Skip to main
Logo Malaysiakini

Anytime Fitness Asia memerangi stigma kesihatan mental dengan kempen “New Year, Healthy Me” pada tahun 2022

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Anytime Fitness, francais gim yang mempunyai pertumbuhan yang paling cepat di dunia, mengumumkan pelancaran kempen “New Year, Healthy Me” pada bulan Januari 2022 sebagai langkah untuk menghapuskan stigma negatif terhadap kesihatan mental di Malaysia.

Seiring dengan kesusahan psikologi yang dialami oleh negara semasa COVID-19, kempen ini menyasarkan rakyat Malaysia yang dibelenggu oleh masalah kesihatan mental dengan menggunakan kecergasan sebagai penyelesaian teras kepada kesihatan keseluruhan yang lebih baik.

Ketua Pegawai Operasi Anytime Fitness, Ryan Cheal

Sesi senaman berkumpulan

Apabila ditanya mengenai insipirasi di sebalik objektif kempen ini, Anytime Fitness telah berkata yang mereka ingin menaikkan semangat orang ramai selepas mengharungi dua tahun yang sukar. “Pandemik tersebut telah memberi kesan yang besar kepada ahli – ahli kami kerana mereka hilang kawalan penuh ke atas gaya hidup mereka dan kekecewaan kerana tidak dapat melatih sistem imunisasi mereka untuk mengekang kemungkinan jangkitan virus” jelas Ketua Pegawai Operasi, Ryan Cheal.

Menurut, Polis Diraja Malaysia, terdapat 468 kes bunuh diri yang dilaporkan pada 5 bulan pertama tahun 2021. “Ini adalah purata 3 kes sehari, dan pada kadar dua kali ganda dari tahun 2020,” kata aktivis Malaysia, Marina Mahathir. Dalam artikelnya, beliau mendakwa yang kadar kematian untuk Covid -19 mungkin lebih tinggi apabila kes bunuh diri yang disebabkan oleh krisis kesihatan mental diambilkira”.

Lantaran cabaran – cabaran yang dibawa oleh pandemik global tersebut, kempen “New Year, Healthy Me” akan memberi kesedaran kepada ahli – ahli dengan menyediakan sumber – sumber untuk memulakan perjalanan kecergasan merekan melalui webinar, syarahan dan pelbagai kelas GX yang menarik. Topik – topik akan bertumpu kepada kecergasan, kesihatan dan kesedaran.

Sesi senaman

Promosi baharu ini menawarkan peserta baharu kemudahan seperti sesi Health Optimization Program (HOP) yang percuma, serta yuran bulanan sifar sehingga akhir bulan Januari, diskaun 50% ke atas yuran penyertaan dan dua sesi latihan peribadi percuma (50-Minit satu sesi) apabila pelanggan melanggan dari kelab pilihan mereka dalam talian.

Sesi latihan senaman peribadi

Ini bermakna lebih cepat pelanggan melanggan, lebih banyak kelebihan yang dapat dinikmati oleh pelanggan dari kempen baharu ini.

Anytime Fitness merupakan salah satu francais kecergasan terbesar di dunia, dan ia telah menerima takrif peringkat #10 oleh Entrepreneur untuk kategori Top Global Franchise” dalam tahun 2021. Ia adalah satu – satunya francai kecergasan yang mempunyai kelab di kesemua 7 benua.

Latihan senaman

Ahli – ahli Anytime Fitness juga mendapat akses ke 5,000 kelab Anytime Fitness di seluruh dunia dengan kunci fob. Rakyat Malaysia boleh menikmati kempen ini dan mengalami pelbagai kelebihan seperti jurulatih peribadi yang berwibawa, kemudahan gim yang berkualiti (dari US) dan pelbagai kelas GX. Tawaran ini berakhir pada 31 Januari 2022.


Kandungan ini disediakan oleh Supernewsroom.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.