Skip to main
Logo Malaysiakini

TNBX meterai Perjanjian Kerjasama Tiga Pihak Bersama Allianz General, Anora untuk menawarkan SuriaShielf bagi pengguna PV Solar

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

TNBX Sdn Bhd (TNBX), sebuah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Tenaga Nasional Bhd, telah memulakan sebuah Kerjasama bersama Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) dan Agensi Anora (Anora) untuk menawarkan SuriaShield™ sebuah jenama yang dimiliki bersama oleh TNBX dan Agensi Anora, kepada  pengguna fotovoltaik (PV) solar di Malaysia. 

Perjanjian Kerjasama Tiga Pihak telah ditandatangani oleh Pengarah Urusan TNBX Ir. Nirinder Singh Johl, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General Sean Wang dan Ketua Pegawai Eksekutif Anora Samuel Soon. Kerjasama antara Allianz General dan Anora adalah untuk mengembangkan dan mengunderaitkan SuriaShield™ untuk TNBX, yang akan dipasarkan dan boleh dibeli di mana-mana saluran yang digunakan oleh TNBX.

SuriaShield™ ialah insurans PV solar kediaman mampu milik yang menawarkan perlindungan 360° komprehensif, pembaikan dan pemulihan tanpa tunai, dan pampasan pendapatan atau simpanan ketika berlaku kerosakan sistem. 

Ir. Nirinder, Pengarah Urusan TNBX, percaya Kerjasama ini akan memacu tawaran nilai yang lebih baik untuk pemilik PV solar serta menyediakan perlindungan penuh untuk aset PV mereka. 

“Dengan lebih ramai orang yang memilih tenaga elektrik solar, pasaran untuk insurans solar akan berkembang. TNBX akan terus berusaha untuk memperkenalkan penyelesaian baharu untuk menambah baik pengalaman pelanggan dan mempromosikan perkembangan tenaga yang boleh diperbaharui di Malaysia,” kata Ir. Nirinder.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad dan anak syarikatnya Allianz General, Sean, percaya bahawa Kerjasama ini adalah sebuah langkah yang mengujakan untuk Syarikat dengan usaha berterusannya mencapai matlamat menjadi pemain utama dalam membina masa depan yang lestari. 

“Sebagai penanggung insurans, kami mempunyai peranan yang penting dalam meneraju penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui dan menyokong minat untuk bertukar kepada tenaga solar. Melalui Kerjasama berterusan bersama Anora, kami menawarkan perlindungan komprehensif untuk pemilik PV solar, dan kini dengan TNBX, kami mempunyai akses untuk sebuah lagi saluran dan peluang untuk berkhidmat kepada kumpulan pelanggan yang baharu,” kata Sean. 

“Kerjasama Tiga Pihak bersama TNBX dan Allianz General ialah sebuah pencapaian yang penting dalam industri solar. Kami sangat berbesar hati dan berbangga dengan Kerjasama bersama TNBX, sebuah penyedia penyelesaian untuk tenaga yang boleh diperbaharui dan tenaga yang efisien, dan Allianz General, penanggung insurans am yang terbesar di Malaysia, untuk menawarkan SuriaShielf. Pelancaran SuriaShield adalah sangat bertepatan dengan aliran masa kini yang memenuhi keperluan FIT yang sedia ada dan NEM yang kian meningkat dan Suria Shield akan menjadi pemudah untuk pasaran solar tempatan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Anora, Samuel Soon.

Bersempena dengan pelancaran rasmi SuriaShield, TNBX, dengan Kerjasama Anora, akan memberikan perlindungan kemalangan diri RM10,00 percuma untuk setahun yang diunderaitkan oleh Allianz General untuk 1,000 pelanggan SuriaShield yang pertama. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang SuriaShield, layari suriashield.tnbx.com.my/home.


Kandungan ini disediakan oleh Allianz Malaysia Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.