Skip to main
Logo Malaysiakini

Lazada menyumbang 30,000 unit bekalan bantuan banjir dan membantu kutip dana bagi mangsa menerusi LazadaForGood

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Untuk menyokong usaha bantuan and pemulihan banjir, Lazada Malaysia telah menyumbang hampir 30,000 unit bekalan bantuan banjir kepada 10 pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan lebih 4,500 mangsa banjir. Pada masa yang sama, Lazada juga bekerjasama dengan 9 organisasi bukan berasaskan keuntungan (NGO) untuk mengutip dana di LazadaForGood bagi menghulurkan bantuan lanjut kepada keluarga, masyarakat, dan juga haiwan yang terjejas akibat banjir.

30,000 unit bekalan bantuan banjir yang disumbangkan oleh Lazada terdiri daripada makanan kering, air botol, selimut, barangan kebersihan diri, lampin bayi, kit ujian COVID-19, dan banyak lagi, yang telah diserahkan kepada kerajaan Selangor. Barangan keperluan bantuan banjir tersebut akan diagihkan dengan serta-merta kepada 10 PPS di Selangor, termasuk:

  • PPS Sekolah Rendah Integrasi Tengku Ampuan Fatimah
  • PPS Masjid Bandar Bukit Raja
  • PPS Sekolah Menengah Klang Utama
  • PPS Pangsapuri Permai Bukit Kuda
  • PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai
  • PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Meru
  • PPS Masjid Bukit Kapar
  • PPS Dewan Orang Ramai Tok Muda
  • PPS Sekolah Rendah Agama Sungai Serdang
  • PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kuching

Rakyat Malaysia di seluruh negara juga boleh memainkan peranan untuk menyokong rakan senegara dengan menyumbang kepada 9 NGO bantuan banjir rasmi yang tersenarai di LazadaForGood, platfrom sumbangan digital Lazada. Para penyumbang boleh memilih untuk menderma antara RM1 hingga RM500 kepada mana-mana NGO di LazadaForGood, termasuk Mercy Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Islamic Relief, The Lost Food Project, Hospis Malaysia, MyFundAction, Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan, Zoo Negara, dan NGO Hub. Sumbangan yang dikutip akan seterusnya digunakan untuk membeli barangan keperluan dan membiayai usaha bantuan banjir.

Bagi menggalakkan pendermaan dan sebagai tanda penghargaan, semua penderma RM30 dan ke atas kepada NGO bantuan bencana di LazadaForGood dari sekarang hingga akhir Januari, akan menerima 300 LazCoins, yang boleh ditebus untuk hadiah percuma, baucar diskaun, diskaun semasa pembayaran, tawaran eksklusif, dan banyak lagi*. Pengguna Lazada boleh menyumbang sekarang dengan mencari kata kunci “Lazada Teman You” pada fungsi carian di aplikasi Lazada, kemudian memilih mana-mana NGO rasmi, dan klik ‘Buy Now’. 

“Ramai rakyat Malayisa ditimpa musibah ekoran banjir yang melanda beberapa hari lepas. Kami amat bersimpati dengan nasib semua keluarga dan mangsa terbabit, yang mengalami kerosakan kepada rumah mereka dan terjejas punca pendapatan akibat banjir. Memandangkan semakin ramai orang yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara, kami bersedia untuk memberi sokongan dan menghulurkan bantuan. Kepada semua yang terkesan, kami berharap anda menguatkan semangat dan terus menjaga keselamatan diri dan keluarga,” kata P Sunil Singh, Ketua Pegawai Logistik, Lazada Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai NGO pemulihan banjir di LazadaForGood, sila kunjungi: https://lzd.co/LazadaTemanYouXFloodCareRelief

*Tertakluk kepada terma dan syarat.


Kandungan ini disediakan oleh Lazada Malaysia.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.