Skip to main
Logo Malaysiakini

AEON terus kukuhkan semangat kerjasama dengan komuniti

Artikel ini sudah 3 tahun diterbitkan

AEON CO. (M) BHD. dan AEON BiG (M) SDN.  BHD. (AEON atau Syarikat) mengadakan Program Bubur Lambuk AEON Bersama  Komuniti sempena bulan Ramadan yang mulia dengan semangat kerjasama dalam  menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Program utama bermula hari ini dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di mana AEON bersama-sama dengan MPKj serta disokong oleh komuniti  setempat telah mengadakan aktiviti memasak Bubur Lambuk. Majlis berlangsung di  perkarangan AEON BiG Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor. Bubur lambuk  yang siap dimasak diagihkan kepada lebih kurang 1,200 pengunjung pasar raya  tersebut. 

Program Bubur Lambuk AEON bersama Komuniti akan terus dianjurkan secara  berperingkat sehingga 24 April 2022 di cawangan AEON dan AEON BiG di seluruh  negara. Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif kelestarian untuk negara,  AEON Sayap Bagimu dengan aspirasi untuk menyokong satu sama lain, berkongsi  rezeki dan mengukuhkan kerjasama dengan komuniti dan ekosistem AEON. Sebanyak lebih kurang 50 ribu bekas Bubur Lambuk akan disediakan secara gotong  royong oleh kakitangan AEON dan mereka yang terlibat untuk diagihkan. 

Program Bubur Lambuk AEON Bersama Komuniti akan terus dianjurkan secara  berperingkat sehingga 24 April 2022 di cawangan-cawangan AEON dan AEON BiG  di seluruh negara. Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif kelestarian  negara, AEON Sayap Bagimu dengan aspirasi untuk menyokong satu sama lain,  berkongsi rezeki dan mengukuhkan kerjasama dengan komuniti dan ekosistem  AEON.  

Menurut Dr. Kasuma Satria Mat Jadi, Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap  Pengarah Komunikasi Korporat, AEON, “Kami berasa amat bersyukur kerana dapat  berkongsi rezeki dengan mereka yang sentiasa rapat di hati kami. Kami yakin  Program Bubur Lambuk AEON Bersama Komuniti ini dapat mengukuhkan lagi  ukhwah di antara AEON dan masyarakat setempat. Inisiatif ini juga ialah untuk  menzahirkan penghargaan kami terhadap sokongan berterusan daripada para  pelanggan AEON.” 

Pada majlis yang sama, Yayasan AEON Malaysia (MAF) turut menyumbang  pembelian pakaian baharu untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada 50 orang  anak-anak dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Kajang. Sumbangan  telah disampaikan oleh Datin Noryahwati Mohd Noh, Presiden, MAF. Mereka  menjadi lebih teruja apabila menerima sumbangan duit Raya daripada Tuan Haji  Najmuddin Jemain, Yang DiPertua, MPKj.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Datuk Iskandar Sarudin, Pengerusi, AEON;  Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Ketua, AEON BiG; Ustaz Dr. Fairuz Mohamad,  Nazir, Masjid Bandar Tun Hussein Onn; Datuk Haji Othman Abdul Latiff,  Pengerusi, Surau Al Amin; Tuan Haji Kamal Sahid, Pengerusi, Madrasah Cheras  Perdana; Dr. Haji Mohamad Abd Manap, Pengerusi, Surau Al-Ansar; Azman  Mohamed, Pengerusi, Surau Al Fathonah; Haji Rosmidi Mat Dah, Pengerusi, Surau  Annur Taman Kasturi; dan Haji Muzaffar Mohd Anas, Pengerusi Surau As Siddiq.  

Program ini adalah sejajar dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat  Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu - 16 yang  menggalakkan masyarakat yang aman dan inklusif untuk pembangunan lestari,  menyediakan akses kepada keadilan untuk semua dan membina institusi yang  bertanggungjawab dan inklusif yang berkesan di semua peringkat.


Kandungan ini disediakan oleh AEON CO. (M) BHD..

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.