Sumbangan RM 1 juta untuk membantu mangsa banjir
Yeo Hiap Seng (Malaysia) Bhd (Yeo’s), salah satu syarikat makanan dan minuman terkemuka, dengan kerjasama Yayasan Amal Ng Teng Fong menyumbang bantuan bernilai RM1 juta kepada keluarga yang terkesan ekoran kejadian banjir baru-baru ini. Sumbangan berkenaan bertujuan untuk memulihkan semula kediaman serta kehidupan mereka yang terjejas.
Inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat, Yeo’s Helping Hands, yang berperanan untuk membantu komuniti yang memerlukan.
Gambar di atas: Program Yeo’s Helping Hands menyediakan sumbangan makanan dan bantuan lain untuk komuniti yang memerlukan
Menerusi satu kenyataan bersama, En Samuel Koh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yeo’s dan En Daryl Ng, Pengarah Yayasan Amal Ng Teng Fong, berkata, “Dalam semasa suasana yang amat mencabar, nasib mereka yang terjejas akibat banjir baru-baru ini dekat di minda dan hati kami. Ramai yang mengalami kehilangan besar. Oleh itu, Yeo’s bersama Yayasan Amal Ng Teng Fong ingin menghulurkan bantuan serta menyokong komuniti yang memerlukan. Kami sedar bahawa bantuan segera adalah amat penting agar keluarga terbabit dapat bangkit dan membina semula kehidupan mereka. Kami amat tersentuh melihat ramai individu dan organisasi memberikan respons segera sebagai cerminan kasih-sayang, keprihatinan dan kebimbangan mereka terhadap mangsa-mangsa banjir baru-baru ini. Marilah kita terus berganding tenaga dan membuat perubahan.”
Sumbangan RM1 juta ini akan disalurkan menerusi organisasi-organisasi komuniti termasuk Crisis Relief Services & Training (CREST), Methodist Crisis Relief & Development (MCRD) dan World Vision yang kini aktif membantu keluarga-keluarga terlibat menerusi pusat operasi mereka di pelbagai lokasi.
Bantuan praktikal seperti pembersihan kediaman, penyediaan barangan keperluan harian serta penilaian keperluan-keperluan lain bagi memulih kediaman dan kehidupan sedang dijalankan. Bantuan ini dilihat sebagai sumber yang bertepatan masanya bagi melengkapkan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh organisasi-organisasi tersebut.
Yeo’s Helping Hands telah dilancarkan baru-baru ini sebagai platform formal dan jentera untuk penganjuran program-program bagi membantu komuniti yang memerlukan. Pada bulan Julai lalu, inisiatif CSR ini telah menyumbang pek makanan kepada 40,000 keluarga B40, yang kebanyakannya terkesan ekoran penularan COVID-19. Sumbangan tersebut disalurkan menerusi beberapa organisasi komuniti yang terpilih.
Kandungan ini disediakan oleh Yeo Hiap Seng (Malaysia) Bhd.
Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai