Skip to main
Logo Malaysiakini

Penyelesaian tuntutan banjir pantas untuk pelanggan Allianz General

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) bersedia untuk menyediakan penyelesaian tuntutan pantas untuk pelanggan yang tinggal di kawasan mudah banjir akibat musim monsun Utara-Timur yang telah bermula.

Ketua Tuntutan Allianz General, Damian Williams berkata Syarikat sudah bersedia dengan kakitangan yang mencukupi untuk digerakkan bagi membantu pelanggannya dengan efektif. Dalam masa yang sama, Syarikat juga akan mematuhi semua garis panduan Pelan Pemulihan Negara untuk kawasan yang terlibat.

“Tanggungjawab Allianz General sebagai sebuah penanggung insurans bukan sahaja terhad kepada memberikan perlindungan, tetapi juga menjaga komuniti dengan cara yang terbaik – dalam hal ini, membayar tuntutan dengan segera supaya pelanggan kami boleh meneruskan hidup mereka dengan segera. Kami telah menjalankan inisiatif ini setiap tahun, oleh itu kami berpengalaman dalam menyediakan penyelesaian tuntutan pantas untuk pelanggan kami dalam waktu sukar ini,” kata Damian.

Untuk pemegang polisi individu (seperti Smart Home Cover), Syarikat menyediakan penyelesaian tuntutan penuh atau pembayaran sementara dalam tempoh lima hari selepas lawatan dari pelaras. Mereka yang memiliki insurans kebakaran (jalur komersial), akan menerima pembayaran dalam masa lima hari setelah menerima kunjungan dari pelaras, dimana penyelesaian tuntutan penuh dibayar antara 21 hingga 28 hari setelah menerima kunjungan dari pelaras. Namun, sekiranya atas sebab apa pun, Syarikat tidak dapat menyelesaikan tuntutan sebelum hari yang ke 28, maka pembayaran sementara kedua akan dibuat sebelum hari ke 30.

Untuk memudahkan penyelesaian tuntutan, Allianz General akan menempatkan 4x4s berjenama Allianz dan pasukan pelaras di seluruh Malaysia termasuk di Bukit Mertajam, Penang; Kuantan, Pahang; Kota Kinabalu, Sabah; Kuching, Sarawak dan Melaka untuk membantu pelanggan kami dengan segera ketika banjir.

Karavan 4x4 dan tuntutan akan digerakkan secara rutin ke lokasi tersebut untuk memudahkan proses tuntutan pantas dan lancar.

Untuk memanfaatkan perkhidmatan ini, pelanggan Allianz General boleh menghubungi 1-800-22-5542 dan pelaras akan dihantar untuk memeriksa harta benda yang terjejas dalam tempoh masa 24 jam.


Kandungan ini disediakan oleh Allianz Malaysia Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.