Skip to main
Logo Malaysiakini

eBOSS, Allianz dan PolicyStreet bekerjasama untuk menawarkan perlindungan kepada pemilik-pemilik rumah

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Aplikasi komuniti serbaguna, myLivin’ Home (pernah dikenali sebagai myliving.mylife) yang merupakan platform pengurusan hartanah dibawah Produk siri myLivin’ eBOSS Technology Sdn. Bhd. telah mengumumkan kerjasamanya dengan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) dan PolicyStreet.com untuk menyediakan perlindungan bagi pemilik-pemilik rumah yang membuat pembayaran Yuran Penyelenggaraan & Dana Pembaikan secara digital menerusi platform myLivin’ Home.

Kini menyediakan perkhidmatan kepada lebih daripada 100 ahli komuniti dengan penyelesaian pengurusan hartanah secara digitalnya, eBOSS berhasrat untuk membantu komuniti tersebut menyelesaikan masalah kadar pengumpulan yuran penyelenggaraan mereka yang rendah. Antara isu-isu yang berkaitan adalah penipuan dan transit tunai, ketidakselesaan dalam membuat pembayaran, dan kesilapan manusia dalam transaksi pembayaran. Sejak dua tahun yang lalu, platform myLivin’ Home telah membantu komuniti-komuniti untuk mengumpul Yuran Penyelenggaraan & Dana Pembaikan secara atas talian, termasuklah semasa PKP dimana pejabat pengurusan hartanah ditutup akibat kes-kes COVID-19. Terdapat peningkatan tinggi dalam pembayaran yang dibuat secara digital menerusi platform myLivin’ Home semasa PKP tersebut. Kadar pengumpulan secara atas talian juga telah memperoleh peningkatan bulan demi bulan sebanyak 30 peratus sejak dua tahun lepas.

Menerusi kerjasama digital dan strategiknya dengan Allianz General dan PolicyStreet.com, eBOSS telah mengumumkan nilai tambahannya kepada pemilik-pemilik rumah yang telah menukarkan aktiviti pembayaran mereka kepada platform myLivin’ Home. Berkuatkuasa 1 Februari 2022, pemilik-pemilik rumah yang telah membuat pembayaran melalui platform myLivin’ Home akan menerima perlindungan secara automatik untuk Yuran Penyelenggaraan dan Dana Pembaikan Hartanah mereka sekiranya berlaku Kematian Tidak Sengaja atau Kehilangan Upaya Kekal, dengan nilai perlindungan sehingga RM16K.

eBOSS merupakan yang pertama didalam pasaran industri pengurusan hartanah yang menyediakan perlindungan tersebut. Mereka percaya bahawa perkhidmatan tambahan itu mampu menggalakkan lebih banyak lagi aktiviti pembayaran secara atas talian dan sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap pembayaran  secara manual. Ia juga mampu mengurangkan risiko kehilangan Yuran Penyelenggaraan bagi pihak JMB/MC sekiranya berlaku kemalangan terhadap pemilik-pemilik rumah.

“Kami berbangga untuk menolong industri ini untuk menyelesaikan masalah besar berkaitan dengan kadar pengumpulan yuran penyelenggaraan yang rendah. Pembayaran secara digital telah terbukti digunapakai di dalam industri ini terutamanya semasa PKP. eBOSS amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Allianz General dan PolicyStreet.com untuk projek ini. Kami percaya inisiatif ini akan menyaksikan lebih banyak peralihan transaksi pembayaran kepada digital di dalam industri Pengururusan Hartanah. Kami senang hati dengan sokongan yang diberikan oleh Allianz General dan kerjasama kami dengan rakan kongsi teknologi insurans kami, PolicyStreet.com dalam memudahkan keseluruhan projek ini,” kata Angela Kew, KPE eBOSS Technology Sdn. Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General, Sean Wang berkata bahawa syarikat tersebut sentiasa mencari rakan-rakan kongsi yang mampu mempelbagaikan lagi medium untuk Allianz General menawarkan produk dan perkhidmatan mereka kepada pelanggan.

“Matlamat kami adalah untuk menjalinkan perkongsian yang saling menguntungkan, dengan rakan-rakan kongsi yang amat mementingkan keutamaan pelanggan. Allianz General sentiasa berpegang pada prinsip ini dan akan terus menekankan perkara tersebut. Perkongsian kami bersama eBOSS dan PolicyStreet.com ini adalah buktinya,” kata Sean.

“Kami senang hati untuk menyediakan penyelesaian perlindungan yang inovatif untuk rakan kongsi kami, myLivin’ Home bagi memberikan kelegaan minda kepada pemilik-pemilik rumah yang menggunakan platform pengururan hartanah itu. Kami berusaha untuk memastikan insurans akan kekal relevan untuk pelbagai keperluan gaya hidup. Perkongsian bersama myLivin’ Home dan Allianz ini adalah salah satu contohnya,” kata Wilson Beh, Pengasas Bersama PolicyStreet.com

Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi https://living.my/Resident/AboutUs


Kandungan ini disediakan oleh Allianz Malaysia Berhad.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.