Skip to main
Logo Malaysiakini

Program "Executive Talk" Siri Kedua Tahun 2021 anjuran KEJORA

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kemuncak sambutan Jubli Emas 50 Tahun KEJORA dijangka akan dilaksanakan pada bulan Jun 2022. Lanjutan daripada itu, sambutan Jubli Emas ini turut dimeriahkan dengan beberapa acara pengisian program yang telah dirancang antaranya Penerbitan Buku “Coffee Table” KEJORA, Penerbitan Artikel Khas KEJORA, Wawancara Eksklusif KEJORA, Pameran KEJORA dan termasuklah Program “Executive Talk”.

Program “Executive Talk” ini dianjurkan adalah bertujuan untuk berkongsi aspirasi dan kejayaan tokoh-tokoh ternama Malaysia sama ada di sektor korporat mahupun swasta sebagai sumber inspirasi yang dapat menjana perubahan cara berfikir, berkongsi pengalaman dan meningkatkan motivasi diri bagi mencapai kejayaan dalam hidup dan organisasi.

Penganjuran Program “Executive Talk” akan dilaksanakan sebanyak empat (4) siri iaitu dua (2) siri pada Tahun 2021 dan dua (2) siri pada Tahun 2022. Justeru itu, bagi Siri Pertama Tahun 2021, Program “Executive Talk” telahpun berjaya disempurnakan pada hari Khamis, 09 September 2021 dengan penampilan khas Senator Datuk Ras Adiba binti Mohd Radzi bagi slot “I AM WORTH IT!”. Program berlangsung selama satu (1) jam bermula pada 10.00 pagi secara Facebook Live.

Manakala bagi Siri Kedua Tahun 2021, Program “Executive Talk” akan diadakan pada hari Rabu, 24 November 2021 dengan penampilan khas Tuan Haji Saiful bin Nang bagi slot “Think Big, Start Small but Act Fast”. Program selama dua (2) jam akan bermula pada 10.00 pagi secara Facebook Live.

Seterusnya bagi Siri Pertama Tahun 2022, Program “Executive Talk” akan diadakan pada hari Selasa, 15 Mac 2022 dengan penampilan khas Tun Dato’ Seri Arshad Ayub bagi slot “Berilmu Berbakti”. Program selama satu (1) jam akan bermula pada 10.00 pagi bertempat di Dewan KEJORA.

Akhirnya, bagi Siri Kedua Tahun 2022, Program “Executive Talk” akan diadakan pada hari Rabu, 25 Mei 2022 dengan penampilan khas Yang Berbahagia Dato’ Mohd Fadzilah Kamsah bagi slot “Tips Bina Diri Untuk Terbang Lebih Tinggi”. Program selama 2 jam 30 minit akan bermula pada 10.00 pagi secara Facebook Live.

Semua anggota KEJORA diwajibkan mengikuti keempat-empat siri program ini kerana ia merupakan sebahagian daripada Program Latihan Tahun 2021. Sijil penyertaan akan diberikan.


Kandungan ini disediakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.