Skip to main
Logo Malaysiakini

Allianz Malaysia capai keputusan yang berdaya tahan pada tahun 2021; catat RM5.69 bilion GWP

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Kumpulan Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) hari ini telah mengumumkan keputusan untuk tahun kewangan 2021. Kumpulan telah mengakhiri tahun 2021 dengan pertumbuhan Premium Bertulis Kasar (GWP) sebanyak 7.2 peratus kepada RM5.69 bilion berbanding RM5.31 bilion pada tahun sebelumnya. Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) menurun sebanyak 14.3 peratus kepada RM625.6 juta pada 2021 berbanding RM729.6 juta pada tahun 2020. Jumlah Aset Keseluruhan Kumpulan meningkat 8.0 peratus kepada RM23.64 bilion pada tahun 2021 berbanding RM21.90 bilion pada 2020. 

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Sean Wang, berkata: “Tahun 2021 sangat mencabar, kita menghadapi pembukaan semula ekonomi dan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara dan berdepan dengan cabaran apabila negara dilanda dengan banjir yang teruk pada bulan Disember 2021. Dalam menghadapi cabaran tersebut, perniagaan insurans am dan hayat kami kekal laras kepada perubahan dan bangkit kembali untuk mencapai keputusan keseluruhan berdaya tahan, dengan GWP kasar dan pendapatan pelaburan yang lebih tinggi, walaupun dengan sumbangan keuntungan yang lebih rendah dalam segmen insurans hayat. Kedayatahanan akan kekal menjadi kunci untuk terus berkembang dalam perniagaan, dan kami kekal fokus pada matlamat kolektif untuk mengatasi pencapaian pasaran dan terus membina perniagaan yang menguntungkan pada tahun 2022.”

Allianz General bangkit semula, raih RM2.43 bilion GWP

Anak syarikat insurans am AMB; Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) meraih RM2.43 bilion GWP pada tahun 2021 berbanding RM2.36 bilion pada tahun 2020, peningkatan sebanyak 3.2 peratus. Keuntungan Pengunderaitan meningkat sebanyak 9.1 peratus kepada RM257.1 juta pada tahun 2021 daripada RM235.6 juta pada tahun 2020. PBT meningkat sebanyak 1.2 peratus pada tahun 2021 kepada RM437.2 juta daripada RM432.1 juta pada tahun sebelumnya. Aset Keseluruhan meningkat 7.1 peratus kepada RM7.36 bilion pada tahun 2021 daripada RM6.87 bilion pada tahun 2020 sementara Nisbah Gabungan pada 2021 bertambah baik kepada 87.8 peratus berbanding 88.4 peratus pada tahun 2020. 

“Pada permulaan tahun 2021, terdapat petanda yang penuh harapan untuk pemulihan ekonomi, tetapi tahun 2021 telah menjadi salah sebuah tahun yang paling mencabar untuk kami buat masa ini apabila kami cuba menangani kerugian yang disebabkan oleh tuntutan yang besar pada bulan Mei, penjualan kereta yang rendah berikutan perintah kawalan pergerakan pada bulan Jun, dan banjir buruk yang berlaku pada bulan Disember. Walaupun begitu, kami telah meraih PBT yang lebih tinggi daripada keuntungan pengunderaitan yang lebih tinggi dan nisbah gabungan 87.8 peratus adalah keputusan yang positif,” tambah Sean, yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General. 

GWP tahun penuh Allianz Life meningkat kepada RM3.26 juta; tempat keempat di pasaran

Anak syarikat insurans hayat Kumpulan; Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) mengakhiri 2021 dengan merekodkan 10.5 peratus pertumbuhan GWP kepada RM3.26 bilion pada tahun 2021 daripada RM2.95 bilion pada 2020. Premium Perniagaan Baharu (ANP) meningkat sebanyak 29.2 peratus pada tahun 2021 kepada RM687.2 juta daripada RM531.8 juta pada tahun 2020. PBT menurun sebanyak 28.6 peratus pada tahun 2021 kepada RM220.5 juta berbanding RM308.7 juta pada tahun sebelumnya. Selain itu, Aset Keseluruhan meningkat 8.7 peratus kepada RM15.63 bilion pada tahun 2021 daripada RM14.37 bilion pada tahun 2021. Berdasarkan statistik Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) pada tahun 2021, Allianz life berada di tempat keempat dalam segmen insurans hayat, mencatatkan peningkatan 9.0 peratus bahagian pasaran pada 2021 daripada 7.7 peratus pada 2020.  

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life, Joseph Gross, berkata: “Belajar untuk menyesuaikan diri dan menjadi fleksibel untuk beroperasi dalam keadaan pasaran yang sukar membolehkan kami untuk kekal cekal dan menangani cabaran yang dihadapi. Kesemua saluran pengagihan utama kami – agensi, bankasurans dan Manfaat Kakitangan – telah berjaya meraih 29.2 peratus pertumbuhan dalam ANP pada 2021, yang telah menjurus kepada peningkatan bahagian pasaran dan berada di tempat keempat dalam segmen insurans hayat sementara kami terus menunjukkan kedayatahanan dan mengutamakan pelanggan. Penurunan PBT untuk tahun tersebut sekali lagi diakibatkan oleh peruntukan tuntutan yang lebih tinggi dan kerugian nilai saksama yang lebih tinggi dalam pelaburan. Pada masa hadapan, kami akan terus menggunakan strategi yang telah membenarkan kami untuk kekal tangkas dalam menyampaikan produk dan perkhidmatan yang berkualiti untuk pelanggan kami, dan pada yang sama terus melakar perkembangan perniagaan.”

Allianz Malaysia diiktiraf untuk pertumbuhan PBT yang tertinggi dalam tiga tahun

Allianz Malaysia telah memenangi anugerah The Edge Billion Ringgit Club (BRC) Perkhidmatan Kewangan (modal pasaran bawah RM10bilion) pada tahun lalu dengan pertumbuhan PBT tertinggi dalam tiga tahun, di Anugerah Korporat & The Edge Billion Ringgit Club 2021. 

Anugerah tersebut merupakan anugerah BRC ketiga Syarikat. Sebelum ini, Syarikat telah dianugerahkan ‘Best Corporate Responsibility (CR) Initiatives’ untuk syarikat-syarikat (modal pasaran bawah RM10bilion) pada tahun 2014 dan 2017. 

“Penganugerahan ‘pertumbuhan keuntungan selepas cukai tertinggi dalam tiga tahun’ merupakan pencapaian yang sangat kami banggakan. Memandangkan beberapa tahun lepas cabaran yang dihadapi adalah tidak dijangka dan sukar, anugerah ini ialah bukti kepada usaha konsisten kakitangan dan rakan pengagihan kami untuk tiga tahun ini yang telah membolehkan Syarikat untuk kekal berdaya tahan dan terus menyampaikan keputusan positif untuk pemegang sahamnya,” kata Sean. 

Senarai keahlian The Edge BRC menampilkan syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dengan sekurang-kurangnya RM1 bilion modal pasaran (setakat 31 Mac setiap tahun). Setiap ahli dinilai dalam petumbuhan keuntungan, pulangan untuk pemegang saham, dan komitmen tanggungjawab korporat (CR), dan lain-lain, semuanya mencapai tahap bilion ringgit. Keputusan The Edge BRC diaudit oleh Deloitte Malaysia.


Kandungan ini disediakan oleh Allianz Malaysia Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.