Skip to main
Logo Malaysiakini

Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan Lazada berganding bahu kutip dana untuk kanser payu dara dan kanser kanak-kanak

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Sepanjang bulan Oktober, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dan Lazada bekerjasama untuk meningkatkan kesedaran tentang kanser payu dara dan kanser kanak-kanak menerusi platform sumbangan digital Lazada, LazadaForGood. Rakyat Malaysia boleh menyokong usaha ini menerusi dua kempen yang diadakan di Lazada, iaitu ‘Pink October: Detect Early. Save a Life’ (Oktober Merah Jambu, Kesan Awal, Selamatkan Nyawa) dan ‘Everyone Can Play’ (Semua Orang Boleh Bermain).

Dua inisiatif ini disokong oleh NSCM, pertubuhan kanser bukan keuntungan pertama di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan berkaitan kanser yang menyeluruh kepada pesakit kanser, penjaga, dan orang ramai menerusi enam pusatnya di seluruh Malaysia – Klinik Saringan Kanser dan Kesihatan, Pusat Perubatan Nuklear, Pusat Sumber dan Kesejahteraan, Klinik Berhenti Merokok, Rumah Harapan Kanak-Kanak dan Rumah Harapan Dewasa. Inisiatif ‘Pink October: Detect Early. Save a Life’ bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap usaha mengesan kanser payu dara di peringkat awal dalam kalangan wanita, manakala inisiatif ‘Everyone Can Play’ bertujuan menyokong terapi permainan bagi kanak-kanak yang menghidap kanser.

Mulai sekarang hingga 31 Oktober 2021, sumbangan kepada kempen ‘Pink October: Detect Early. Save a Life’ oleh NCSM boleh dilakukan dengan mudah menerusi LazadaForGood, yang akan menyediakan kemudahan saringan percuma bagi wanita Malaysia yang kurang berkemampuan, di samping turut memberikan subsidi kos saringan kepada orang ramai. NCSM bekerjasama dengan komuniti-komuniti tempatan dan NGO di seluruh negara untuk mengenal pasti wanita kurang berkemampuan yang boleh menyertai program ini. NCSM akan mengeluarkan resit pelepasan cukai bagi sumbangan RM50 dan ke atas.

“Menurut Laporan Daftar Kanser Kebangsaan Malaysia dari 2012 hingga 2016, kanser payu dara ialah kanser paling umum dan meliputi 34.1% daripada semua kanser dalam kalangan wanita di Malaysia. Saringan berkala dan pengesanan awal merupakan langkah penting yang membantu menangani masalah ini. Inisiatif ‘Pink October: Detect early. Save a Life’ memastikan bahawa wanita disaring untuk kanser payu dara menerusi pemeriksaan payu dara klinikal, ultrabunyi payu dara dan mamogram. Menerusi kerjasama kami dengan Lazada, kami ingin menyampaikan mesej ini kepada seberapa ramai orang yang mungkin,” ujar NCSM.

Di samping itu, rakyat Malaysia juga boleh menyumbang mainan dalam pecahan nilai RM5, RM10, dan banyak lagi menerusi LazadaForGood yang akan disalurkan kepada Rumah Harapan Kanak-Kanak NCSM. Alat-alat permainan tersebut akan digunakan sebagai sebahagian daripada terapi permainan kanak-kanak yang boleh mengurangkan tekanan dan menolong mereka mengawal emosi dengan lebih baik.

"Kami berbesar hati untuk berganding bahu dengan NCSM untuk menekankan kepentingan pemeriksaan kesihatan dan menyediakan sumber yang sesuai bagi rakyat Malaysia untuk mempelajari lebih lanjut tentang pengesanan awal. Memandangkan akhir tahun sudah hampir tiba, Lazada juga sukacita untuk memanfaatkan platform kami untuk menyebarkan keceriaan kepada kanak-kanak di seluruh negara menerusi pakatan ini. Pengguna juga diberi jaminan bahawa dengan LazadaForGood, sumbangan kepada penerima diproses dalam transaksi yang dijamin selamat dan terlindung, menjadikannya lebih mudah untuk pembeli terus menyumbang kepada masyarakat dan menabur budi demi manfaat insan lain sepanjang tahun,” kata Darren Rajaratnam, Ketua Pegawai Operasi, Lazada Malaysia.

Dengan hampir 20 rakan NGO di platform ini, LazadaForGood adalah sebahagian daripada usaha berterusan Lazada untuk mencetus kesan sosial jangka panjang dengan menggiatkan kemajuan menerusi teknologi dan perdagangan. NCSM adalah salah satu rakan NGO pertama LazadaForGood dan sudah berada di platform ini selama dua tahun.

Setiap sumbangan amat bermakna dan memberikan manfaat berpanjangan kepada individu dan keluarga yang disantuni. Untuk maklumat lanjut tentang LazadaForGood atau menyumbang kepada NCSM, sila layari: https://lzd.co/LazadaForGoodMalaysia


Kandungan ini disediakan oleh Lazada Malaysia.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.