Skip to main
Logo Malaysiakini

Sambutan hangat untuk Profesor Koko dengan kerjasama Monsta

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Baru-baru ini, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) serta Lembaga Koko Malaysia (LKM) telah melancarkan iklan video komersial berasaskan ikon terbaharu mereka, Profesor Koko yang berganding bahu dengan watak animasi terkenal BoBoiBoy untuk menyampaikan mesej mesra pengguna dan mudah difahami oleh semua golongan masyarakat tentang khasiat KOKO Malaysia.

Iklan komersial LKM bersama Marketing Agency & Distribution MONSTA (MADMONSTA) itu telah pun mencecah setinggi 1.5 juta tontonan sejak dimuatnaik ke laman portal rasmi MonstaYoutube pada tiga minggu yang lalu. Iklan tersebut turut ditayangkan di stesen-stesen televisyen tempatan.

Bercakap tentang hubungkait BoBoiBoy dan KOKO yang telah menjurus ke arah kerjasama bersama LKM ini, Pengarah MADMONSTA, Faiz Zainal Aabidin berkata, “KOKO merupakan elemen utama dalam penceritaan awal BoBoiBoy dimana kami mengambil KOKO sebagai satu sumber tenaga yang amat penting dan diburu oleh makhluk asing seperti Adu Du di luar planet bumi.”

“Dari penceritaan dalam dunia fantasi, sebenarnya BoBoiBoy telah berjaya menaikkan imej KOKO sebagai salah satu komoditi utama negara ke peringkat global apabila berjaya menembusi lebih 70 buah negara di pasaran antarabangsa,” ujarnya dengan lebih lanjut.

Monsta berharap kerjasama bersama LKM ini akan dapat memberikan impak positif terhadap industri koko negara terutama sekali kepada golongan kanak-kanak, bukan sahaja di Malaysia bahkan juga di peringkat serantau. Secara tidak langsung dengan kolaborasi ini, Monsta berharap penonton dari serata dunia akan mengetahui tentang kualiti koko yang diproses dan dihasilkan di Malaysia ini mempunyai gred yang amat tinggi, setanding dengan koko keluaran negara asing.

MYChocolate Fest di SHOPEE: http://bit.ly/MYChocolate
Portal Rasmi Koko.my: https://portalduniaku.koko.my/
Prof.Koko ‘fanarts’ oleh para penonton: Prof.Koko Fanarts di Twitter


Kandungan ini disediakan oleh Animonsta Studios Sdn Bhd.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.