Skip to main
Logo Malaysiakini

#AEONHARGAJAMIN ~ Kempen Selamat & Jimat untuk Para Pelanggan

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

AEON CO. (M) BHD. dan AEON BiG (M) SDN. BHD. (AEON) terus melebarkan sayap dalam merealisasikan iltizamnya untuk mengutamakan para pelanggan dengan melancarkan Kempen Selamat & Jimat yang meliputi dua teras bagi memberikan manfaat yang relevan lagi berterusan kepada para pelanggan.

Dua teras Kempen Selamat & Jimat yang bermula dari sekarang sehingga ke 28 Februari 2022 ialah #AEONHargaJamin dan #AEONJaguhPerlindungan. Ianya dilancarkan oleh Tsutomu Motomura, Timbalan Pengarah Urusan, AEON hari ini.

#AEONHargaJamin memberikan perlindungan dan jaminan harga terhadap inflasi. Ianya menyenaraikan lebih daripada 500 barangan keperluan asas merangkumi 45% daripada barangan keperluan harian yang sentiasa dicari para pelanggan setiap kali mereka pergi membeli-belah. Antaranya adalah sayuran seperti Sawi Kecil, Sawi Jepun, Kobis, Iceberg Lettuce, Timun Jepun serta beberapa jenama beras popular seperti Sunwhite, Jasmine, Birds of Paradise dan Sumo Calrose dengan berat timbangan 2kg, 5kg, dan 10kg. Selain itu, minyak masak jenama Buruh, Saji, Knife dan Naturel serta telur ayam segar pelbagai gred turut tersenarai.

Para pelanggan AEON yang memegang kad keahlian AEON Member Plus akan mendapat lebih penjimatan apabila berbelanja di cawangan-cawangan AEON atau pun secara atas talian kerana kesemua barangan yang tersenarai telah diberikan perlindungan jaminan harga daripada inflasi.

Para pelanggan yang belum mendaftar sebagai ahli AEON Member Plus juga boleh menikmati keistimewaan ini apabila melakukan pembelian atas talian menerusi myAEON2go.com atau pun menggunakan aplikasi myAEON2go yang boleh dimuat turun dari Apple App Store atau Google Play Store.

Manakala #AEONJaguhPerlindungan pula memaparkan komitmen berterusan AEON dalam menyediakan tahap servis yang terbaik bagi ketenangan fikiran kepada para pelanggan demi pengalaman membeli belah yang menyenangkan di dalam persekitaran yang bersih dan selamat.

Sehingga hari ini, hampir 98% kakitangan AEON telah mendapat dua dos vaksinasi. AEON juga terus memberikan komitmen penuh dalam memastikan kesejahteraan para pelanggan dengan menjalankan kerja-kerja pembersihan serta sanitasi secara berkala di kawasan kawasan awam di dalam pusat beli belah AEON. Penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (SOP) di cawangan-cawangan AEON juga dijalankan dengan ketat.

Menurut Tsutomu, “Kami sentiasa berusaha untuk memberikan nilai tambah kepada para pelanggan kerana sedar akan cabaran yang dihadapi oleh rakyat ekoran daripada pandemik. Kami bersyukur kerana #AEONHargaJamin berjaya dilancarkan untuk membantu meringankan kos harian kehidupan. Kami yakin usaha ini mampu membantu rakyat dalam mengharungi cabaran inflasi. AEON sentiasa komited untuk mengutamakan para pelanggan kami dan dalam pada itu adalah perlu untuk memastikan kelestarian syarikat. Perkara ini sama penting jadi perlu diseimbangkan dengan baik untuk terus maju bersama.”

“Manakala #AEONJaguhPerlindungan pula memaparkan komitmen berterusan AEON untuk memberikan pengalaman membeli belah yang baik dan menyenangkan kepada para pelanggan dalam suasana yang bersih, selesa dan terkawal. Dalam memastikan kesejahteraan semua, hampir keseluruhan AEON Warriors serta ekosistemnya telah divaksin, kerja-kerja pembersihan dan pembasmian pula diadakan secara berkala di kesemua cawangan AEON. Pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) di setiap cawangan AEON juga dijalankan dengan ketat termasuklah pemeriksaan suhu dan rekod mySejahtera di pintu masuk, pengumuman peringatan tentang SOP dimainkan secara berkala dan cecair pembasmian kuman sentiasa disediakan,” akhiri Tsutomu.

Inisiatif-inisiatif yang dijalankan ini adalah sejajar dengan usaha AEON untuk memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 12 - Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab, yang memberi tumpuan ke arah memastikan corak penggunaan dan pengeluaran yang mampan. Ia juga untuk memastikan penggunaan sumber yang baik, meningkatkan kecekapan tenaga, infrastruktur yang mampan, dan menyediakan akses kepada perkhidmatan asas, kelestarian dan memastikan kualiti hidup yang lebih baik untuk semua. 


Kandungan ini disediakan oleh AEON CO. (M) BHD..

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.