Skip to main
Logo Malaysiakini

Allianz Malaysia sambut Tahun Harimau dengan meriah

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

(Dari kanan): Ketua Pegawai Kewangan Allianz Malaysia Berhad Charles Ong, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Insurance Malaysia Berhad Joseph Gross, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad Sean Wang dan kakitangan Allianz Malaysia di Ibu Pejabat di Menara Allianz Sentral.

Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) telah meraikan Tahun Baru Cina penuh meriah dengan persembahan tarian singa di Ibu Pejabatnya di Menara Allianz Sentral yang terletak di Jalan Tun Sambanthan. Persembahan oleh Akademi Shaolin GC Showtime disertakan dengan dua ekor singa dan adat tradisi choi cheng, atau “memetik daun hijau”, dimana singa akan memetik daun salad yang bertuah. “Kami berasa sangat gembira kerana dapat menyambut Tahun Baru Cina dengan persembahan tarian singa tahun ini. Kami sentiasa menantikan sambutan seperti ini untuk memberikan semangat baharu dan berharap untuk tahun yang lebih positif. Allianz Malaysia mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat semua rakyat Malaysia. Semoga Tahun Harimau ini bakal memberikan anda kejayaan yang luar biasa, dan diberikan kesihatan, kekayaan dan kebahagiaan yang baik,” kata Sean Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia.


Kandungan ini disediakan oleh Allianz Malaysia Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.