Skip to main
Logo Malaysiakini

KOPETRO sumbang tenaga cuci rumah mangsa banjir di Hulu Langat

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Sepasukan sukarelawan dari Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah bertandang menghulurkan bantuan tenaga kerja mencuci rumah mangsa banjir di Taman Seri Nanding, Hulu Langat. Seramai 27 orang yang terdiri daripada Ahli Lembaga Koperasi, barisan pengurusan dan kakitangan KVClean telah terlibat dalam usaha mencuci, mengemas dan membaikpulih rumah mangsa banjir yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini.

Menurut Ahmad Firdaus Bin Abu Hassan, selaku Ketua Operasi KVClean, sebuah jenama perkhidmatan penyelengaraan dan pembersihan, milik anak syarikat KOPETRO, inisiatif yang dilakukan hari ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab korporat yang wajar dilakukan oleh badan korporat seperti KOPETRO dalam waktu genting sebegini. Biarpun terpaksa menangguh kerja-kerja operasi demi menyempurnakan khidmat masyarakat hari ini, Ahmad Firdaus percaya usaha murni mereka akan diberi ganjaran yang lebih bermakna lagi.

Ahmad Firdaus menambah lagi bahawa KOPETRO amat prihatin dengan keadaan mangsa banjir yang terpaksa menghadapi dugaan ini tatkala negara masih lagi dibelenggu pandemik Covid-19. Beliau berharap usaha yang dilakukan hari ini dapat memberikan sedikit kelegaan dan meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir dalam menjalani pemulihan kehidupan harian pasca banjir.

Selain memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai dan barangan kelengkapan harian, Ahmad Firdaus juga mengalu-alukan orang ramai yang berminat untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir dengan membuat tempahan perkhidmatan pembersihan dan sanitasi dari KVClean. Diterajui oleh pakar industri yang profesional dan berpengalaman, sumbangan orang ramai kepada mangsa banjir akan dilaksanakan sebaik mungkin oleh KVClean dalam membaikpulih tempat kediaman yang rosak teruk akibat banjir baru-baru ini. Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan KVClean, orang ramai boleh hubungi talian talian 013-399 6788 atau ikuti laman media sosial:

Facebook: https://www.facebook.com/kvcleancleaningservice
Instagram: https://www.instagram.com/kvclean_cleaning


This content is provided by Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad.

Interested in having your announcements on Malaysiakini? Contact the announcements team at [email protected] or whatsapp on +60 17-323 0707 for urgent matters.