Skip to main
Logo Malaysiakini

Monsta melangkah masuk ke dunia Metamesta menerusi Mad Mecha, dibawakan eksklusif ke The Sandbox

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

The Sandbox, anak syarikat Animoca Brands yang juga peneraju platform metamesta NFT telah mengumumkan kerjasama dengan Monsta, syarikat yang terkenal dengan animasi BoBoiBoy dan Mechamato, untuk membawakan permainan eksklusif Mad Mecha dalam dunia metamesta, The Sandbox. Mad Mecha bakal menjanjikan akses ke dunia maya penuh interaktif bertemakan robot berteknologi canggih yang boleh diubahsuai mengikut citarasa para pemain.

The Sandbox mencantumkan taman hiburan dan hartanah digital demi mendukung sepenuhnya idea metamesta sebagai ruang digital yang boleh dikongsi tanpa had imajinasi di antara dunia maya dan permainan secara interaktif seperti dunia Ready Player One

Monsta kini berdiri bersama-sama lebih dari 165 kerjasama jenama terkemuka di The Sandbox seperti The Walking Dead, Snoop Dogg, deadmau5, Richie Hawtin, The Smurfs, Care Bears, Atari, ZEPETO dan CryptoKitties, yang kesemuanya telah menjejak langkah ke dalam dunia metamesta The Sandbox dengan membawakan visi untuk memperkasakan para pemain untuk mencipta pengalaman tersendiri menggunakan watak dan dunia popular yang terkenal. Menerusi Mad Mecha, pengguna dan pemain akan dapat mencipta pengembaraan mereka tersendiri dengan menampilkan watak, barangan, peralatan, dan aset digital hiasan untuk pameran dunia maya.

Sebagai langkah pertama bagi membawa Mad Mecha ke dalam metamesta The Sandbox, The Sandbox akan memberikan peluang kepada pengguna untuk mendapatkan unit hartanah maya berhampiran tapak eksklusif Monsta dalam dunia metamesta mereka demi membolehkan peminat dan pemain berasa lebih dekat dengan jenama kesayangan mereka.

Dunia ‘Chaos’ Mad Mecha Membuat Kemunculan Global Pertama di The Sandbox

Monsta ialah syarikat media watak Malaysia yang terkenal dengan ikon-ikon popular seperti Mechamato, BoBoiBoy, Papa Pipi dan Fly With Yaya. Syarikat ini juga memiliki salah satu rangkaian YouTube kanak-kanak dan keluarga yang terbesar di Asia Tenggara dengan lebih 18 juta pelanggan dan 40 juta pelawat unik setiap bulan. 

Dalam mengorak langkah baharu di ruangan digital, Monsta akan memasuki dunia metamesta The Sandbox dengan harta intelek terbaharu Mad Mecha sebuah dunia permainan maya yang direka secara eksklusif untuk The Sandbox. Sebagai bonus untuk peminat, Mad Mecha juga akan menampilkan beberapa elemen dan watak daripada siri animasi terbaru Monsta, Mechamato, yang baru sahaja dikeluarkan secara rasmi di saluran Cartoon Network APAC, Korea, Hong Kong, Taiwan, Australia dan New Zealand pada Disember tahun lepas dan bakal muncul di Jepun pula pada Mac ini.

Apakah Monsta Mad Mecha?

Mad Mecha adalah permainan ‘video game’ terbaharu yang dicipta secara eksklusif untuk dunia metamesta. Mad Mecha telah membuat kemunculan sulungnya di dunia platform digital The Sandbox.

Permainan video ini akan membawa para pengguna ke dunia berteknologi tinggi yang dihuni oleh robot buangan; robot berbahaya bernama ‘Mad Mecha’ yang bebas berkeliaran. Cabaran kepada pemain adalah dengan membantu ‘Mad Mecha’ berlawan demi kebebasan mereka. Pemainan akan dapat mengemudi bandar robot berbahaya itu juga dapat menyertai aktiviti menarik seperti pertandingan di ‘Robo-Games’ di koloseum dunia Mad Mecha.

Pertempuran epik menanti para pemain di ‘Quest Zone’, di mana pemain akan menerima bahagian-bahagian daripada musuh ‘Mad Mecha’ yang dikalahkan. Pemain juga boleh menyelamatkan  ‘Mad Mecha’ yang baik dan mesra. Pemain perlu menggunakan fungsi ‘Workshop’ untuk memasang bahagian yang dimiliki untuk mencipta dan mengubahsuai robot baharu yang bakal menjadi juara pertarungan dalam mod pemain-lawan-pemain (PVP) di ‘Battle Zone’ .

Mad Mecha yang dicipta di dalam metamesta The Sandbox akan menampilkan aset digital rekaan eksklusif dari Monsta untuk dikumpulkan; termasuk barisan avatar robot unik yang kemudiannya boleh dipilih di dalam permainan video ini dengan kebolehan pertempuran istimewa masing-masing. Pelbagai cabaran dibina dalam Mad Mecha, ia bakal memberi ganjaran lebih banyak kepada pemain selepas lengkap setiap misi. Pelbagai aset baharu juga menanti pemilik LAND seperti aset Mad Mecha, NPC, bangunan dan prop untuk membina Mad Mecha City mereka sendiri.

Petikan Kata-Kata dari Sebastien Borget (COO dan Co-Founder untuk The Sandbox)

“Kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan Mad Mecha, harta intelek baharu dari Monsta ke dalam metamesta The Sandbox. Kami berharap kerjasama ini dapat menarik peminat baharu dari Asia Tenggara ke dunia permainan maya kami, dan para pemain akan mencipta pengembaraan dan interaksi yang menarik dengan watak-watak kegemaran mereka,” kata Sebastien Borget, COO dan Pengasas Bersama The Sandbox.

Petikan Kata-Kata dari Kee Yong Pin (Chief Operating Officer di Monsta)

“Kami amat teruja untuk membawa projek Mad Mecha ke dalam permainan metamesta The Sandbox. Kami percaya bahawa Mad Mecha mempunyai potensi untuk melangkah jauh dalam platform ini dangan wujudnya komuniti online yang begitu bersemangat dan penuh dedikasi untuk dunia metamesta. Ia akan memberikan pengalaman yang unik buat peminat sedia ada kami, dan juga peminat baharu kerana projek ini memang sangat berbeza daripada projek-projek kami yang sebelum ini,” kata Kee Yong Pin, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Operasi Monsta untuk projek Mad Mecha.

Tambah beliau, "Kami tidak sabar untuk memperkenalkan barisan robot koleksi bergaya kami di dalam Mad Mecha. Kami mempunyai banyak idea-idea menarik dan akan terus berusaha untuk menghasilkan pelbagai koleksi digital yang unik untuk komuniti di platform The Sandbox.”


Kandungan ini disediakan oleh Animonsta Studios Sdn. Bhd..

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.