Skip to main
Logo Malaysiakini

Bersama Lebih Bermakna Aidilfitri kali ini menerusi filem pendek ‘Kota Raya’ Toyota

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

UMW Toyota Motor baru-baru ini telah melancarkan kempen  Ramadan Raya mereka dengan tema ‘Bersama Lebih Bermakna’. Bagi meneruskan sambutan  di seluruh negara, Toyota juga baru melancarkan filem Pendek Aidilfitri bertajuk ‘Kota Raya’.  

Diilhamkan daripada hubungan kekeluargaan, ‘Kota Raya’ memaparkan suka duka yang  dihadapi golongan milenial di kota. Selepas dua tahun tidak dapat meraikan lebaran bersama  keluarga pastinya menimbulkan rasa kerinduan. Kali ini ramai yang tidak sabar-sabar  meluangkan masa untuk beraya bersama-sama . Filem pendek ini dibintangi oleh Aedy Ashraf  sebagai Aidil, manakala Amerul Affendi pula memainkan watak Fitri. Turut menampilkan cameo Duta Toyota Gazoo Racing dan Toyota Yaris, Janna Nick sebagai Aqilah. ‘Kota Raya’ boleh  ditonton mulai Selasa, 26 April menerusi YouTube dan platform media sosial lain.  

“Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini pasti lebih ceria kerana semua orang berpeluang untuk  pulang berhari raya di kampung. Kami di Toyota mengalu-alukan kedatangan pelanggan kami  ke semua pusat servis kami untuk menyenggarakan kereta mereka sebelum pulang ke kampung halaman. Perayaan kali ini semestinya disambut bersama keluarga, setelah pulang  beraya di kampung tidak dibenarkan dalam tempoh dua tahun lepas. Sudah tentu seronok  untuk melihat semua orang kembali beraya bersama keluarga,” kata Presiden UMW Toyota  Motor, Ravindran. K.  

Sempena sambutan ‘Bersama Lebih Bermakna’, semua peminat Toyota dijemput menyertai  peraduan ‘Pandu Uji dan Menang Duit Raya’ yang boleh disertai dari sekarang hingga 1 Mei  2022. Setiap pandu uji yang dilakukan membolehkan pemandu mengambil bahagian dalam  peraduan dan memenangi ‘duit raya’ bernilai RM100, manakala pandu uji yang disusuli oleh tempahan yang berjaya akan melayakkan pemilik Toyota peluang menerima duit raya RM200.  Sejumlah 30 pemenang akan dipilih setiap minggu.  

Demi membawakan sambutan ‘Bersama Lebih Bermakna’ lebih dekat dengan pelanggan,  UMW Toyota Motor telah menganjurkan acara Hujung Minggu Ramadan di semua pusat  pameran dan jualan baru-baru ini. Lebih daripada 4,000 pelanggan Toyota menikmati tawaran hebat di samping pelbagai ganjaran nilai tambah lain di bilik-bilik pameran Toyota di seluruh  negara. Suasana perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang sudah pasti dirasai oleh ramai  pelanggan, sebagai salah satu daripada aktiviti yang boleh kita nikmati bersama selepas sabar  mengharungi pandemik. 

Untuk menonton ‘Kota Raya’ dan maklumat lanjut mengenai peraduan ‘Pandu Uji dan Menang  Duit Raya’, sila klik pada https://youtu.be/TUtLMxM8n88 dan layari laman web Toyota:  https://toyota.com.my/.


Kandungan ini disediakan oleh UMW Toyota Motor Sdn Bhd.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.