Skip to main
Logo Malaysiakini

Lazada mengalu-alukan bingtang-bintang terkenal K-pop SEVENTEEN sebagai Duta Kebahagiaan serantau pertama

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Platform eDagang terkemuka di Asia Tenggara, Lazada bersiap sedia untuk membawakan lebih semangat dan kegembiraan ke rantau ini, dengan mengalu-alukan para bintang terkenal K-pop SEVENTEEN sebagai Duta Kebahagiaan serantau pertama menjelang festival beli-belah 11.11 terbesar – Lazada’s Biggest One-Day Sale yang bermula pada tengah malam 11 November ini.

Terdiri daripada 13 ahli, SEVENTEEN, salah satu kumpulan K-pop terkenal di Korea Selatan membuat kemunculan hebat ke dalam arena muzik antarabangsa dengan eksperimen muzik kreatif mereka dan aksi persembahan yang menggemparkan. EP terkini SEVENTEEN, “Your Choice” membuat kemunculan sulung di kedudukan No. 1 dalam carta Billboard’s Top Album Sales dan senarai penganugerahan mereka termasuk dicalonkan sebagai 'Artis Sosial Terbaik' di Billboard Music Awards 2021 dan memenangi ‘Main Prize' selama empat tahun di Seoul Music Awards.

Raymond Yang, Ketua Pegawai Operasi Lazada Group, berkata, "Saya dengan sukacitanya mengalu-alukan Duta Kebahagiaan Lazada pertama, SEVENTEEN, ke dalam keluarga Lazada. Dengan bakat serta personaliti mereka yang bersemangat, saya berharap agar SEVENTEEN dapat memberi inspirasi kepada pengguna kami di seluruh Asia Tenggara untuk kekal berani dan bersemangat untuk mencuba idea baharu, mengejar impian, dan mempercayai bahawa segala cabaran boleh diatasi."

Di acara 11.11 Super Show Lazada pada 10 November, SEVENTEEN akan mengambil pentas utama untuk mempersembahkan lagu-lagu yang popular seperti “Left & Right” dan “Ready to love”. Konsert maya tersebut yang dibarisi bintang-bintang terkenal menjelang 11.11 akan turut menampilkan para selebriti tempatan yang terkenal di Asia Tenggara yang berhimpun untuk bersama-sama meraikan harapan dan kegembiraan, termasuklah penampilan Nora Danish and Dayang Nurfaizah dari Malaysia. Di seluruh Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam, pembeli juga boleh menonton konsert 11.11 Super Show Lazada melalui saluran strim langsung dalam-aplikasi Lazada, LazLive, serta rangkaian penyiaran tempatan TV3, dan platform media sosial Lazada melalui YouTube, Facebook dan TikTok.

Kumpulan K-pop seramai 13 ahli ini turut membintangi filem pendek 11.11 terkini Lazada, yang membawa Duta Kebahagiaan Lazada ke Dunia Lazada, dunia yang dinamik dan hebat yang dipenuhi dengan objek-objek harian dan ganjaran 11.11 yang eksklusif. Sambil menari dengan riang bersama dengan persembahan khas lagu hit global "Low" oleh Flo Rida, SEVENTEEN akan memulakan pengembaraan yang penuh dengan penemuan mengejutkan di setiap masa.

Mengulas sebagai sebuah kumpulan, SEVENTEEN berkata, “Rakaman filem Lazada 11.11 adalah pengalaman yang menyeronokkan, dan kami amat teruja untuk mengambil bahagian dalam konsert 11.11 Super Show Lazada yang akan datang. Sebagai Duta Kebahagiaan serantau untuk platform eCommerce terkemuka di Asia Tenggara, Lazada, kami berharap dapat mencipta pengalaman yang lebih bermakna dengan semua orang. Tolong tunjukkan sokongan dan cinta kepada Lazada dan SEVENTEEN!”

Dalam filem pendek 11.11 Lazada, maskot kesayangan, Lazzie, mengadakan kameo istimewa dengan menari gerakan 'shuffle' ikonik bersama-sama SEVENTEEN, mempersembahkan wajah baharu dengan warna biru dan ungu untuk surainya dan muncung comel berbentuk heart-gram ikonik Lazada. Selain itu, Lazzie akan terus ditampilkan dalam LazGame popular, Lazzie Star, mulai 6 November di Malaysia, meneruskan pengembaraan bersama pengguna untuk menjadi idola bintang yang hebat dan dalam masa yang sama memperoleh baucar dan ganjaran eksklusif untuk memaksimumkan penjimatan semasa jualan terbesar Lazada pada 11.11 Biggest One-Day Sale ini.

Lazada akan turut melancarkan cabaran #HowLowCanYouGoLazada1111 TikTok di seluruh rantau ini yang mengajak pengguna untuk mempamerkan kreativiti dengan membuat video tarian “shuffle” TikTok 20-saat gaya bebas unik mereka sendiri. Peserta-peserta dengan gerakan tarian yang paling kreatif akan berpeluang untuk memenangi baucar bernilai sehingga RM1,111 apabila mereka menyertai cabaran media sosial yang berlangsung mulai 26 Oktober hingga 5 November.

Raymond Yang menambah, "Lazada sentiasa mencari cara baharu untuk melibatkan pelanggan kami sepenuhnya dengan aktiviti yang menyeronokkan secara dalam talian mahupun luar talian, bagi mencipta pengalaman membeli belah yang holistik dan menyeronokkan. Dengan memanfaatkan 'Shoppertainment' mantap kami dan bekerjasama erat dengan peniaga kami untuk membuat promosi dan ganjaran yang tidak dapat ditandingi, kami sentiasa mencabar diri kami untuk membawa impak yang tinggi serta mencari cara yang bermakna untuk meningkatkan kehidupan komuniti di seluruh Asia Tenggara. Kami teruja untuk meraikan satu lagi edisi festival beli-belah 11.11 terbesar kami ketika kami semua mengejar harapan, impian, dan kemajuan dalam semua aspek kehidupan kami."

Selain akses kepada harga terendah dan penghantaran percuma* semasa 11.11 Biggest One-Day Sale Lazada, pengguna boleh menantikan tawaran eksklusif yang menarik dan aktiviti 'Shoppertainment' interaktif yang akan memberi baucar serta ganjaran Lazada Bonus.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.


Kandungan ini disediakan oleh Lazada Malaysia.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.