Skip to main
Logo Malaysiakini

KEJORA Virtual Cycling Challenge 2021 (KVCC 2021)

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Kementerian Pembangunan Luar Bandar sedang menganjurkan KEJORA Virtual Cycling Challenge 2021 (KVCC2021). Pendaftaran program ini bermula dari 7 Oktober hingga 7 November 2021 dan tempoh kayuhan adalah dari 29 Oktober hingga 14 November 2021.

Kayuhan ini boleh dilakukan dimana-mana sahaja dan perlu direkodkan.

KVCC 2021 ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu jarak 50KM untuk perserta berumur 19 tahun dan ke atas bagi kategori MASTER dan 25KM untuk peserta berumur 13 tahun hingga 18 tahun bagi kategori JUNIOR.Kayuhan boleh dibuat secara sekaligus atau kumulatif serta direkodkan dan seterusnya dihantar ke KEJORA.

Disamping itu juga, bagi menghangatkan program KVCC2021 ini, terdapat pelbagai hadiah sampingan dan cabutan nombor bertuah yang akan dijalankan secara FB Live pada 28 November 2021 nanti.

Jom!!!!! Sertai kehangatan kayuhan KVCC2021. Untuk mendapatkan info dan berita-berita menarik di https://m.facebook.com/KejoraEcoTourism/

#keluargamalaysia #luarbandarsejahtera #kejoraevent #kejoravirtualevent #tourismkejora #kejoraKPLB


Kandungan ini disediakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.