Skip to main
Logo Malaysiakini

Manforce Group meterai MoU dengan SAY untuk memperkasakan tenaga kerja golongan belia

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

Manforce Group Berhad (“Syarikat”) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Selangor Youth Community (SAY) untuk membangunkan kerjasama strategik bagi memperkasakan tenaga kerja belia tempatan.

Di bawah MoU tersebut, Manforce akan menjadi rakan kongsi pekerjaan kepada Program  TEAM Malaysia yang akan memperkenalkan anak-anak muda lepasan program tersebut  menyalurkan program kepada pelanggan  , seperti syarikat yang terlibat dalam sektor peruncitan termasuk pasaraya barangan runcit, rangkaian makanan dan minuman (F&B), elektrik dan elektronik (E&E), pengeluar sarung tangan dan lain-lain. Melalui kerjasama tersebut, belia tempatan akan dijamin peluang pekerjaan sebaik mereka menamatkan program selama sembilan minggu. 

Bercakap selepas menandatangani MOU, Pengarah Urusan Kumpulan Manforce Group Berhad, Dato’ Paul Wong Boon Ming berkata: “Kerjasama ini membantu melatih golongan belia tempatan untuk memenuhi keperluan pelanggan kami dan juga menawarkan peluang pekerjaan kepada belia tempatan. Program TEAM di bawah SAY sependapat dengan matlamat program MDUP kami yang juga disasarkan untuk golongan anak muda Malaysia yang sedang mencari pekerjaan khususnya mereka yang berasal daripada kumpulan B40. Ini bagaikan situasi menang-menang bagi majikan yang memerlukan tenaga kerja sejak negara kita mengalami masalah kekurangan tenaga kerja dalam pelbagai sektor seperti F&B, perkilangan dan perkhidmatan. Dalam masa yang sama, kami menawarkan peluang pekerjaan kepada golongan belia tempatan.” 

Program TEAM bekerjasama dengan Prince Trust International, organisasi yang diasaskan oleh Prince Charles berpangkalan di United Kingdom. 

Memandangkan Manforce menjadi rakan majikan utama kepada Program TEAM, ia akan membolehkan SAY mencungkil bakat dan memberi cadangan daripada sekumpulan tenaga belia di bawah Program TEAM untuk Manforce sebagai calon berpotensi. Keputusan akhir akan diputuskan oleh Manforce Group dan membenarkan calon berpotensi untuk membina rangkaian, melatih dan memahami jangkaan majikan. 

Sementara itu, Manforce akan menyokong Program TEAM melalui penyediaan latihan serta peluang pekerjaan kepada golongan belia di bawah program tersebut. 

“Ini adalah kerjasama yang sempurna bagi kami dan juga Program TEAM, serta juga program MDUP kerana kedua-dua program ini memiliki objektif yang sama. Mereka mempunyai sekumpulan tenaga kerja muda dan kami memiliki rangkaian kepada majikan, ini dapat membantu merapatkan jurang di antara majikan dan pencari kerja. Ia juga merupakan peluang terbaik untuk menggalakkan lebih ramai belia tempatan untuk memahami sebahagian daripada skop pelbagai pekerjaan dalam pelbagai industri,” jelas Dato’ Paul Wong. 

Program Pembangunan Insan Malaysia adalah program di bawah Manforce bertujuan untuk memperkasa golongan belia Malaysia dengan keperluan latihan, kehidupan dan juga kemahiran kerja. Program ini akan mengukuhkan pertumbuhan mampan dengan tenaga kerja mahir melalui latihan asas perindustrian serta dalam masa yang sama untuk memastikan golongan belia negara lebih memahami dan melangkaui jangkaan majikan. 

MDUP akan menaja belia tempatan untuk terlibat dalam latihan praktikal selama enam bulan yang lengkap dengan elaun, kemudahan penginapan dan juga menerima sijil yang sah daripada School of Professional and Continuing Education (“UTMSPACE”). Pekerjaan dijamin kepada peserta yang menamatkan latihan sepenuhnya selepas 6 bulan dan mereka juga akan diberi pilihan untuk mula bekerja atau melanjutkan pelajaran untuk meningkatkan lagi kemahiran kepimpinan mereka.


Kandungan ini disediakan oleh Aegis Communication Sdn Bhd.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.