Skip to main
Logo Malaysiakini

BlueDuck kini berubah kepada komersial dengan penyelesaian sifar deposit untuk kedai rangkaian

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Syarikat permulaan fintech tempatan BlueDuck telah melancarkan produk terbaharunya, BlueDuck Smart Commercial, yang diunderaitkan oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) pada hari ini.

Inisiatif ini mengembangkan perniagaan BlueDuck, yang boleh dimanfaatkan oleh pelbagai kelompok pelanggan termasuk hartanah kediaman dan komersial. BlueDuck Smart Commercial berfungsi sebagai piawaian terbaharu yang menawarkan pasaran sewaan dengan alat yang boleh diharapkan dan mudah serta penggantian yang boleh digunakan untuk deposit sewaan konvensional, dan pada masa yang sama, membantu perniagaan-perniagaan untuk memperbaiki aliran tunai mereka dalam tempoh pasca pandemik ini.

Selain itu, pelanggan BlueDuck juga boleh memanfaatkan fungsi terbaharu, yang dikenali sebagai Profil Penyewa BlueDuck. Mirip dengan sebuah “resume”, penyewa boleh menekankan kelayakan mereka untuk menarik minat bakal tuan tanah, tanpa perlu berkomunikasi secara bersemuka atau secara maya, dan juga menjadi rujukan tuan tanah untuk meyakinkan mereka yang bakal penyewa mempunyai kelayakan yang betul. Yang paling penting, ini membantu mencipta pengalaman pengguna yang realistik tetapi yang ditambahbaik dengan membina kelayakan dan mempromosikan ketelusan sepanjang perjalanan pengguna. 

“Matlamat BlueDuck adalah untuk menggunakan kemajuan teknologi dan membangunkan penyelesaian fintech yang menyeluruh dan inovatif untuk pasaran hartanah tempatan, yang boleh digunakan dan mampu milik untuk kedua-dua tuan tanah dan penyewa. Dengan penyelesaian BlueDuck, semua orang mampu untuk menyewa secara tempatan selari dengan kemampuan mereka tanpa perlu mengeluarkan jumlah yang besar untuk deposit. Oleh itu, dengan bangganya, BlueDuck menjenamakan perkhidmatan mereka memenuhi keperluan pelanggan dan ingin memudahkan, menpercepatkan transaksi serta memastikan keselamatannya,” kata Earnest Wong, Ketua Pegawai Eksekutif.

Sejak pelancaran Penyelesaian Sifar Deposit untuk hartanah kediaman pada tahun 2020, BlueDuck telah mencapai beberapa kejayaan seperti:

  1. Langganan Deposit Sifar BlueDuck telah meningkat pada kadar pertumbuhan purata 64.83 peratus sebulan

  2. BlueDuck telah mencapai RM5 juta sejak bulan Ogos 2020, dengan kadar pertumbuhan purata 28.8 peratus sebulan

  3. Lebih daripada 75 peratus tuan rumah menerima bayaran sewaan mereka pada masa yang tepat setiap bulan menggunakan BD Pay – sebuah khidmat Debit Langsung oleh FPX

Tambahan pula, BueDuck percaya BlueDuck Smart Commercial akan mencorakkan ekosistem sewaan yang mantap, yang akan memudahkan operasi antara pemilik hartanah dan meningkatkan capaian kepada penyewa untuk menikmati sewaan tanpa deposit yang mudah.

“Dengan pemulihan dari pandemik yang sedang rancak dalam negara, penggunaan BlueDuck Smart Commercial adalah tepat pada masanya untuk menyokong pemilik perniagaan tempatan dengan teknologi digitalnya yang inovatif dan mengurangkan unit komersial kosong dalam industri hartanah. Pelancaran produk ini juga membantu peruncit dan PKS untuk memperbaiki aliran tunai dan mengembangkan perniagaan pada yang sama,” kata Caleb Khoo, Pengarah BlueDuck. 

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Sean Wang, berkata: “Sebagai penanggung insurans, fokus kami adalah menyediakan produk dan perkhidmatan yang bukan hanya memberikan perlindungan yang relevan tetapi memberikan kelainan yang bermakna untuk pelanggan kami. Dalam dua tahun lalu, kita telah menyaksikan kesan COVID-19, dan kami bersedia untuk menyokong peruncit dan PKS dalam pemulihan pasca-pandemik mereka. Kami berbesar hati dapat berkerjasama dengan BlueDuck dan menyediakan sebuah pengalaman positif untuk penyewa dan tuan tanah pada masa yang sukar”.


Kandungan ini disediakan oleh Allianz Malaysia Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.