Skip to main
Logo Malaysiakini

Lebih 100 pendaftaran telah diterima. Sertai National Science Challenge 2022 sekarang!

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

‘Pembangunan Lestari untuk Kesihatan Planet berteraskan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE)’ merupakan tema National Science Challenge (NSC) 2022 anjuran Akademi Sains Malaysia (ASM). Pertandingan ini dibuka untuk pendaftaran  kepada semua pelajar seluruh negara berumur 13-16 tahun (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4)  dari sekolah awam, swasta dan antarabangsa mulai 15 April 2022 hingga 8 Jun 2022. 

Sejak 39 tahun yang lalu, NSC telah berkembang daripada hanya sekadar kuiz sains kepada  menjadi salah satu pertandingan sains terulung di negara ini, memberikan cabaran berasaskan  standard yang tinggi kepada pelajar sekolah menengah. Ia memupuk kemahiran pelajar muda  yang berbakat untuk mengukuhkan keupayaan dan kemahiran mereka di luar bilik darjah  sekaligus membentuk minat dalam pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik  (STEM). NSC sejak itu telah menerima lebih 40,000 peserta daripada pelajar di seluruh negara. 

“Sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), ASM,  melalui pertandingan ini, menumpukan kepada usaha memupuk, mempromosi dan  meningkatkan minat pendidikan STEM kepada pelajar sekolah di seluruh negara. Merujuk  kepada tema tahun ini, ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar untuk  melindungi dan menjaga satu-satunya planet yang kita diami serta mempunyai pemahaman 

bahawa terdapatnya kesalinghubungan organisasi kehidupan dan alam sekitar,” kata Ketua  Pegawai Eksekutif ASM, Puan Hazami Habib. 

Beliau menambah, "Kami menantikan idea dan prototaip yang akan dipamerkan dan mungkin  konsep itu boleh digunakan mencipta pelaksanaan yang berguna untuk masa depan yang  mampan. Untuk rekod, kajian impak pada 2019 telah menunjukkan bahawa NSC memainkan  peranan penting memupuk minat pelajar dalam STEM dan meningkatkan kemahiran soft skills  mereka, seperti komunikasi, kerjasama pasukan, pemikiran kritis, kreativiti, penyelesaian  masalah dan pengurusan masa.”

Bagi pertandingan ini, pasukan yang berdaftar di seluruh negara akan bersaing di Peringkat  Awal untuk menjawab kuiz dalam talian yang menguji pemahaman mereka tentang pelbagai  topik berkaitan sains termasuk biologi fizik, kimia, serta matematik. Seterusnya, 5 pasukan  terbaik dari semua negeri akan dipilih ke Peringkat Negeri di mana mereka perlu membuat  pembentangan video, idea prototaip dan menyelesaikan soalan berkaitan STIE. Memasuki  peringkat Separuh Akhir, 20 pasukan akan dinilai dengan lebih teliti mengikut tema tahun ini. Akhirnya, 5 pasukan terbaik akan dipilih untuk Peringkat Akhir, di mana mereka akan  dikehendaki melakukan pitching akhir dan bersaing untuk hadiah utama yang dinilai oleh juri  profesional. 

NSC 2022 membenarkan semua sekolah menghantar lebih daripada satu pasukan. Setiap  pasukan hendaklah terdiri daripada tiga (3) orang pelajar dan seorang guru pembimbing.  Pemenang akan membawa pulang Piala Pusingan YAB Perdana Menteri dan sijil penyertaan.  NSC 2022 mendapat sokongan daripada rakan kongsi strategik: Young Scientists Network  (YSN), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Majlis Amanah Rakyat (MARA), CREST,  Sasbadi Online Sdn Bhd, Persatuan Mikrobiologi Malaysia, Persatuan Kimia Amerika (ACS) Malaysia dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah. Untuk maklumat lanjut  tentang pertandingan ini, layari www.nsc.my.


Kandungan ini disediakan oleh Akademi Sains Malaysia.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.