Skip to main
Logo Malaysiakini

Program Outreach Keusahawanan Dan Pendidikan KPLB@Padang Terap

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan menganjurkan Program Outreach Keusahawanan dan Pendidikan KPLB@Padang Terap pada 18 Disember 2021 di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Nika, Kedah.

Program yang dianjurkan ini merupakan platform untuk mempromosikan kemudahan serta insentif merangkumi pendidikan dan keusahawan dan sebagainya yang disediakan oleh Kementerian dan Agensi seperti KEMAS, MARA, RISDA, FELCRA Berhad dan KEDA.

Bagi usahawan luar bandar yang ingin meluaskan jangkauan perniagaan, KPLB dan Agensi turut menawarkan platform akses pasaran produk / perkhidmatan usahawan luar bandar kepada pemborong, pengedar dan pembeli selain meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran produk luar bandar serta meneroka peluang baharu.

Servis motosikal percuma (sehingga 200 motosikal) turut diadakan oleh GIATMARA selain perkhidmatan gunting rambut dan solekan, dandanan dan hiasan kuku oleh GIATMARA dan KEMAS.

Bagi lepasan pelajar sekolah dan belia yang ingin menyambung pengajian, sesi penerangan dan pendaftaran oleh institusi di bawah agensi seperti UniKL, KPTM, IKM, GiatMARA, Kolej FELCRA, Kolej KEDA dan UCAM turut dibuka.

Program dibuka kepada orang ramai bermula jam 10.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Ayuh, rebutlah peluang yang disediakan oleh KPLB dan Agensi dalam mentransformasikan masyarakat luar bandar selain menjadikan #LuarBandarSejahtera. Jumpa Di Sana.


Kandungan ini disediakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.