemalangan, dan setiap kali, pasti ada penunggang motosikal lain yang menawarkan bantuan di lokasi kejadian. Kini, dengan perkhidmatan bantuan tepi jalan kami, pelanggan kami tahu dalam apa jua keadaan, mereka hanya perlu menghubungi kami,” kata Sean di Crash, Boom, Bang! Part II #RogerAllianz Media Roundtable - The “Little Guys” and The Big Picture Behind Roadside Assistance for Motorcyclists.

“Sebagai penanggung insurans, kami harus sentiasa bersedia untuk pelanggan kami. Itu sahaja. Di saat kebanyakan syarikat lain yang tidak mengendahkan perkhidmatan seperti ini kerana ia tidak menguntungkan, kadang-kala, tidak ada salahnya untuk memberikan yang lebih baik lagi. Ini adalah cara kami untuk menghargai pelanggan kami dan memberitahu mereka bahawa kami bersama mereka ketika mereka memerlukan,” tambah Sean.

Allianz General memperkenalkan perkhidmatan Allianz Road Rangers untuk pemegang polisi motor komprehensif di Lembah Klang pada tahun 2017, perkhidmatan pertama seumpamanya dalam industri insurans am, sebelum perkhidmatan diperkenalkan ke seluruh negara pada 2018.

Berdasarkan perkhidmatan Allianz Road Rangers yang sedia ada, Ketua Tuntutan Allianz General, Damian Williams berkata Syarikat membayangkan situasi dimana penunggang boleh memanfaatkan bantuan tepi jalan sebelum mengembangkan konsep pengalaman pelanggan untuk penunggang motosikal.

Perkhidmatan tersebut menampilkan titik sentuh berikut:

  • Bantuan talian 24-jam

Jika berlaku kemalangan, pelanggan Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif) dan Allianz Motorcycle (Komprehensif) boleh hubungi 1-800-22-5542 untuk bantuan di lokasi dari juruteknik atau trak tunda, kerja pembaikan, atau untuk perkhidmatan trak tunda.

  • Trak tunda Allianz Road Rangers

Allianz Road Rangers akan menyediakan bantuan trak tunda kecemasan untuk penunggang motosikal (percuma sehingga 50km, dua hala), penghantaran minyak, bateri, dan perkhidmatan tayar pancit.

  • Baucar e-hailing

Pelanggan juga akan menerima baucar e-hailing yang boleh digunakan untuk pulang ke rumah dari kawasan kemalangan dan penghantaran pulang ke rumah (di mana perkhidmatan disediakan).

Menurut Damian, ia penting untuk perkhidmatan ini dapat mengurangkan sebarang kesukaran bagi seorang penunggang dan menawarkan fleksibiliti dalam pilihan trak tunda.

“Matlamat kami mudah – menawarkan penyelesaian segera untuk isu yang biasa terjadi seperti membaiki tayar pancit atau menghantar minyak yang membolehkan penunggang untuk meneruskan perjalanan mereka dan jika terdapat keperluan, sediakan mereka dengan bantuan trak tunda untuk dihantar ke sebuah bengkel atau lokasi yang diingini dan tiba ke rumah dengan selamat,” kata Damian.

“Semua yang kami lakukan di Allianz General, dan yang paling utama ialah tentang pelanggan kami, dan perkhidmatan ini adalah semata-mata untuk menjaga penunggang. Oleh itu, kami lebih berhati-hati dalam memastikan bahawa titik sentuhan kami menawarkan bantuan yang bermanfaat,” tambah Damian.

“Tambahan pula, dengan mempunyai bantuan trak tunda yang mapan melalui Allianz Road Rangers bermakna kami sudah mempunyai 190 trak tunda yang bersedia untuk berkhidmat untuk anda.”

MIROS: Perubahan sikap dan budaya penunggang ialah cara terbaik untuk menangani kemalangan jalan raya

Selain kurang diberikan perhatian, penunggang motosikal juga adalah yang paling banyak mengalami kemalangan dan kecelakaan di Malaysia. Menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 2020, sementara kemalangan jalan raya menurun sebanyak 26 peratus pada tahun lepas, kerana sekatan perjalanan COVID-19, negara telah mengalami 418,237 kemalangan dan 4,634 kecelakaan jalan raya, dengan kebanyakkan kemalangan melibatkan penunggang motosikal dengan 3,118 kematian.

Panel jemputan untuk meja bulat media, Azhar Hamzah, Pengarah Pusat Penyelidikan Perubahan Tingkah Laku Pengguna Jalan Raya Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) berkata secara puratanya, kemalangan jalan raya adalah 20 peratus, tetapi penunggang dan pembonceng motosikal adalah yang paling banyak terkesan dari segi kecederaan, dengan lebih 60 peratus kematian setiap tahun. Azhar juga menyebut statistik PDRM yang terbaru telah menunjukkan peratus tertinggi kematian penunggang motosikal sebanyak 36 peratus, yang melibatkan penunggang motosikal berusia 16-25 tahun.

Azhar juga berkongsi bagaimana penunggang motosikal boleh meminimakan kemungkinan kemalangan dengan menggunakan panduan praktikal asas.

Tips Menunggang dengan Selamat untuk Motosikal

  • Sihat untuk menunggang. Elakkan dari menunggang ketika anda kepenatan, dan jika anda tidak sihat, pilih pengangkutan yang lain.

  • Patuhi had laju dan peraturan lalu lintas yang tepat. Berhenti di lampu merah.

  • Berwaspada dengan kemungkinan bahaya di persimpangan dan lengkungan jalanraya.

  • Gunakan daytime running lamp (DRL) ketika siang dan vest reflektif di waktu malam.

  • Elakkan titik buta semampu mungkin.

  • Gunakan laluan motosikal khas atau yang disediakan ketika perlu. Menjauhkan diri dari pengguna jalan raya yang lain terbukti berjaya mengurangkan kemungkinan kemalangan.

  • Ikut jadual penyelenggaraan anda. Motosikal yang diselenggara dengan baik ialah kunci dalam memastikan keselamatan penunggang.

  • Tunggang motosikal dengan berhati-hati ketika di lebuhraya dan percayakan kemahiran menunggang anda.

“Pengguna (80.6 peratus), persekitaran (13.2 peratus), dan kenderaan (6.2 peratus) adalah tiga faktor utama yang mengakibatkan kemalangan. Perubahan tabiat tingkah laku dan peningkatan kesedaran keselamatan ialah cara yang paling cepat untuk pengguna menjadi lebih selamat di jalan raya. Perubahan yang mudah, dan boleh dilakukan seperti kawalan kelajuan, mematuhi peraturan trafik seperti berhenti di lampu merah, dan etika menunggang secara keseluruhan boleh membawa kepada perubahan yang besar.

“Motosikal memberikan perlindungan fizikal yang paling sedikit. Jadi, untuk mengelakkan kecederaan, alat pelindung diri (PPE) seperti memakai helmet dengan saiz yang betul dan diluluskan oleh SIRIM boleh melindungi dari impak di kepala, sementara jaket menunggang dan kasut kaki bertutup boleh membantu mengurangkan risiko kecedaraan seperti lelasan. Ini adalah barangan sedia ada yang penunggang boleh pertimbangkan untuk digunakan dalam perjalanan untuk memastikan keselamatan mereka,” tambah Azhar.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkhidmatan bantuan tepi jalan motosikal Allianz General, layari visit allianz.com.my/road-rangers*Tertakluk pada terma dan syarat.


Kandungan ini disediakan oleh Allianz Malaysia Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.