Skip to main
Logo Malaysiakini

SWCorp memanfaatkan transformasi digital untuk mencapai sasaran kitar semula sebanyak 40% menjelang 2025

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menyifatkan pencapaian mengagumkan tahun lalu sebanyak 30% dalam kadar kitar semula adalah daripada penggunaan teknologi sistem maklumat geografi (GIS) dalam operasinya. 

“Jumlah pengumpulan bahan kitar semula pada Mei 2021 mencatatkan sebanyak 307.63 tan – peningkatan sebanyak 89% (163.15 tan) berbanding pada Mei 2020.  Menerusi trend yang positif ini, SWCorp yakin dengan sasaran sebanyak 40% kadar kitar semula menjelang 2025,” kata Ismail Mokhtar, Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp.

Menurut Ismail, ia mampu dilaksanakan melalui transformasi digital operasi SWCorp bermula dengan pelaksanaan Waste Executive Geographic Information System (WEGIS), platform GIS SWCorp pada tahun 2019.

WEGIS adalah aplikasi yang direka untuk meningkatkan produktiviti SWCorp menerusi kaedah pengurusan dan pemantauan operasi berdasarkan akses data berperingkat tinggi. WEGIS merupakan aplikasi yang interaktif dan mesra pengguna bertujuan untuk menambah baik fungsi teknologi sedia ada untuk membantu SWCorp dalam menjalankan peranannya sebagai peneraju kebersihan negara.

Beliau menjelaskan bahawa idea WEGIS sebagai satu keperluan untuk menambah baik pemantauan operasi di kawasan perkhidmatan tiga syarikat konsesi SWCorp – E-Idaman Sdn Bhd, Alam Flora Sdn Bhd dan SWM Environment Sdn Bhd – di tujuh negeri.

"Walaupun SWCorp mempunyai proses sedia ada untuk menyokong operasi semasa, ia memerlukan jangka masa yang lama dan kos yang tinggi. Kami mendapati bahawa kawasan di bawah seliaan syarikat konsesi terlalu luas dengan keupayaan logistik sedia ada,” kata Ismail. “Kami menangani cabaran ini dengan menjalin kerjasama erat dengan Esri Malaysia bagi mengintegrasikan data di seluruh organisasi, termasuklah data daripada peranti pengesan yang dipasang pada kompaktor, dan platform pemetaan yang dinamik.

Hasilnya, sebuah pusat portal (one-stop portal) yang membolehkan kakitangan SWCorp untuk mengakses data dengan mudah pada bila-bila masa, di mana sahaja, dan paling penting, ia menyediakan tahap kesedaran yang lebih tinggi terhadap operasi, aset dan kawasan konsesi SWCorp. Sebagai tambahan, WEGIS turut mengurangkan penggunaan kertas sejak pendigitalan digunakan dalam sebahagian besar aliran kerja mereka.

Walaupun WEGIS baharu dilaksanakan dalam tempoh dua tahun, SWCorp telah meraih pelbagai anugerah dalam industri pengurusan sisa pepejal termasuklah Anugerah GeoInovasi Esri Malaysia, yang mengiktiraf penggunaan inovasi teknologi geospatial bagi menangani cabaran semasa. 

SWCorp akan terus meningkatkan kemampuan WEGIS termasuklah mengoptimumkan sistem i-Jadual (jadual kutipan sisa pepejal oleh syarikat konsesi) dan Laporan Siap Kerja (LSK) disepadukan dengan sistem bayaran bagi meningkatkan kecekapan bayaran.


Kandungan ini disediakan oleh Esri Malaysia.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.