Skip to main
Logo Malaysiakini

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA 2021

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah atau singkatannya RISDA mewujudkan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bagi membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas pendapatannya akibat tidak dapat menoreh ketika musim hujan.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2021

PEKEBUN KECIL RISDA

  • Warganegara Malaysia.
  • Pekebun kecil (Pemilik Pengusaha) berdaftar dengan RISDA.
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.
  • Pemilik tanah yang sah.
  • 1 lot hanya seorang penerima bantuan sahaja (sama ada pekebun kecil atau penoreh).

PENOREH BUKAN PEMILIK

  • Warganegara Malaysia.
  • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA.
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar.
  • Pengesahan pemilik tanah yang sah.
  • 1 Lot hanya seorang penerima bantuan sahaja (sama ada pekebun kecil atau penoreh).
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah.

TARIKH PERMOHONAN: 15 September hingga 15 November 2021

TEMPOH PELAKSANAAN: 15 September hingga 15 November 2021

Rayuan bagi permohonan yang gagal bermula 16 November hingga 30 November 2021.

KAEDAH BAYARAN: Bayaran dibuat pada bulan November 2021 sebanyak RM300 dan Disember 2021 sebanyak RM300 kepada pekebun kecil atau penoreh yang layak melalui Electronic Fund Transfer (EFT) kepada akaun bank penerima.

HUBUNGI KAMI MENERUSI: 03 – 42510171 // [email protected] // www.risda.gov.my // pekebunkecilmakmur.com.my


Kandungan ini disediakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.