Skip to main
Logo Malaysiakini

Allianz General: Rakyat Malaysia bukan kurang diberi perkhidmatan tetapi sangat kurang diinsuranskan

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Kejadian banjir baru-baru ini telah mendedahkan kekurangan negara dalam menangani bencana alam dan perancangan bandar dan telah menimbulkan persoalan tentang perlindungan insurans dan jika rakyat Malaysia kurang diberi perkhidmatan.

Pada waktu ini, insurans untuk kediaman atau kenderaan boleh dibeli terus dari penanggung insurans (di kaunter atau atas talian), melalui pengantara seperti ejen, atau melalui platfom seperti Pos Malaysia, pasaran insurans atas talian, atau syarikat rintisan insurtech.

“Di Malaysia, kita ada pilihan untuk produk insurans dan bagaimana kita membeli insurans. Jadi, ia bukan tentang tiada perkhidmatan. Walau bagaimanapun, kita bersalah dalam memilih untuk tidak mengambil perlindungan banjir (insurans kediaman), perlindungan cermin hadapan, ataupun peril khas (perlindungan dari tanah runtuh, banjir, dan bencana alam lain) Ketika membeli insurans kereta, semuanya untuk polisi yang lebih murah. Ini yang mengakibatkan rakyat Malaysia kurang dilindungi,” kata Sean Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General).

“Banjir baru-baru ini telah membuktikan keperluan terhadap insurans – lebih-lebih lagi jika kita mempunyai aset yang perlu dilindungi. Kita perlu menghentikan kitaran penjimatan dalam membeli polisi insurans. Jika tidak, kita akan berisiko untuk terus kurang diinsuranskan dan merugikan diri sendiri,” tambah Sean.

Allianz General melaporkan hanya 11 peratus atau dalam 123,000 dari 1.11 juta pelanggan memilih perlindungan peril khas dalam perlindungan komprehensif kereta persendirian pada 2021. Walau bagaimanapun, berikutan banjir tahun lalu, Syarikat telah menyaksikan kadar pengambilan sebanyak 22 peratus atau dalam 15,000 dari 68,000 pelanggan (baharu dan pembaharuan) antara 1 hingga 17 Januari 2022. Untuk insurans motosikal, Allianz mempunyai perlindungan peril khas untuk produk Allianz Motorcycle Plus, yang dilancarkan pada 2019, tanpa cas tambahan kepada pelanggan.

Selain itu, untuk banjir, Allianz General telah menyediakan bantuan penundaan kepada 1,590 kenderaan pelanggan yang terkesan akibat banjir sehingga 16 Januari 2022, dengan hanya 193 kenderaan (178 kenderaan persendirian dan 15 motosikal) mepunyai perlindungan banjir yang sah sebagai sebahagian dari polisi insurans mereka.

“Isu terbesar kita ialah kebergantungan kita kepada kerajaan, NGO, dan syarikat korporat Malaysia untuk menyediakan jaringan keselamatan ketika menghadapi bencana besar seperti banjir. Tetapi, hakikatnya, apabila ditimpa tragedi dan berdepan dengan situasi dimana tiada pampasan atau kemampuan untuk menggantikan aset yang rosak, pada ketika itulah realiti keperluan insurans akan dirasakan,” kata Sean.

“Ia bukan sebuah situasi yang diinginkan. Kita harus memahami kombinasi buruk antara salah faham dan kejahilan. Rakyat Malaysia harus faham yang mereka mempunyai tanggungjawab dalam mendapatkan perlindungan yang mencukupi, dan perlindungan yang tepat untuk aset mereka mengikut kemampuan mereka,” tambah Sean.

Untuk meningkatkan pengambilan insurans, kerajaan melancarkan Program Baucar Perlindungan Tenang pada September tahun lalu, menawarkan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang layak dengan baucar RM50 untuk tahun 2021 dan jumlah baucar seterusnya meningkat kepada baucar RM75 pada 2022 untuk ditebus buat pembelian pelan insurans mampu milik di bawah inisiatif Perlindungan Tenang.

Di bawah Inisiatif Perlindungan Tenang, Allianz General kini menawarkan Allianz KampungKu (insurans kediaman untuk rumah kampung atau isi kandungan rumah dari risiko kebakaran, banjir dan rebut), Allianz PerlindunganKu (kemalangan peribadi), dan Allianz Kasih Hayat (insurans hayat).

Untuk maklumat lanjut tentang Program Baucar Perlindungan Tenang dengan Allianz Malaysia, layari allianz.com.my/personal/whats-new/perlindungan-tenang-voucher-programme.html.


Kandungan ini disediakan oleh Allianz Malaysia Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.